BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, January 31, 2009

hari ini hari sabtu...

aku masih tidak menyiapkan kerja yang ada..hahaha..pemalas btol manusia ini kan???
pagi tadi kakak aku kol die kate die eksiden.haih!!asyik eksiden je...

Maaf la bekgraun aku ni gelap..hehe..malas nak tukar dah..kang kene kopipes balik sume..internet kat sni dah la bengong..

seminggu cuti ni aku tak balik aku telah merosakkan byk bende...

1) laptop aku baru je kuar wad sbb aku install anti-virus..konon nak yang the best n free..last2 kene byr untuk baiki laptop gak..*sekeh pale sendiri*

2) baju aku telah mempunyai corak baru apabila salah satu baju yg aku rendam sekali merembeskan kaler yg sgt hodoh warnanya..baju tu dah la dari aku 1st year...geram btol!!!

3) kepala otak aku rosak..hahaha..byk sgt keje tapi malas nak buat..hehe..

4) beg duit aku kempis...(termasuk dalam brg rosak ke?) byk sgt bende nak kene ganti n byr..hargh!!!!!!kalau la aku balik umah..makan kompem free..paling2 pon abes seratus je utk tambang..haih!!!!

tak sabar btol nak dapat pegang stereng kete hahaha....minggu depan siap la..aku nak wat drift ngn uncle tu..haha..

pagi yang kelam..

Aku belum tdo lagi...
Ape yang aku buat??? Listen to hindi's songs...hahahaha..gile tak aku???
Ye aku peminat Filem Hindustan (rase cam penah buat je pengakuan ni).

Sebenarnye i have a lot of work to be done by next week..
1. Interpreting mid-sem test (360-kes rogol kanak-kanak and National geographic- Dirty Jobs)
-kene la bace sket2 n dah cari makne perkataan yang agak2 ssh nak faham time interpret nanti.)

2. Final year project- submit the draft and ideas for New-Scientist ad.
-kene cari bahan dan buat draf ringkas pasal ape yang aku nak letak dalam buku aku nanti. pasal tekanan darah.

3. Assigment Munakahad/t-pendidikan keibubapaan melalui surah Lukman.
-kene la cari and paham ape kandungan surah lukman tu n wat la penerangan. (cam tetau je aku ni jarang bace quran..hahaha)

dan ada banyak lagi yang tak boleh disenaraikan disini.
Jadi, ape yang aku dah dapat skrg? bahan untuk munakahat dan final year projek. Baru dapat bahan, belum start lagi.

dan masih dengar hindi's songs..

Thursday, January 29, 2009

Rindu...

rindunye aku ngn en.compaq...
mlm nnt nak jumpe die...
hehehe..tak sabar rasenye...

Monday, January 26, 2009

recycle...

laptop haku buat hal setelah dengan tidak sengajanya (tak sengaja ke) aku mendonlod ativirus yg aku amik dari cik kema. Oleh itu, laptop ku terpaksa dihantar ke icu..(belom anto lagi)

haih..maafkan pemilikmu ini kerana tidak tahu bahawasanya kamu alergik dengan anti virus itu...gomen ne..

selamat tahun baru cina kepada semua..

Friday, January 23, 2009

habuk..

saya sangat bengang kerana setiap dua hari saya terpaksa mengelap habuk di bilik ini..habuk yang sangat tebal sehingga saya boleh kene sakit paru-paru...jadi, saya malas nak lap habuk hari ni..




oleh kerana malas nak lap habu, saya nak upload gambar.




oleh kerana internet di USM ni tak mengizinkan..cukuplah sekadar dua gambar sahaja..
gambar gembira sebelum buat rakaman interpreting..selepas buat interpreting tak de gambar sbbnye aku kompem tak de sape sanggup tgk..

Tuesday, January 20, 2009

Saya dah derma...takkan saya lagi..

Berita Utama

USM, Pulau Pinang- Pada pukul 9.00 pagi, tiga orang rakan sekuliah dari program BATI dengan penuh semangatnya hadir ke Pusat Sejahtera (pusat kesihatan usm) untuk menderma dara. Eh! silap..untuk menderma darah. Tiga orang pelajar tersebut walaupun hadir lebih lewat dari empat pelajar cina yang lain telah dapat menderma darah dahulu kerana mempunyai kelas pukul 10.00 pagi (sangat berdedikasi pelajar ini).

Nur Ain Abu Jamil, 21 berkata bahawa beliau sudah dua tahun menunggu kerana sebelum ini percubaannya untuk menderma darah gagal disebabkan darah yang dititiskan kedalam air yang berwarna biru tersebut tidak tenggelam. Beliau amat berbangga kerana percubaannya kali ini berjaya dan tidak rugi beliau bagun awal pagi.

Nur Akmar Kamalludin, 22 pula berkata ini beliau sebelum ini juga pernah gagal kerana mempunyai berat badan yang tidak mencukupi. Walau bagaimanapun selepas menderma beliau terasa agak pening lalat kerana terpaksa bergegas ke kelas 5 minit selepas menderma darah.

"Selepas menderma darah, saya rasa seperti nak pitam, mungkin kerana sudah lama tidak menderma. Semester lepas saya mahu menderma tetapi malu kerana proses menderma dilakukan di atas pentas di kawasan terbuka semasa minggu konvokesyen. Namun, saya amat gembira kerana ini ialah kali ke-5 saya menderma darah." Kata pelajar ke-3 Nur Yihada Balqis Mahamad Raship yang menjadi pelajar pertama yang berbaring di atas katil untuk menderma darah kali ini. (Riak gile...hahahah)


Jadi, marilah kita sama-sama menderma untuk kesejahteraan bersama.

Monday, January 19, 2009

marah

mulanya aku nak hentikan catatan luahan perasaan aku dalam blog aku ni..tp........
hari ni aku tersangat lah geram dengan seseorang yang berlagak pandai (mmg die pandai pon). Tapi ade kepandaian yang tahap gaban pon tak guna jika tidak tahu menghormati orang lain, such as menghormati pendapat orang lain. aku tidak kisah pendapat aku di 'reject' but do it in a proper way.

contohnya:
1. your ideas sounds good but how if we do like this.... or
2. it can be like that but...
3. yes it is nice..but...

n elakkan:
1. eeeuuuww..teruknye bunyi..macam tak elok je...
2. tak nak la..tak nak la mcm tu..tak best..
3. hish..takde idea lain ke..

(situasi di atas hanyalah untuk formal. klo time gurau2 aku tak kisah lagi)

aku ingat aku nak berbaik dgn sume org sem ni dan meninggalkan kenagan yang manis. Tapi seorang makhluk di bumi ini telah membuatkan aku membatalkan niat itu. Aku sangat benci dia. Jangan sampai aku hilang sabar dan mengeluarkan kata-kata kesat dan membingkarkan rahsia bahawa sume org dalam BATI ni tak suke kat ko..ko tak perasan ke????????(walaupun aku tahu tak semua yg suke aku)

Sunday, January 18, 2009

sy suke tgk hindustan...

first of all..i would like to apologize to all my fren for being suck these days...
maap yek kenkawan...walaupun aku tahu dugaan yang aku hadapi kini adalah sebesar kuman berbanding apa yang sedang dihadapi oleh penduduk Palestin..tp aku masih berharap agar semuanya akan kembali seperti sedia-kala..

kepada kedua ibubapa ku, aku memohon ampun dan maaf jika tingkah laku ku selama ini menyinggung kedua-duanya. Aku sedar, aku hanyalah insan yang hina yang tidak mampu untuk memuaskan hati kedua-dua belah pihak.
sekian. wassalam..

minggu ni bakal menjadi minggu yang sangat sibuk untuk ku dan raka2 seBATI, kerana banyak perkara yang harus kami selesaikan. Buat mereka yang mengambil HBT306E sem ni, sila banyak bersabar.

selasa ni start interpreting sebenar setelah dua minggu (sebenarnya tiga kecuali group rakaman aku) kami membuat aktiviti shadowing. sangat gementar rasanya.

td aku p tesco aku beli kepok super ring yang mak aku paling pantang bile nampak aku makan kepok tu mase sekolah dulu..sebabnye aku akan lap tangan kat baju..hasilnye..aku akan dpt kuih sepit buatan Malaysia..sakit seyh!!!!

itu sahaja tiada catatan berkenaan tajuk di atas..

Saturday, January 17, 2009

kursus kawen...

Dukacita diumumkan..kursus kawen tak jadi p mggu ni atas sebab2 tertentu..huhuhu...
Jadi aktiviti hari ini dimulakan dengan mandi dan seterusnya mula mencari bahan untuk presentation ari khamis ni..

aku rase cam salah pilih tajuk plak..tp tak pe la..

kebelakangan ni aku cam rase aku...ntah la...
rase cam tak diperlukan....aku rase mcm nak lari dari semua org..
aku rase macm aku tak menyumbang ape2 pun dalam hidup orang lain, mahupun hidup aku sendiri.. seperti biase aku akn cube mencari org untuk meluahkan perasaan..tp hasilnya aku balik akan sakit hati..aku pon tak tau knpe..dulu tak mcm ni..lepas je aku luahkan segala2nya aku akan rasa ok..walaupun si pendengar tdk memberi respon yg baik aku akan rase lega..tp tdk skrg..makin diluah makin sakit hati..

skrg aku mula rasa perbezaan dlm diri aku..hatiku mula meminta utk menyendiri...tp aku akan cuba sedaya upaya untk mengelak dari menyendiri kerana ia kan lebih memburukkan keadaan..

