BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, December 31, 2009

Tahun Baru Lagi...2010

Tahun Baru menjelma lagi.. Ramai yang sibuk buat azam baru dan ramai juga memperbaharui azam yang lama... Aku salah seorangnya. Memperbaharui azam beberapa tahun yang lepas (malas nak ckp angka sebenar..kang ade yang terkezut)

Dah aku juga akan memulakan hidup baru. Bunyi macam best je kan. Tapi aku berharap hidup ku selepas ini akan menjadi best.

Dear Friends,

Aku akan mula bekerja di KLIA mulai 6hb Januari 2010. Sebagai Customer Service Agent dengan Kuala Lumpur Airport Services (KL*AS). Aku memang suka kerja2 macam ni. Tak dibelenggu suasana office. Dan aku suka akan suasana KLI*A. Walaupun sejuk tahap eskimo cuma takde salji je. Mat saleh yg turun flight pon terkezut masuk klia. Sejut bangat kata mereka.

Jadi, sape yang rajin meh la melawat aku kat sane. Klo nak tiket flight free tu simpan saje la angan2 tu sampai aku kawen dgn owner syrkt tu kan...hahahaha..

Aku harap aku boleh bertahan kerja kat sane nnt. Doakan kesihatan aku.

Tuesday, December 22, 2009

Jantung Pecah


Tarikhnya semalam


Waktunya petang


Individunya sepupu berusia 10 tahun,


Ketinggian sprt kanak2 berusia 5tahun,


Mulut seperti wanita setengah abad.


Dan aku, bukan pencinta kanak-kanak.


Emosi tak berapa stabil.


Soalnya, "kak da, kenapa kak da tak kahwin?" (sambil memandang aku dengan pandangan sinis)


Jawabku, "soalan kau tak leh blah yek, sukatik aku la nak kahwin ke tak nak!"


Dia, senyum sinis.


Susah betul la kalau budak-budak sekarang yang dah insurans kan mulut diorg neh. Cakap sesedap rasa oren je. Haish..geram betul aku!


Sebenarnya bukan soalan dia yang aku kisahkan. Tapi expresi mukanya.


Dan malam tadi, lelaki yang telah aku kenal selama setahun (walaupun hanya di alam maya), yang aku mula percayainya bukan seperti lelaki lain, telah mula membuktikan dirinya sama sahaja seperti lelaki-lelaki yang maunya hanya satu "itu".


Dan kepercayaan itu telah ku tarik kembali. Ku simpan. Mungkin tidak akan ku keluarkan lagi dalam jangka masa yang lama, sehingga aku benar-benar jumpa seseorang yang pasti, yang mampu menggenggam erat kepercayaan ku buat selamanya.

Friday, December 18, 2009

SALAM MAAL HIJRAH

SAYA INGIN MENGUCAPKAN SALAM MAAL HIJRAH KEPADA SEMUA PEMBACA BLOG SAYA (JIKA ADA) YANG BERAGAMA ISLAM. SEMOGA TAHUN YANG BARU INI MEMBAWA SERIBU RAHMAT KEPADA KITA SEMUA.

Wednesday, December 16, 2009

Hari Tua..

Tanggal 16/12 1986...jam 2 pagi.
Lahirlah seorang budak botak....ngehehe...

gambar kek tahun lepas dr kak nana n kak nurul

Happy birthday to me... dah tua dah cik 'me' neh..huhu... Semoga cik 'me' cepat mendapat kerja, dimurahkan rezeki dah sihat tubuh badan.. Wah!!gitu kan..wish kat diri sendiri muka tembok sungguh la..haha..

Nak wat ucapan sket neh..Syukur alhamdulillah, pada saat ini aku masih bernafas. Thanks utk mama n ayah kerana diorang aku wujud kat muka bumi ni. Walaupun aku ni banyak "hal" tapi aku tau, mama n ayah aku masih berbangga dapat seorang anak yang sangat cukup makan..ngehehe.. itulah kejayaan yang paling besar bagi ibubapa..(kalau mama n ayah aku bace..kompem muntah ijo..)



Thanks sape2 yang wish bday kat saya ek. Semoga anda semua juga dimurahkan rezeki.



Gambar tu kek tahun lepas surprise daripada kak nana dan kak nurul. Tahun ni mungkin takda kek. Wah!!mungkinkan..cam mengharap orang bagi je kan..dasar muka dinding..ahaks..



Tapi saya dapat hadiah birthday lain dari yang lain iaitu.........jeng jeng jeng....


Nasik goreng berperencah paprik Maggi khas dan paksa rela dari adik saya pada pukul 2 pagi...hehehe..korang penah dapat???(ceh riak r plak..)

Dan seperti biasa, setiap tahun bila birthday saya menjelang, mesti saya kena sesuatu. Demam panas sudah, kene sengat lebah pon sudah, iron naik atas kepala pon sudah, dan tahun neh saya kena pedih ulu ati yang menusuk kalbu..aduih..sebab tu aku request nasik goreng kat adik aku..huhu...




dan..



Seperti 4 tahun lepas...di tarikh yang sama, aku rindu padanya..

Walaupun tidak ada apa2 yang boleh dikenangkan padanya pada tarikh ini..

Aku masih rindu dia...

Bukan hari ini sahaja...

Kelmarin, semalam, esok, lusa mungkin selamanya..aku rindu dia...

Dia yang bukan milik aku, mungkin pernah..

tapi kini tidak lagi...

tapi yang pasti..

'TIDAK AKAN'!

Tuesday, December 15, 2009

Permulaan Perkenalan..

Saje nak membebel kat blog ni sat..



90% sebab aku malas nak memulakan perkenalan dalam internet ialah soalan2 Permulaan Perkenalannya.

Dan sebab inilah juga aku amat jarang join chat room Ym. Kalau aku join pon kesudahannya akan menimbulkan kemarahan orang sebab aku yang mula bosan akan cuba mencari keseronokan sendiri dengan menimbulkan kemarahan rakan chat. Kesian kat dia kan...

Bukan sahaja Ym atau MirC, semua la termasuk Myspace, friendster, Tagged, Hi5, Facebook dan macam2 lagi la. Sebab tu kebanyakan akaun aku, aku akan wat private. Tapi ada juga la yang aku layan atas sebab kebosanan itu lah, dan akhirnya hanya mendapat musuh dan seteru.

Soalan yang agak lazim time nak mulakan perkenalan ialah seperti berikut:

"awak asal mana?"

"Owh..puchong... Puchong kat kawasan mane?" (tanya plak.. Nak alamat penoh cakap r kan..)

"umo bape?"

"ade bf tak?"

"owh..nape takde?" (sukatik aku la nak ade bf ke tak kan..)

"Keje ke study?"

"Owh..keje/study kat mane?"

"owh..Mak ayah keje ape?" (pulak dah sampai ke situ)

"adik badik bape org, awk no. bape?"

"ade no.fon tak?" (nak no. fon cakap je la, tanye wat pe, kang kate takde kang tak caye plak)

"leh la bagi leh wat smbg ke..sms ke.."

bila kate tak leh..

"Eleh sombong la tu, jual mahal lak.." (ni memang dah start menimbulkan kemarahan aku kan..)

Ni la antara soklan2 yang aku dapat bila ade orang nak start berkenalan. Rimas btol la. Mungkin sebab itu jugak lah aku masih single sampai sekarang.

Yang aku tak leh blah tanya cam ni "awak dah mamam ke blom?"

Adoiyai..bajet manje la tuh..ish..ish..ish...terbelit usus aku dgr..klo blom mkn trus rase lapo nak kunyah laptop.

Sebenarnya bukan la baru aku dapat benda2 ni..dah lama dah aku wat kajian..tapi baru harini terkeluar kat blog nih..

sape nak buat kajian lebih lanjut..silakan..tak perlu mintak izin aku pon...

Friday, December 11, 2009

Meet my newest friends..

Hi friends!!! Meet my new friends..hehe

Sebenarnya aku tengah rajin nak update blog ni, tapi tak tau nak cerita pasai pa. Alang2 aku tak penah lagi masukkan cite ttg kawan yg berempat neh, jadi aku memutuskan untuk berbuat demikian.


Inilah kawan terbaru aku. Aku jumpa dorang ni masa aku join program Train n Place. Dorang neh memang best sangat2. First day dalam kelas lagi kitorang dah mengecohkan keadaan. Ingat lagi masa beramai2 menyerang ofis untuk mengetahui lebih lanjut ttg program tuh coz most of kitorg tak tahu pape pon pasal program tu. Sebenarnya ada la lagi lain2 rakan termasuk noin, tapi diorg ni la yg tinggal n yg paing rapat dengan aku.


Ini Farra. Dia memang sangat comel dan menjadi 'trainer's pet'. Hahaha.. mengapa aku berkata sedemikian? Kerana, setiap trainers yang masuk mengajar dalam kelas kitorg mesti suka mengusik farra neh. Umo dia sebaya dengan aku. Tapi, dia sudah berpunya ye.. Mat alip nama kekasih hatinya..hikhikhik..

Ini nurul. Dia pula mendapat votes dalam kalangan lelaki. Memang famous dia neh. Mana pegi pon mesti ade la orang yang tergila2 kat dia. Dia pon sebaya aku gak. Sape2 nak berkenalan ngn dia leh lagi kot. Sebab aku pon tak pasti status dia sekarang neh..hehehe..


Ini tirah, ye..nama dia seakan tyra beng yek. Tapi tak serupa. Dia neh ibarat kakak pada kitorang kerana dia tua sikit je dari kitorang. Status dia sekarang neh ialah teman tapi mesreee...harharhar..Kami panggil dia 'anyah'. Dia kenkadang garang. kenkadang same je perangai ngn kitorg...

Ini pulak Emy. Emy ade satu perangai best iaitu, bila gelak susah nak berhenti. Bila sekali dia gelak, dia memerlukan masa lebih kurang 15minit untuk kembali normal. Emy pon sebaya aku gak. Dan yang paling penting, dia single..hehehe..sape2 yg berminat, leh la kontek aku untuk maklumat lanjut.kuikuikui. Emy n anyah adelah sepupu.
Sebenarnya yang buat aku lebih rapat ngn diorg neh adalah, sama2 kuat makan cam aku..hehe.. Tak la..gurau je. Kitorg baru kenal, tapi dah melalui susah senang bersama. Training kat Mas menjadikan kitorg lagi rapat. Dok sebilik berlima. Tolak kereta dalam hujan sama2. Kuat bergosip juga.
Jangan pula ada mana2 pihak yang terasa coz post ni sekadar suka2. Kawan2 aku yang lain pon tetap aku sayang dan aku sentiasa rindu kat korang.






Wednesday, December 9, 2009

tak tido

i am not sleeping yet... i am awake..

i am watching grey's anatomy season 4

i have interview this morning

i have to go out early

i have to be there early

but i can not sleep

am i nervous?

i don't think so

hope everything gonna be ok

i hope i can make it

i hope i can get this one

i really hope for this

i do

no jokes

Monday, December 7, 2009

dulu jerung..sekarang serigala..

Tadi aku tertengok Tv2 cita sharkboy and lava girl.. Dah lama2 aku tengok baru aku perasan rupanya yang berlakon jadi sharkboy itu ialah Taylor. Teruja sekejap la aku tengok. Time kecik pon comey..dah besar pon ensem gak..ahaks..

Karakter yang berbeza antara dua filem iaitu jerung n serigala.


Sharkboy

Jacob


Apa motif aku wat post ni pon aku kurang pasti..yang penting aku hepy, sukatik ayam katik la kan..hmm...

Sunday, December 6, 2009

jom heboh..

Rumah aku dah dekat dah ngn Bkt jalil neh..tp malas btol nak jengok2 kat Jom Heboh tu..

Teringin nak g tu memang ade, bila fikirkan aku akan bersesak2 dengan manusia yg ramai, pancaran matahari yang bersinar2 yg boleh menyebabkan aku migrain , dan juga terpaksa berperang ngan nafsu untuk merabakkan lagi dompet, maka aku batalkan sahaja niat.

Aku p jom heboh ni pon rasanya 2 kali je kot. Masa kat penang dulu, dua hari berturut2 gak aku p sebabnya mak aku keje ngn Solivite mase tu ade wat pameran kat sane. So, aku p sebab nak jumpa mak aku sambil membeli satu beg mister potato.

Kalau agaknya mak aku takde kat situ jangan harap la aku nak p. Tersekat dalam rimbunan manusia kat depan booth power root time ade Dutanya sampai dah buatkan aku serik.

Jadi ape yang aku buat sepanjang ujung minggu neh??? Tido, makan, tgk tv, soping ngn mak aku n menyakat mak aku sepanjang hari. Best tau..hehehehe.. ha, lagi satu mlm tadi aku blaja mende baru iaitu "kelim karipap".

Dah lamo dah eden torai, baru malam tadi menjadi. N mak aku dgn rakusnya meninggalkan aku menghabiskan kerja2 meng'karipap' dan berangkat ke jom heboh dengan adik aku. Ada ka patot..haish!!!

Thursday, December 3, 2009

Tipah tertipu ka? Tipah tipu dia?

Beberapa minggu yang lepas, ada la satu number fon ni telah memiskol aku. Sebenarnya aku ingat dia kol, or kalo mmg dia kol pon aku tak tahu la coz tetiba je ade '1 missed call' kat henpon aku.

Aku pon tanya la sape2 kot la ingat ada kenkawan yg dah tukar no.fon baru ke..ada orang nak panggil interbiu ke...kan. Pastu dia kata nak berkenalan. Bila aku tanya mana dapat no.fon, dia kata no.fon kwn lama dia. Setahu aku no.fon aku neh aku dah pakai since aku kat matriks lagi n aku beli baru punyer....

Pastu aku kata aku tak berminat nak berkenalan ngn dia, dia leh kata "bagus awak ek suka layan orang yang awak tak kenal." Kepala hangguk dia...kalo aku nak layan dah lama la aku tanya menanya segala macam kan. Aku pon tapaham manusia spesis ape ntah dia neh.

Pastu kelmarin dia sms lagi (aku mmg simpan no.fon dia utk kes2 cam ni la). Aku tanya dia sapa sebenarnya, dia kata nama dia sharul. Siapa sharul? sharul yuzi? Shahrukh khan? eh tak same lak..Aku tanya lagi, mane dia dapat no.fon aku, dia kata kwn dia nama rosdi ke rosli ntah bg kat dia sbb kwn dia dpt no.fon aku masa tersalah dial. Hurmmmm..moskel mak..pulak dah kan...

Owh..aku pon kate la kan..bukan aku tamau kawan ngn dia, tapi (memang tamau pon) aku susah nak caye kat manusia zaman sekarang neh. Jadi sebelum tipah tertipu sama dia, bek tipah tipu dia dulu..

Aku pon tanya umo dia, dia kata 22thun, asal mana ntah n keje kat penang. Pastu aku pon dengan gahnya membalas "awk nak ke kawan ngn org tua cam saya neh?" dia pon tanya umo aku bape? "umo sy thun depan dah 30thun, awk tak takot ke kalo tunang sy marah?" (sory la my future fiance who ever u are, krn menggunakan nama anda).

Ye, lakonan tipah pon berjaya, dia kata "oh dah tunang rupanya, sorry la kak ggu."
(lebih kurang gini la coz aku pon dah delete mesej dia tuh).

Haih..macam2 cara nak berkenalan zaman sekarang neh. Mintak maaf la kalo2 org yg berkenaan terbaca blog ni kan.. Bukan tak sudi, dan bukan nak menyombong. Tapi, saya rasa kalo awk jd saya pon susah awak nak percaya kat orang tu kan..hmm...

Anyway..dah lama tak dapat masak..hari ni aku masak banyak lauk...tapi dah tak lalu nak makan..hmm..mama makan lah yek..ngehehe (menunggu kepala diketuk dgn senduk sebentar lagi akibat membazir..)

Wednesday, December 2, 2009

Sesal

Luahan kepada seseorang yang dihormati dan disayangi...

M yang disayangi,

Terima kasih aku ucapkan atas segala-galanya.
Aku bersyukur menjadi milikmu walau hidup dalam kesederhanaan kerana engkaulah kekayaan ku,
Aku tidak dapat meluahkan kata-kata ini terus kepada mu kerana bimbang kau terluka.
Aku tahu engkau tidak akan membaca tetapi cukup sekadar kepuasan hati.

M cahaya ku,

Aku memohon ampun di atas perbuatan ku melukai hatimu selama ini,
Bukan aku tidak mahu menurut kehendakmu,
Tetapi aku punya kemahuan sendiri,
Setelah 23 tahun membesar bersamamu,
Aku tahu apa yang kau aturkan untukku hanyalah untuk kepentingan diri ku,

Kali ini,

Aku minta restu darimu,
Aku mahu benar-benar berdikari,
Aku mahu mencari haluan sendiri,
Mahu mencapai apa yang aku impikan selama ini.

Aku tahu niatmu suci,
Tapi aku juga tahu kemampuan diriku,
Aku tahu kelemahanku,
Aku tahu kekuatanku.

Maafkan aku kerana aku engkau menderita,
Aku berjanji hanya sedikit masa lagi,
Dan aku juga meminta,
Fahami aku...