BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, March 27, 2009

BATI nite..

Aku tak sabar tunggu baju yang mak aku jahit untuk BATI nite nanti. Aku agak bertuah sebab mak aku pandai menjahit. Walaupun baju aku tu nanti mungkin agak ringkas, tetapi aku bangga sebab mak aku yang jahit.

Teringat masa kau kecil dulu. Mak aku suka sangat buat baju pelbagai fesyen utuk aku dengan kakak aku. Lagi pilak time tu mak aku masih dalam proses pembelajaran. Jadi, dia memang sangat la rajin mencuba fesyen yang ada dalam majalah jahitan yang dia ada. Mak aku jahitkan baju kurung ada ribbon besar kat belah tepi, gaun tingkat-tingkat, blaouse ala-ala ade jacket siap dengan skirt. Dan masa aku penah sertai pertandingan kat sekolah menegah pon aku penah gunakan gaun pengantin mak aku yang opah aku betulkan balik supaya muat dengan aku. Gaun pengantin tu pun opah aku kate mak aku jahit sendiri..

Setiap kali raya kitorang tak payah risau untuk tempah baju kurng awal sebab mak aku akan jahit sendiri. Baju melayu ayop n ayah aku pun mak aku yang jahitkan. Cakap je nak fesyen apa mesti mak aku tau buat, cuma bila fesyen yang merapu sikit ni mak aku boleh buat cuma macam tak kemas sikit la..

Berbalik kepada BATI nite nanti..baju dah ada..aku nak cari seluar je..tak pun skirt..huh..duit lagi tu..tapi aku agak bertuah la sebab baju aku tu tak mahal pon kainnye..tempah dah free dah tinggal nak beli seluar je. Tapi seluar pun agak mahal sekarang ni.

Tunggu dan lihat je la bagaimana rupa baju yang mak aku buat tu. Harap-harap cantik sebab aku suruh mak aku buat je baju ikot zaman dia mase muda-muda dulu..


p/s: kepada kenkawan yg p test KPLI tu good luck yek..

0 PENDAPAT SEJAGAT: