BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, January 20, 2009

Saya dah derma...takkan saya lagi..

Berita Utama

USM, Pulau Pinang- Pada pukul 9.00 pagi, tiga orang rakan sekuliah dari program BATI dengan penuh semangatnya hadir ke Pusat Sejahtera (pusat kesihatan usm) untuk menderma dara. Eh! silap..untuk menderma darah. Tiga orang pelajar tersebut walaupun hadir lebih lewat dari empat pelajar cina yang lain telah dapat menderma darah dahulu kerana mempunyai kelas pukul 10.00 pagi (sangat berdedikasi pelajar ini).

Nur Ain Abu Jamil, 21 berkata bahawa beliau sudah dua tahun menunggu kerana sebelum ini percubaannya untuk menderma darah gagal disebabkan darah yang dititiskan kedalam air yang berwarna biru tersebut tidak tenggelam. Beliau amat berbangga kerana percubaannya kali ini berjaya dan tidak rugi beliau bagun awal pagi.

Nur Akmar Kamalludin, 22 pula berkata ini beliau sebelum ini juga pernah gagal kerana mempunyai berat badan yang tidak mencukupi. Walau bagaimanapun selepas menderma beliau terasa agak pening lalat kerana terpaksa bergegas ke kelas 5 minit selepas menderma darah.

"Selepas menderma darah, saya rasa seperti nak pitam, mungkin kerana sudah lama tidak menderma. Semester lepas saya mahu menderma tetapi malu kerana proses menderma dilakukan di atas pentas di kawasan terbuka semasa minggu konvokesyen. Namun, saya amat gembira kerana ini ialah kali ke-5 saya menderma darah." Kata pelajar ke-3 Nur Yihada Balqis Mahamad Raship yang menjadi pelajar pertama yang berbaring di atas katil untuk menderma darah kali ini. (Riak gile...hahahah)


Jadi, marilah kita sama-sama menderma untuk kesejahteraan bersama.

0 PENDAPAT SEJAGAT: