BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, March 27, 2009

selamat tinggal semua..


Aku tahu masih terlalu awal untuk aku ucapkan selamat tinggal...


Untuk apakah ucapan itu?


Untuk semua rakan di USM..


Mungkin 3 April nanti ialah hari terakhir kita berkumpul bersama sebelum kita membawa haluan masing-masing. Saya mengharapkan supaya semua hadir untuk berkumpul bersama kali terakhir. Makan bersama, ketawa bersama kerana kenangan ini yang akan kita bawa bersama dan kenangan ini juga yang akan membuatkan kita tersenyum sendiri.


Mungkin akan ada dalam kalangan kita yang menganggap Malam Bati ini sebagai acara yang tidak berfaedah atau membazir. Tetapi bagi saya tidak sama sekali kerana jika dahulu kita melangkah kaki memasuki USM (selain didahului dengan ucapan bismillah) kita bersusah payah menjayakan minggu orientasi dan Malam Bati ini adalah bayaran (w/pun bayar guna duit sendiri) dari penat lelah itu (selain keputusan exam). Lagipun bukan selalu kita Se'BATI' berkumpul bersama-sama.


Selepas ini semua orang akan membawa haluan masing-masing. Mungkin ada yang akan menyambung pelajaran. Mungkin ada yang akan membina kerjaya. Bekerja sebagai penterjemah, editor, juru bahasa, guru, ahli korporat, bekerja di mana-mana stesen televisyen, jadi deejay dan sebagainya. Sibuk dengan tugas masing-masing dan kita sudah tidak ada masa untuk berkumpul.


Jadi, sebelum berpisah, saya ingin mengucapkan selamat tinggal semua. Saya memohon maaf di atas ke'leser'an mulut saya, ter'umpat', terkeji, terkata, terkutuk, termaki, terbenci, dan segala 'ter...' yang ada saya memohon ampun dan maaf. Sebagai manusia saya mengaku bahawa segala kesilapan yang saya lakukan berpunca dari diri saya sendiri dan yang baik itu datangnya dari ALLAH.


Walaupun saya tidak tahu apa punca saya merepek pada malam ini, tetapi semuanya ikhlas dari hati saya.

Seterusnya saya ingin mengucapkan selamat tinggal kerana ajal dan maut di tangan Allah. Andai kata saya pergi dulu sudilah kiranya sedekahkan apa yang patut kepada saya untuk bekalan di Akhirat sana..

p/s: kepada sesiapa yang ada terasa hati dengan saya selama berkawan ini saya harap boleh bersemuka supaya saya dapat tahu kelemahan saya selama ini dalam membina persahabatan kerana saya merasakan bahawa semakin hari saya semakin jauh dengan seseorang...


kepada TJ aku tau kalau hang baca mesti hang kata aku PMS..tetapi hakikatnya..tidak..huhu..

7 PENDAPAT SEJAGAT:

Ayaq said...

PMS!

chill chill dulu. next week baru aku nak buat entry sadis. hihi.

Teja said...

tak tanya lg dh jwb dh? haha...ok2, hg rasa sedih sbb hg sayang kami heeee...

poison ivy said...

tak aku tak PMS!

haha..aku dah wat dulu..

Northern Gate said...
This comment has been removed by a blog administrator.
poison ivy said...

sori la ye en.naim aku pun terpaksa delete komen hang sbb aku tak mau org gaduh kat cni..aku akan bg tau individu tersebut utk bace blog hang yang sbnrnye tak tuju pun kat hang dlm blog dia tu..

Teja said...

org lain yg PMS kot kui2

poison ivy said...

tu la pasal..org len yg PMS lebih..