BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, March 13, 2009

Dasar Kau yang tak mengenang budi..

Kau kejam
Kau tak ada hati perut
Kau tak ada otak
Kau tak ada perasaan.

Kau tak pernah fikir tentang aku
Kau tak pernah mengenang jasa aku
Kerana Kau aku tersiksa
Kerana Kau aku menderita.

Kau selalu begitu
Bila aku betul-betul perlukan Kau
Kau mula buat hal
Bila aku saje-saje nak main dengan Kau
Kau tunjukkan kehebatan yang ada

Kau menyebabkan aku hilang mood
Kau menyebabkan aku hilang selera makan
Kau menyebabkan muka aku berkedut
Kau menyebabkan aku tension

Lepas ni aku tak mau kawan ngan kau..
Aku nak cari kawan lain
Kat bawah library ada, kat subaidah ada,
Kat tepi CIMB pon ada

Kalaulah aku boleh buang Kau dari pandangan mata aku
Kalaulah aku boleh jadikan Kau tukun di dalam laut
Kalaulah aku boleh cari yang lain yang boleh menggantikan Kau yang tak guna tu…

Tapi aku akui, aku tak mampu nak buang Kau buat masa ni
Walapun Kau buat hal hari ini aku tetap akan maafkan Kau kerana kebaikan Kau pada masa-masa lampau...

Kau..Kau..Kau…
Kau memang menyakitkan hati aku hari ni!!!!
Kenapa la time aku terdesak di zaman kegawatan ekonomi ni Kau nak buat hal????
Kau tahu tak betapa banyak lemak aku yang mencair kerana terpaksa ke sana ke mari???
Kau memang la PRINTER!!nanti aku kaya aku beli yang lain…padan Muka Kau
Menyusahkan aku je!!!!

0 PENDAPAT SEJAGAT: