Kumat agaknya masih terkejut dengan kematian Kamit. Beliau seperti tidak boleh menerima kenyataan bahawa teman baiknya itu sudah tiada. Beliau terus menerus bergimnastik. Berhenti hanya pada waktu tidur, makan dan minum.
Kumat tidak boleh keseorangan. Walaupun beliau sering mendera Kamit, mungkin kerana itu cara beliau menunjukkan kasih sayangnya terhadap teman baiknya itu. Mungkin untuk mencari teman baru belum tiba masanya (mmg la bukan boleh kuar sangkar pon..).
Sabarlah Kumat. Apabila tiba masanya (bila tuan ko dah byk duit) kau akan mendapat teman baru. Kali ini, cuba menghargai rakan anda itu. Kawan yang baik tidak akan muncul selalu. Sukar untuk kita mencari orang yang sanggup menerima buruk dan baik diri kita. Sukar untuk mendapatkan orang yang sanggup tahan dengan kerenah kita yang kadang-kala menjengkelkan.
Percayalah, Kamit hidup bahagia di alam sana.
-------------------------------------The End-------------------------------------
Berakhir sudah kisah pemergian Kamit.
Aku nak share cket email yg aku dapat dari abang aku.
Kisah 1000 ciuman
Buat renungan kengkawan...
(sekadar gurauan tidak ada kaitan dengan sesiapapun..jika terjadinya persamaan hanyalah secara kebetulan sahaja..)
Zaman ni zaman susah. Harga minyak naik terus, akibatnya terjadi pemberhentian di berbagai syarikat. Salah satunya yg terkena pemberhentian ialah Suparjo dari Semarang, Indonesia. Bulan ni dia tak dapat kirim wang untuk isterinya di kampung halaman. Hanya dapat kirim surat yang isinya demikian:
Isteriku tercinta,
Maafkan kanda sayang, bulan ni kanda tak dapat kirim wang utk keperluan keluarga di rumah. Kanda hanya dapat mengirimkan buatmu 1000 ciuman.
Paling cinta,
Kanda Suparjo Yii
Seminggu kemudian Suparjo mendapat surat balasan dari isteri tercintanya:
Kanda Suparjo tersayang,
Terima kasih atas kiriman 1000 ciumanmu. Utk bulan ini Dinda akan menyampaikan laporan perbelanjaan keluarga:
- Tukang minyak bersedia menerima 2 ciuman setiap kali membeli 5 liter minyak tanah.
- Tukang letrik mahu dibayar dengan 4 ciuman setiap 10hb setiap bulan.
- Tuan rumah mahu sewanya dibayar ansuran 3 kali ciuman setiap hari.
- Tokeh kedai runcit tak mahu dibayar pakai ciuman. Dia mintak yg lain jadi Dinda terpaksa berikan saja.
- Hal yg sama juga kepada Guru Besar dan guru kelas sekolah di Nanang yg dah 3 bulan tertunggak.
- Besok Dinda nak ke pajak gadai utk tukar 200 ciuman dgn wang tunai sebab Tokeh pajak gadai dah sedia tukarkan 200 ciuman dan gadaian yg lain dgn wang Rp650 ribu. Lumayan buat belanja sebulan.
- Keperluan peribadi Dinda bulan ni mencapai 50 ciuman.
Kanda tersayang.. bulan ni Dinda merasa menjadi org paling kaya di kampung kita kerana Dinda berikan hutang ciuman kepada ramai pemuda di kampung dan siap ditukar dengan apa pun keperluan Dinda. Yang dari kanda masih berbaki 125 ciuman, kanda ada fikiran bagaimana mahu dihabiskan? Atau Dinda simpan dululah dalam tabung yer??
Paling sayang,
Dinda Suti Nirwingsih
......gedebuk. .. Suparjo pengsan!!!!
1 PENDAPAT SEJAGAT:
hahahha bengong punya bini
Post a Comment