Thursday, January 15, 2009

Pelik...Pelik...

Ape yang aku nak cerite td hah? Lupe dah..hmm.. Aku baru je lepas tgk cite Sutun2 ambik dari adik rum8 aku..huhu..

Sebenarnya ada suatu perkara yang sering membuatkan aku berfikir...
Kenapa kita perlu membenci orang lain? Kenapa perlu kita tak suka pada orang lain?
Sebabnya... Tak semestinya semua orang suka kat kita.. Tapi perasaan tu sukar untuk dilenyapkan kan?kan?kan? Biasala.. Lumrah hidup manusia.. tak semuanya benda itu cantik di pandangan mata kita..

Azam tahun baru yang aku perbaharui pada tahun ini masih belum menampakkan kesan... Aku cuba berpuasa selama 4 hari..hasilnya..turun gak la berat aku ni sikit... Pastu masuk hari yang ke-5 aku dah tak leh berpuasa atas2 sebab2 yang wajib..hehehe.. Nafsu makan aku time bulan mengambang ni pelik sikit. Aku kene makan sejam sekali, kalau tak perut aku akan pedih. bila makan plak bukan mau makan sikit..huhuhu...

Aku juga mempunyai tabiat pelik..iaitu aku akan sentiasa berasa lapar bila aku tension.. Dan beberapa hari ni jugak lah aku amat tension dgn masalah yg aku hadapi. Tambahan pula aku agak sensitif sejak akhir2 ini..aku pun tak tau kenapa... Emosi aku yang kurang stabil ni membuatkan nafsu makan aku bertambah dahsyat..haih...

Wednesday, January 14, 2009

hari tua...

Aku mengarang entri ini sambil menikmati biskut gula yg dicicah dalam teh panas, baju di dalam baldi yg baru ku rendam tadi kubiarkan seketika sebelum ku berus memandangkan harga perkhidmatan mesin basuh yg disediakan telah meningkat sebanyak rm1.00 yg menjadikannya berharga rm3.oo. Tidak mampu rasanya untukku menyediakan syiling sebanyak itu dan tidak mampu juga rasanya untukku bazirkan rm3.oo (makan laksa kat harapan pon kenyang...)

Dengan suasana yang ku alami kini kurasakan seperti aku seorang ibu yang ditinggalkan oleh anak-anak sendirian yang terpaksa menjalani atau melalui hari-hari tuaku seorang diri sambil menunggu ajal tiba(kiranya aku ni ibu siber la sbb masih mampu ber'blog')..huhu!!apakah???

Tapi persoalannya sekarang..kahwinkah aku???hahaha... walaupun aku telah mendaftar sebagai peserta kursus kahwin hujung minggu ini dan bakal memenangi satu set cawan yang diimport khas dari China (kerana membawa ahli lebih dari 4 org). Selepas mendengar kuliah yang diberikan oleh Dr. Hasanah untuk kursus Munakahat yang aku ambil sebagai subjek Elektif dalam sem akhir ni (nak sebut gak sem akhir..) berkenaan dengan wali menggerunkan aku untuk berkahwin..huhu.. ini kerana telah terjadi satu peristiwa yg agak kecut perut dalam keluarga aku (tapi tak mau cite lah..). Jadi, walaupun berbekalkan sijil kahwin yang sah seumur hidup, aku kurang pasti sama ada aku akan berkahwin atau tidak..mungkin aku akan menikmati hari seperti ini sekali lagi tetapi bukan sebagai ibu..hanya sebagai seorang nenek tua yg Andartu...(CHoi!!!!!)

* Adakah aku masih diperlukan dalam keluarga itu? ataupun aku hanyalah pendengar setia kepada masalah2 yang mereka timbulkan sendiri? Adakah aku tidak layak untuk mengetahui perkembangan mereka?? aku masih bingung. Bingung dengan statusku dalam kalangan itu....

Tuesday, January 13, 2009

my future...???

mase recording td Tuan Haji ade la cite sket pasal M.A ni..tetibe aku rase cam berminat lak..tp tak tau tercapai ke tak...

aku pun tak tau ape matlamat hidup aku sebenarnye..yg aku tau abes blaja aku nak keje then ask my mother to quit her job and stay with me 'goyang kaki' or be my driver to 'hantar n ambik' aku dari or ke tempat keje..hehehe..(jahat gile aku)

pastu mase Tn.haji cakap pasal M.A tu aku terfikir la nak wat gak..betul gak kate die "tak rase jeles ke bile nmpk kwn kite dah ade phD"? Ade gak la rase jeles tu walaupun aku kenkadang mmg la ade phD (perasaan Hasad dengki) hehehe..

pastu bile pk balik...
mak aku cam dah larat nak keje...mungkin dah sampai masenye aku benti n tlg die plak..bg die rehat...bagi ape yg die nak..bwk mane die nak p...

aku banyak plan dah utk mak aku..
nak beli rumah n stay ngn die..nak carikan die modal sbb die minat gile meniaga..buy her a nice car or bigger than yg dah sedia ada..mcm2 la..bak kate kwn aku yg sorang ni..(sume bende hg nak wat kat mak hg..) huhu...ntah la..aku rase matlamat hidup aku mak aku sorang je..aku kurang pk pasal diri sendiri..

tp ntahla..biar la mase yg menentukan..kita hanya mampu merancang..

Saturday, January 10, 2009

silap masuk...

hari ni aku n kema n kwn die p la dgn semangatnye nak masuk kelas 5 jam utk amik lesen memandu..kol 7 dah bangun mandi n bersiap..tggu depan masjid dlm kol 7.55 pagi sbb uncle tu kate kol 8 dah kene tggu kat masjid tu..so kami tggu la...

bile dah kol 8 uncle tu still tak kol lg..kami pon cam pelik..pastu kol lak uncle tu kate kami tggu kat masjid n die kate die akan datang amik...

pastu tetibe dtg sebuah kete kancil yg bese dijadikan kete untuk ujian memandu berhenti btol dpn tmpt kami menunggu..org yg dlm tu plak kebetulan cina sambil membuat isyarat pegang stereng kami pon angguk yg mmg kami nak p amik lesen..tanpa bertanya terlebih dahulu kami trus masuk dalam kete..

uncle tu pon tanye...

uncle: you all nama apa?

aku pon jwb..kami baru nak daftar...

uncle pon tanye lagi: you all nama apa? sambil check kat list dia..
kenapa ada tiga?

aku pon jawab: ha..sepatutnye ade 4, tapi kwn sorg tu dah penah amik lesen..(tanpa menyedari yg ade berpiluh2 org kat depan masjid tu menunggu utk nak daftar lesen memandu jugak..)

uncle tu pon kate lagi: sepatutnya ada 2..you all nama apa?????

kami pon pelik..aku terpandang lebel kat senarai nama die c*emerlang institute..
dalam hati aku pon berkata (aamak salah masuk kete)..huhu..

aku pon jawab kat uncle tu..alamak uncle! salah la..kami bukan janji ngn cemerlang..

uncle pon kate akhirnye: sbb tu la i tanya you all nama apa..sekalang sudah silap..

kami pon turun kereta itu dengan rase malu kepada pak guard u*sm dan terus duduk menyorok dibelakang pondok...

hampir satu jam menunggu n org2 lain yg menunggu pon dah semakin kurang..aku call balik uncle tu..die kate die datang amik..aku pon mcm nak marah..huh!!baru nak datang amik?? ok lah..dalam 5 minit kami pon sampai kat tmpt tu n wat la bende yg sepatutnye mase nak amik lesen..n dgr ceramah yg amat best lagi lawak sampai aku nak pecah perut..tu untuk 3 jam pertama la..lepas rehat penceramah lain masuk..aku dah mula ngntuk..nasib 2 jam ja..pastu abes ja kami pon balik..

abes cita...

moral of the story..jgn nak suka suki je masuk kete tanpa bertanye..hahaha..

kembali...

hampir sebulan ku tdk menghapdet blgo ini..
sbbnye..
aku dah ade kat USM..so internet agak menyakitkan hati..
jdi aku pon membatalkan niat untuk menghapdet blog sbb takot kesabaranku tak dapan bertahan lame...tp takde cite menarik pon since mula sem baru ni...

walaupun ni sem terakhir aku (insyaallah) diri aku masih tak byk perubahan...
cuma kwn2 disekeliling aku yg silih berganti...

dah la maleh nak bebel..nnt klo ade mase aku upload gmbr2 yg menarik..klo ade la...hehe..