BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, March 10, 2009

kembalinya Kamit ke alam barzakh....

Patutla aku takdak mood nak hapdet blog ni..rupanya aku akan mengumumkan sesuatu yg agak menyedihkan...

Akhirnya Kamit menghembuskan nafas terakhirnya...

Tak tahu lah pada pukul berapa kerana mayatnya ditemui keras dan mukanya kemik..sungguh pilu hatiku melihatnya.. sebagai seorang ibu..aku agak sedih tetapi apakan daya..yang pergi harus pergi, yang hidup harus teruskan hidup....

Setelah mayatnya dibelek2, aku terus menkafankannya dan mengebumikannya.. Dimana? biarlah menjadi rahsia...

Sebagai ibu angkat, kema turut berasa simpati terhadap pemergian kamit..

Kesian Kumat, beliau terpaksa meneruskan hidup sendirian...

Tetapi sesuatu yg pelik berlaku..Kumat seperti tidak boleh menerima kenyataan beliau sentiasa ber'gimnastik' tanpa henti.. Perancangan untuk memberi teman hidup baru kepada Kumat akan dibuat selepas minggu berkabung tamat.

Melalui pemeriksaan yang dibuat, Kumit mungkin mati akibat tertelan plastik, kerana plastik makanan yang diletakkan di atas sangkar mereka sudah koyak rabak. Kema juga membuat andaian bahawa, keadaan Kamit yg seperti tidak keruan menggigit2 sangkar seperti mahu melarikan diri mungkin kerana beliau mahu lari dari sesuatu. Adakah beliau membunuh kawan baiknya sendiri????

Itu ialah andaian Kema selaku ahli forensik pada malam ini..

Kami akan memerhati keadaan Kumat lebih lanjut..

Kami juga akan mencari punca kematian Kamit.. Adakah beliau mati kerana tidak tahan diseksa oleh Tyra?? Mungkin juga digigit binatang berbisa?? ataupun seperti yang sudah dinyatakan di atas iaitu tecekik plastik atau dibunuh rakan sendiri???

Kami akan menyoal siasat suspek2 berikut:

1) Cik Tirah Beng - siksaan yang dilakukan seperti mengangkat Kamit dengan memegang kaki, memandikan Kamit dengan menggunakan 'wet tissue' dan lain2 siksaan yang tidak diketahui oleh ibunya.

2) Kak Mona- pernah terlibat dalam aktiviti menyiksa Kamit.

3) Kumat- kekejaman terhadap Kamit, menendang dan memaki hamun Kamit menggunakan bahasa kesat apabila Kamit diambil keluar dari sangkar.

Kami menyifatkan bahawa kematian Kamit adalah mati secara perlahan kerana tidak terdapat kesan lebam atau luka pada badan mangsa.

Kamit ialah seekor hamster yang baik kerana tidak pernah menggigit sesiapa pun, sifatnya yang lembut dan penyabar menjadikan Kamit disukai ramai (terutama cik Tirah Beng).

sekian...

7 PENDAPAT SEJAGAT:

atira eliya said...

owh.. tidak2.. semestinya akma yg terlibat dengan tanda2 berikur:

1)kema pura-pura baik
2)bila dia balik jer dari kampung kumit terus mati
3)mungkin juga cik teh jawahir kerana dia pernah terlibat dengan aktiviti penyiksaan
4)mungkin IBUnya sendiri kerana ibunya pernah membuat statment "lama betul benda dua ekor ni hidup".
5)mungkin juga adam.. dengan menggunakan bomoh kerana tiada kesan lebam.

poison ivy said...

tapi mase kema balik tu die hidup lg..lepas hg dtg nak kuar p mkn tu yg die mati..mungkinkah die terkejut sbb hg dtg krn tdk tahan dgn penyiksaan yg diberi oleh hg..

anda tida perlu membela diri sendiri kerana bukti2 yang kukuh telah ada..hahahaha...

wpun IBUnya pernah membuat statement begitu namung sbgai ibu beliau tdk pernah mengabaikan mkn n minum, bekalan mereka sentiasa ada..Ibu mereka tdk pernah mengangkat ank2 mereka dgn memegang kaki mereka...

kema pula sering memastikan bekalan makanan cukup didlm bekas mereka..

Teja said...

sy brpendapat ibu arwah perlu membuat laporan polis agar siasatan lanjut dapat dijalankan. ttpi mgikut firasat saya, cik tyra beng boleh mnjdi suspek utama kerana sy sndri pernah melihat kekejaman yg dilakukannya ke atas kamit. dan sy sudi menjadi saksi jika diminta oleh pihak mahkamah.

sbnrnya sy tidak ada kaitan langsung dgn kekejaman trhadap kamit sperti yg didakwa oleh tyra beng.

R.I.P - Kamit

poison ivy said...

time kasey cik tehjawahir..keterangan anda akn kami periksa kesahihannya..sy juga mengesyakki cik tirah beng kerana pd mlm kematian Kamit, sy memberitahu cik tirah, kemudian beliau membalas "c gemuk dah mati? tak sempat nak mintak maaf" (lebih kurang begini la. kemudian sy membalas lagi "tu la hg kan byk dosa ngna dia" kemudian cik tirah dgn serta merta menuduh cik kema tanpa sy berkata apa2 selanjutnya.. sekian..

Ayaq masak said...

saya adalah saksi yang keberapantah melihat siksaan yg dilakukan oleh terabeng terhadap menatang due ekor itu...hu hu hu...

poison ivy said...

ya...timakasseeeyyyy....
kini kita telah cukup saksi ya..
sy juga mempunyai bukti2 berbentuk video dan gambar yang boleh mengukuhkan lagi tuduhan terhadap cik tirah bank

akmar afifah said...

saya dgn ini muncul utk mbela diri setelah lama memerhatikan keadaan yg semakin bergolek2..utk mdamaikan keadaan, bahawasanya saya mengaku saya telah membunuh...bukan kamit tapi beberapa ekor nyamuk malam td..
saya yakin suspek utama telah diketahui ramai..tdk lain drpd yg lain melainkan cik tera beng..walaupun begitu beliau cumalah suspek..masih belum dibuktikan bersalah..maka orang awam dinasihatkan bertenang.. :D