BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, September 30, 2008

malam ni malam raya....


malam ni malam raya..
seronok bila tgk org ramai ngn keluarga n saudara-mara gotong-royong buat persiapan untuk hari raya..aku pun pernah mengalaminya suatu ketika dahulu..

best kat kampung mesti masak lemang..opah paling sibuk jaga lemang yang lain dah siap buat unggun api n siapkan bahan nak buat lemang n masuk pulut dalam lemang semua bantai tdo..penat puasa la katakan..tinggal opah aku sorang dok jaga lemang...kadang2 aku teman opah kat luar...kadang2 aku jadi posmen hantar lemang yg nak dibakar n lemang yang dah siap masak..dalam rumah pulak bila dah nak bukak pose hari terakhir mula la terlupa masak makanan nak berbuka sebab sibuk siapkan rendang ngan kuih raya..yg laki mesti naik hangin sbb kene mkn lemang trus malam raya tu...seronok sangat walaupun aku yg paling penat tapi aku enjoy...

tapi malam ni..aku dok sorang2 depan laptop menyiapkan asgmnt..tp kalau aku nak balik kampung boleh je..bukan aku tak pernah..tp aku tak tau kenapa aku mmg takde mood nak raya..mlm ni mulalah meraung kene tinggal sorg2..mak aku kene keje..esk pagi2 pon kene keje..pagi raya tak dapat cium tangan mak ngn ayah...lepas ayah kawin aku takut sangat nak balik raya..takut kene fire ngn sedara-mara..sbenarnye tu lah tujuan aku balik KL n tak balik kampung..

ayah dah ada family baru..aku harap ayah bahagia dengan familynya..

tp aku rindu sangat time kami raya kat kampung sama2 ngn sedara yg lain..terasa macam family yg normal..
kalau ada doraemon aku nak putarkan time raye dulu..(time raye je abes raya back to normal). lepas solat raya cium tangan mak..ayah..ngn opah..tp sekarang tak dapat lagi...

td adik aku sms kate opah bising sbb aku tak balik raya..bukan aku taknak jumpa opah..aku rindu dia..hanya Allah yg tahu...tp aku ada alasan tersendiri..ape yg mak aku ckp mmg btol..opah makin tua..tp biarlah aku je yg tau kenapa aku merajuk dengan dia..tp jauh disudut hati aku..aku rindu dia..aku nak raya ngn semua ahli keluarga aku..



any way..SELAMAT HARI RAYA SEMUA..MAAF ZAHIR DAN BATIN..

Friday, September 19, 2008

kawan makan kawan

Lirik Lagu Kawan Makan Kawan penyanyi Phyne Ballerz
Penyanyi / Artist : Phyne Ballerz
Kawan Makan KawanPhyne BallerzSudah lama kumengenalinya
Dan daku menganggap dialah saudara
Walaupun apa saja yang aku mampu
Aku membantunya apa yang perlu
Sehingga daku tersisih
Berbalah dengan kekasih
Kau kata teman sejati
Lebih sukar dicari
Memang benar orng berkata
Harus awas dan waspada
Pada yang manis dibibir
Aku tersingkir
Korus
Kawan yang ku benar harap-harapkan
Bukan jujur seperti yang kusangkakan
Kawan kini makan kawan
Ku dalam keadaan teraniaya
Kawan makan kawan
Kini hilang segala yang ku ada
Ku hilang harta, cinta, maruah, muka
Kau racunkan fikiranku dan nya
Kau ambil kesempatan merapatinya
Sehingga daku tersisih
Berbalah dengan kekasih
Kau kata teman sejati lebih sukar dicari
Memang benar orang berkata
Harus awas dan waspada
Pada yang manis di bibir
Aku tersingkir
Aku dah terkena dengan hasutannya
Dan rupa-rupanya ada agendanya
Kekasih ku pergi kerna batu api
Kawan ku sendiri membakar ku ini
Setelah ku berikan kepercayaan
Tak terlintas di fikiran kau buat bukan-bukan
Semua tipu helah tak akan terjadi lagi
Tanyalah diri apa yang sudah jadi
Kini kau tahu bagaimana kurasa
Menahan peritnya bisa
Semua ini tidak kuduga
Kawan makan kawan

aku terjmpa lirik lagu ni..tak penah dgr pon..tp sedikit sebanyak ade persamaan dengan apa yang aku alami selama hidup 21 tahun ni...

