BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, March 19, 2009

Ayop sudah tua...

Ayop ku sudah tua...
selamat hari Tua Semoga Panjang umur dan Murah rezeki hendaknya dan dipercepatkan jodoh..
sekian...

Perjalanan yang panjang siang tadi amat menyakitkan hati...

sebagai manusia, kita harus ada rasa hormat sesama manusia tidak kira di mana jua kita berada (cewaahh..mcm iklan tv plak..)

perkara yang nak aku sentuh hari ini ialah, adab menaiki bas... tak kira la bas rapid ke..bas express ke..bas sekolah ke..bas universiti ke...kita haruslah mempunyai adab.. kisahnya begini...

Tepat jam 1.30ptg bas yg aku naik dari sg. nibong pon bergerak la menuju ke KL... Dalam bas tu kira ramai la jugak..tapi tak penuh..

aku pun cari la tempat duduk dan duduk di tempat sepatutnya. Apa yang jadi sebelum jumpa tempat duduk tu aku mls nak cite..

Pastu agak2 nak sampai naik jambatan uncle kat depan aku pun menurunkan tempat sandar kerusinya sepenuh hati dan menyebabkan kaki aku yang panjang ni tak boleh nak di silangkan. Boleh tu memang boleh cuma terpaksa menyenget.. tu tak pe lagi..

Dah sampai juru aku pun bersiap sedia nak tidur.. tetiba bunyi telefon seorang penumpang berdering riang..si empunya telefon pun bercakap la dengan gah nya sehingga dengan setiap butir perkataan yang dihujahkannya. Nak2 dia duduk betol2 belakang aku...aku pon ape lagi menggunakan ilmu mencarut yang ada "&&^%$#@@#$%^&*$#$%^&" kata ku dalam hati je la sbb aku terkejut.. pastu habes dah la dia bercakap...

Aku nak terlelap dah..tetibe berdering plak nada lagu avril..seorang lagi penumpang mempunyai peminat..Beliau pun bercakap la dengan rakusnya sama seperti yang tadi cuma aku tak paham la sepatah haram sbb aku tak amik mandarin pon kat usm. Yang dahsyatnya beliau boleh bercakap dari 15mnt sebelum sampai tol jelapang sampai la lebih 20mnt melepasi tol simpang pulai..

Aku dah sakit hati+sakit kepala+sakit kaki+sakit badan.
Aku dah start jeling2 dah kat die tapi die tak paham..aku pandang amoi dua org kat sebelah aku diorg dah senyum2 n gelak2..aku dia lagi..lepas tu die abes cakap dah.. aku pun terlelap..tak sampai setengah jam..bunyi lagi telefon yang ni kaum yang lain pula..siap buat loudspeaker...

pastu ade lagi pulak..siap mintak org yg kol die tu tlg topupkan seringgit dua..pastu bile org tu tak nak kate org kedekut plak..haih....ntah pape ntah..

Dan kejadian ni berulang2 sampai la KL dan kesimpulannya aku langsung tak bleh nak lelapkan mata lebih dari setengah jam..dan akibatnya..aku sakit kepala dan sakit badan...

sebelum sampai KL si amoi dua org tu plak ntah ape diorg buat dok wat gelak2 manja kat sebelah aku nak je aku bagi penampar Swahili kat mereka sbb sgt annoying...


Moral of the story..tolong la..nak sembang pon fikir la orang lain..orang lain pon bayar tambang gak...n malulah sikit kat pelancong yang ada kat dalam bas tu dan juga fikirkan orang yang nak rehat dalam bas dan juga fikirkan pemandu bas..(tp pemandu bas pon same suke cakap kuat2)

Aku tau la suara tu anugerah Allah tapi..simpan la sikit untuk menjerit bile masuk api neraka nanti..

0 PENDAPAT SEJAGAT: