Aku mengarang entri ini sambil menikmati biskut gula yg dicicah dalam teh panas, baju di dalam baldi yg baru ku rendam tadi kubiarkan seketika sebelum ku berus memandangkan harga perkhidmatan mesin basuh yg disediakan telah meningkat sebanyak rm1.00 yg menjadikannya berharga rm3.oo. Tidak mampu rasanya untukku menyediakan syiling sebanyak itu dan tidak mampu juga rasanya untukku bazirkan rm3.oo (makan laksa kat harapan pon kenyang...)
Dengan suasana yang ku alami kini kurasakan seperti aku seorang ibu yang ditinggalkan oleh anak-anak sendirian yang terpaksa menjalani atau melalui hari-hari tuaku seorang diri sambil menunggu ajal tiba(kiranya aku ni ibu siber la sbb masih mampu ber'blog')..huhu!!apakah???
Tapi persoalannya sekarang..kahwinkah aku???hahaha... walaupun aku telah mendaftar sebagai peserta kursus kahwin hujung minggu ini dan bakal memenangi satu set cawan yang diimport khas dari China (kerana membawa ahli lebih dari 4 org). Selepas mendengar kuliah yang diberikan oleh Dr. Hasanah untuk kursus Munakahat yang aku ambil sebagai subjek Elektif dalam sem akhir ni (nak sebut gak sem akhir..) berkenaan dengan wali menggerunkan aku untuk berkahwin..huhu.. ini kerana telah terjadi satu peristiwa yg agak kecut perut dalam keluarga aku (tapi tak mau cite lah..). Jadi, walaupun berbekalkan sijil kahwin yang sah seumur hidup, aku kurang pasti sama ada aku akan berkahwin atau tidak..mungkin aku akan menikmati hari seperti ini sekali lagi tetapi bukan sebagai ibu..hanya sebagai seorang nenek tua yg Andartu...(CHoi!!!!!)
* Adakah aku masih diperlukan dalam keluarga itu? ataupun aku hanyalah pendengar setia kepada masalah2 yang mereka timbulkan sendiri? Adakah aku tidak layak untuk mengetahui perkembangan mereka?? aku masih bingung. Bingung dengan statusku dalam kalangan itu....
Wednesday, January 14, 2009
hari tua...
DIKISAHKAN OLEH poison ivy at 4:30 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 PENDAPAT SEJAGAT:
hah ko dah daftar nama aku belum... pastu ingat, kat pusat ISLAM ye bukan pusat kesihatan...hahahaha
dah daftar dah..nnt aku dapat hadiah ko jgn jeles plak...
Post a Comment