aku rase nasib aku sangat la tak baik bila berkawan..kdg2 aku rase ak dipergunakan utk kebaikan org lain2..tp aku rela sbb dia bergelar KAWAN tp ramai yg aku dapat kawan makan kawan, ibaratnya habis madu sepah dibuang...tp aku redha je la..mungkin Allah akan membalas setiap perbuatan hamba-hambaNya...aku hanya berharap agar hidup aku diakhiri dengan kebahagian yang berpanjangan..

entri ni tak bermaksud pun nak menyakitkan hati sesiapa..hanya mengenang nasib diri..maaf jika ada yang terasa..

dulu ada orang penah kate kat aku "buat baik akan dibalas baik"..tp aku belum nampak lagi kesahihannya..

Wednesday, September 17, 2008

The Moffatts - I Don't Want you to Want Me lyrics


The Moffatts - I Don't Want you to Want Me lyrics

Jump in let's go
Sit back and enjoy the show
There are miles to go
There are miles to go
This could be the night
The only night
But something you should know
I don't want you to want me
'Cause I'll hurt you in the end
I don't need you to need me
Tonight I'll hold you tight
But I won't come back again
Come back again
Don't think it's wrong
I just need somebody
And life goes on
And life goes on
Stay with me tonight, this only night
Don't forget you know
I don't want you to want me
'Cause I'll hurt you in the end
I don't need you to need me tonight
I'll hold you tightbut
I won't come back again
Stay with me tonight, this only night
Don't forget you know
I don't want you to want me
'Cause I'll hurt you in the end
I don't need you to need metonight
I'll hold you tightbut
I won't come back again come back again
Yeah well I don't need you to need metonight
I'll hold you tightbut
I won't come back again

Sunday, September 14, 2008

CELU*PAR

Allah berfirman di dalam surah Al-Baqarah ayat 83, “Janganlah kamu menyembah melainkan Allah, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, serta orang-orang miskin; dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik; dan dirikanlah solat serta berilah zakat”
Menurut Hamka di dalam Tafsir Al-Azhar, ayat ini merupakan perjanjian antara tuhan dan Bani Israel di dalam kitab Taurat. Perjanjian ini kemudiannya diulang semula di dalam Al-Quran kepada umat Islam hari ini. Ayat ini mengandungi perintah agar manusia menjaga lidah dengan berkata perkara yang baik-baik sahaja.
Abu Hurairah melaporkan bahawa Rasulullah pernah bersabda, “Janganlah kamu berbicara dengan ucapan yang buruk, janganlah kamu sindir menyindir, janganlah kamu memperdengarkan khabar orang lain dan janganlah sebahagian kamu menjual atas jualan sebahagian yang lain. Jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara.” [1]
Tidak ada istilah “dia ini mulut sahaja yang jahat, tetapi orangnya baik” di dalam Islam. Menurut sebuah riwayat, seorang sahabat telah datang kepada Rasulullah dan berkata, “Ada seorang wanita terkenal dengan banyak melakukan solat, berpuasa dan bersedekah, tetapi dia sering mengganggu jirannya dengan lidah.” Rasulullah menjawab dengan ringkas, “Dia ahli neraka.” [2] Wanita tersebut seorang ahli ibadat yang rajin. Kerana beliau sering menyakiti tetangganya dengan lidah, destinasi beliau adalah neraka.
Di dunia, mulut yang celupar akan membuatkan kita hilang kawan. Orang akan menjauhi kita tanpa kita menyedari sebabnya. Jodoh pun lambat, InsyaAllah.
Wallahu’alam

Nota Kaki~~~~~~[1] http://hadith.al-islam.com, Sahih Muslim : 4646[2] http://hadith.al-islam.com, Musnad Ahmad : 9298

http://webblog.myjodoh.net/2007/07/16/bahaya-mulut-celupar/

Tuesday, September 9, 2008

parking o parking!!!


Dua kemungkinan yang boleh dikaitkan dengan gambar di atas:
1) Adakah kereta ini telah melanggar tong sampah tersebut; atau
2) Terdapat individu yang sengaja memperdajalkan kereta ini kerana menghalang individu tersebut membuang sampah…
Moral kejadian ialah:
1) Sila letak kenderaan di tempat yang betul
2) Sila letak kenderaan di kotak meletak kenderaan sahaja
3) Jika sudah tiada tempat untuk meletakkan kenderaan anda……masukkan je dalam tong sampah tu!!!!!!!!!!hahahahaha……

Monday, September 8, 2008

lagu 31 ogos ayat sempurna...

Lirik lagu tanggal 31 ogos sempurna
Pada tanggal 31 bulan lapan tahun lima puluh tujuh
Semua rakyat malaysia menyambut Merdeka.
Malaysia tetap merdeka
hari itu pasti menjadi sejarah

Pada tanggal 31Bulan lapan tahun lima puluh tujuh
ialah hari mulia dan bahagia
semua rakyat malaysia menyambutnya dengan jiwa merdeka

Mari kita seluruh warganegara malaysia beramai-ramai menyambut hari Merdeka!

Pada tanggal tiga puluh satu bulan lapan tahun lima puluh tujuh
Di hari mulia itu negaraku telah merdeka

ini ialah lirik lagu 31 ogos yang telah disempurnakan ayatnya..

Hujan yg turun bagaikan mutiara...

dua tiga hari ni hujan turun dengan lebatnye sehingga menyebabkan banjir dibeberapa tempat di pulau pinang...di desasiswa RST terdapat sebijik batu yang nalla punya besaq dok jatuh dri mana pon tak tau sehingga jalan ditutup..lupa nak ambik gmbq batu itu..n la ni dah tak bleh p sane dah coz pak guard setia menanti...



hari ini diumumkan nama timang2an bagi anak2 ku si kumat n kumit itu ialah Wall-e and Eve...


idea ini diberikan oleh rum8 TAE selepas mendengar ibu kepada hamster tersebut yakni aku merepek menyebut nama2 itu kerana ketensionan membuat terjemahan...




gambar ini jika anda telitikan ialah gambar seekor kucing naik lif (gile moden kucing sekarang) kucing ni ikut kami naik lif dan kami turunkan di tingkat sebelum kami turun untuk mengelakkan die merompak makanan kami (die bau makanan sbb tu die ikot kami)


ni pulak keadaan banjir di bazar ramadhan di hadapan RST. walaupun hujan lebat selama lebih 5 jam dan menyebabkan banjir tidak mematahkan semangat warga USM, penjual makanan serta mereka yg tinggal berhampiran untuk membeli dan menjual juadah berbuka puasa..aku??bukak pos kat tesco..hehe..


ini..takde kaitan pon..saje suke tgk binatang ini tidur tanpa adab sopan serta tidak sedarkan diri walaupun suhu hari ini gila sejuk..mane taknye..depa kan ade bulu...hehehe...
aku tak bli tiket balik raye lg..aku tak mau balik ipoh..sebabnye??biar aku je yg tau..huhu..

Saturday, September 6, 2008

kepada semua pelajar kursus HBT 213..sila bersedih..

Friday, September 5, 2008

FASA 1 - 0 dan F
Untuk FASA 1, dengan perasaan yang amat sedih saya umumkan bahawa terdapat pelajar yang menghantar lewat dan ada pelajar yang terus tidak hantar. Pelajar yang menghantar lewat mendapat F-, dan pelajar yang tidak menghantar langsung mendapat '0' (sifar). Dan anda tahu siapa diri anda.Dalam kalangan pelajar yang menghantar tepat pada masanya, didapati ramai pelajar tergolong di dalam lingkungan D, D- dan F (majoriti). Senario ini sangatlah menyedihkan. Dan jika trend ini dikekalkan sehingga peperiksaan, saya khuatir ramai yang akan gagal dalam kompenen sintaksis kursus ini.
Posted by Radiah Yusoff at 1:42 PM

http://hbt2130809syntax.blogspot.com/

adakah anda kesunyian?

Pukul 6 ptg semalam mase aku dok tunggu TAE kat depan ATM RHB kat depan DTSP, aku kol la kakak aku dok sembang2 sambil ajar kakak aku masak gulai tempoyak walaupun aku sbnrnye tak penah masak po gulai tu, just penah tgk je opah aku masak. Sambil sembang tu aku dok la bersandar siap duduk bersila dan pelbagai aksi sambil sebelah tangan letak kat atas kepala….
Tetiba datang seorang wanita umur takde la tua sangat muda sangat pon tak la..die pegang risalah yang pelbagai warna, yang aku ingat merah, kuning, biru n ade la lg satu warna ape ntah..die soh aku pilih satu, aku pon amikla warna merah…pastu bile aku bace..haih!!!!aku ni muka masalah ke?ade ke tulis kat dahi aku yg aku ni ade banyak masalah dalam kepala hotak aku ni..nak tau ape die bg??tgk je la gmbr kat bwh ni aku siap scan lg..








rupanya wanita itu ialah salah seorang kaunselor..mungkin saje je nak cari pelajar yang mungkin bermasalah..dah kat tempat tu aku dok sorang je mane la aku nak tau kan yg die sengaja bg kat aku sorang..mungkin die ade bg gak kat org len tp aku tak nmpk..so, sape yg memerlukan kaunseling silalah berhubung dengan kaunselor ini..tp untuk pelajar USM je kot..huhu..

Friday, September 5, 2008

USM sebagai uni. Apex...

USM terpilih universiti Apeks
Sep 3, 08 5:41pm
Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini berjaya dipilih untuk menyertai Program Pemacuan Untuk Kecemerlangan atau Apex dengan mengenepikan tiga lagi universiti termasuk Universiti Malaya (UM).

usm logoMenteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata pemilihan USM adalah berdasarkan kepada pelan tranformasi dan kesediaannya untuk berubah seperti yang terkandung dalam kertas cadangnnya, memenuhi kriteria pemilihan yang diperlukan.

"Pemilihan bagi program Apex tidak hanya melihat kepada pencapaian dan kecemerangan lepas tetapi lebih kepada perancangan masa depan serta sama ada universiti itu dapat mencapai status bertaraf dunia dalam tempoh yang diberikan iaitu lima tahun," katanya semasa mengumumkan pemilihan USM di Putrajaya hari ini, demikian menurut laporan Bernama.

Dalam tempoh itu USM mesti berada di antara 100 universiti terbaik dunia dan berada di dalam senarai 50 universiti terbaik dunia pada 2020, katanya yang juga yakin USM mampu mencapai universiti bertaraf dunia.

"Kita lihat dulu bagaimana kejayaan USM selepas itu barulah keputusan dibuat sama ada akan terdapat satu lagi universiti dipilih untuk program Apex," katanya.

Ditanya mengapa UM sebagai universiti tertua negara tidak terpilih, Mohamed Khaled berkata: "Pemilihan USM tidak bermaksud universiti lain akan dipinggirkan, sebaliknya diharapkan ia akan menjadi perangsang kepada universiti yang tidak terpilih untuk terus berusaha mencapai status yang lebih baik dan bertaraf dunia."

Sembilan universiti seluruh negara telah menghantar permohonan dan hanya empat universiti iaitu USM, UM, Universiti Putra Malaysia dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) disenarai pendek.

Kertas cadangan USM bertemakan "Transforming Higher Education for a Sustainable Tomorrow".

Universiti Apex ialah pengiktirafan yang diberikan kepada IPT tempatan yang menjadi penanda aras di peringkat dunia dalam bidang pengajian tinggi dan dijanjikan autonomi dari segi kewangan, skim perkhidmatan, pengurusan, pengambilan pelajar, kepimpinan tertinggi dan penetapan yuran pengajian.

http://www.malaysiakini.com/news/89025

berdasarkan petikan kat atas ni...td around 3.30 p.m. aku n kengkawan lain p la ke DTSP nak tengok majlis menandatangani MoU. orang kenamaan yang hadir ramai la gak..sume org2 penting USM dan juga YB menteri IPTA..




ni ade la gmbr sekeping dua aku amik ptg td..maaf la ye blur lgpon aku gune hpon aku yg dan rumah kate pigi n kubo kate maghi..aku belom mampu nok beli en.Olympus itu..

pg td ade exam interpreting..hasilnye...sungguh hampeh..huhu..maleh nak story..

Tuesday, September 2, 2008

aku rindu dia.....

aku tak tau le pase pe aku ghindu beno ke die...haih...nok kate die baguih ke hape ke ade le cket..tp takde le over sgt kebagusannye itu...agoknye sebab die layan aku dgn sangat le berhemoh tinggi...kirenye aku ghase le dihormati sebagei wanita yg tak penoh aku dpt daghipade oghang laen...tp sume u bior le tinggai kenangan belake..takde makne doh dlm hidup aku..aku hanye nok ucap teghime kaseh je le kat die sbb aku penoh ghase bahagie mase berhidup dgn die (ala2 translation dlm cite korea) aku harap die bahagie le dgn sesape pon dlm hidup die skrg ni..walaupun aku ghase teghingin bebeno nok kembali mcm dulu kale..tp idok doh aku ghase sbbnye aku doh seghik lg mahu berjage-jage dlm memilih kwn ataupun teman hidop..lagipon ghasenye aku blom matang kot nok memilih calon.....harharhar..

mende ntoh aku menghepek..lantok le..blog aku..bukan blog kome..hahaha..gile sejenak setelah mengalami krisis keghoje yg belambok seghete masaloh kuarge yg bertimpe2....haih..

aku tuju khas lagu ini kepade diri aku sendiri:

FOBIA by KRU




Fobia ku dalam bahaya iya, iya, iya...
Sekali lagi daku di sini bagaikan daku tak peduli
Mengapa ku terus menyiksa jiwa sedangkan serik sudah ku rasa
Mungkin kerana perjuangan belum sampai penghujungnya
Dan komplikasi situasi buat kita lebih mengerti

Ku harus fokus menentang yang tiba
Kikis fobia terbenam di jiwa

( korus )
Fobia ku dianiaya
Iya iya iya haiya
Fobia menjadi mangsa
Fobia ku dalam bahaya

Strategi kami dengan ideologi telah teratur rapi
Jika ada telah terasa bisa bahangnya, itu hanyalah fasa pertama
Dan aku sedar cabaran ku akan semakin sukar
Berani kerana benar dan dunia bisa bergegar

Tiada agenda rahsia disebaliknya
Cuma meluahkan rasa di jiwa

( korus )
Fobia ku dianiaya
Iya iya iya haiya
Fobia menjadi mangsa
Fobia ku dalam bahaya

Campak... hentamanmu tidak retak
Tiada kompromi kerana ada stabiliti
Berani seperti kamikaze
Menegakkan kebenaran hak asasi
Mesej diusul, tindakan menyusul
Tahukah siapa di dalam kontrol
Kontrol situasi, kontrol minda kini
Jangan timbul konfrontasi
Kau bermain dengan api



sekarang ini aku sgt fobia terhadap ape2 hubungan mahupun persahabatan ataupun percintaan serta kekeluargaan..