BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, February 4, 2009

Sahabat..

Dah sepuluh kali aku dok taip n delete baru aku jumpe sesuatu untuk dikongsi...

12 SIFAT SAHABAT
1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu.
2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu.
3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan membantumu.
4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik.
5. Jika ia mendapat sesuatu kabajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu.
6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya.
7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya.
8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu.
9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu(membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu).
10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu.
11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu.
12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

sumber amik kat sini
Adakah anda seorang sahabat yang baik? Renung-renungkanlah..dan selamat beramal..haha..

p/s maaf kepada insan yg menganggap aku kawan @ sahabat.. aku bukanlah seorang sahabat yang baik..huhu..maafkan daku..

0 PENDAPAT SEJAGAT: