AL KISAH........
Pada petang ahad....
Seorang wanita yang mempunyai keinginan untuk memiliki lesen kereta telah pergi ke pusat latihan memandu apibila dipanggil oleh tempat beliau daftar memandu.
Setelah menghadiri ceramah lima jam dan tiga jam lagi untuk kereta sahaja, maka pada hari ahad itu beliau pun pergi dengan semangat kentalnya (walaupun jantung berdegup bagai nak pecah) ke tapak latihan memandu. Setelah sampai beliau pun masuk ke dalam kereta yang disediakan.
Setelah diajar oleh gurunya tentang asas memandu, beliau pun mula memandu. Stereng yg belom pernah dipegang diputar sesuka hati dan dibantu oleh guru tersebut dengan perasaan sgt geram. setelah membuat satu pusingan, beliau pun diajar masuk parking. Maka, dengan sesuka hatinya beliau pusing stereng dan melepaskan clutch dengan mengejut.
Disebabkan itu, tembok yang tidak berdosa itu menjadi mangsa 'landing'an kereta yang dibawa wanita itu yang telah membunuh satu nyawa iaitu 'enjin' kereta. Menggunakan bantuan CPR enjin dihidupkan semula. Perasaan sakit hati bercampur menyampah bergaul didalam hati guru tersebut. Namun guru tersebut tetap bersabar, membantu menurunkan kereta dari tembok yang berjaya digilis.
Tanpa pilihan lain, guru tersebut pun menyuruh wanita itu pusing sahaj belajar mengawal stereng dengan menggunakan 'gear 1' mengelilingi pusat latihan selama 3jam tanpa henti dengan bertemankan seorang lagi rakan wanita tersebut yang sebenar sudah habis latihan selama tiga jam, tetapi terpaksa membantu wanita tersebut atas arahan guru mereka.Oleh itu, rakan wanita tersebut terpaksa berada di pusat latihan memandu tersebut selama 6 jam (jika mengikut jarak perjalanan rakan wanita tersebut sudah boleh sampai KL).
Semasa berlatih berdua-duaan di dalam kereta kancil yang malang itu (tanpa guru) wanita tersebut sekali lagi melanggar tembok tidak bersalah yang lain pula. Rakan beliau yang panik itu tidak sempat menekan brek kecemasan di tempat duduk sebelah.
Tetapi dengan bantuan guru orang lain, wanita tersebut berjaya menurunkan sendiri kereta yang telah menggilis tembok kedua itu. Pengalaman baru untuk wanita tersebut. Dengan perasaan bongkak dan riak. wanita itu meneruskan pusingan di dalam pusat latihan tersebut dengan berlaku pelbagai peningkatan iaitu berjaya mengawal stereng tanpa keluar dari garisan tengah dan berjaya menekan minyak walaupun hanya gear 1.
gambar pemandu wanita harapan bagi Formula 1
Sekian hikayat si pemandu wanita.
**guru wanita tersebut tidak mahu mengajar wanita tersebut menaiki bukit, dan masuk tiga penjuru pada hari yang sama setelah melihatkan bahaya di hari kelak yang bakal berlaku.
p/s: oleh sebab itu aku tidak mampu untuk menghadiri temuduga untuk menjadi buddies bagi NAP kerana ade kelas tambahan. huhu...
6 PENDAPAT SEJAGAT:
Hahahha walaupun aku tak paham macamana ko boleh gilis tembok (tembok tu tumbang ke hape digilis tu) tapi aku tetap nak gelak jugak. (gila kejam padahal diri sendiri dah dekat 3 tahun tak drive huhu)
alaaaaaaaaaa kenape kelas tambahan ari rabu~~huhu. abeh tu munangkahat ko ponteng lah ye?
haha..aku terima gelak ko tu sbb at least ko dah ade lesen..
kelas tambahan kol 5..munakahat kol 3-4..
bagus juga melanggar tembok...
sebab...
len kali kalau uncle tu marah ko.. ko boleh langgar dia plak
tapi make sure masa ko dah hampir dengan lesen P..
hahaha...tak nak aku kang tak pasal2 tak leh dapat lesen kene tahan takleh amik lesen selama beberapa tahun..huhu..
ish2..setelah mbaca coretan si wanita dan gurunya..perutku btambah kecut..mungkinkah aku bakal ditimpa nasib yg sama..waaa!skrg aku tau nape ada org nk amik lesen terbang..
haha..sabar2..kite wat betul2 pastu kite amik lesen kapal terbang lak..haha..takpon amik lesen soyuz..
Post a Comment