BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, April 10, 2009

Episod 3..PICNIC!!!!

Episod kali ini saya akan bercerita mengenai ber‘piknik’an.

Pada semester ini, saya dan rakan-rakan telah pergi berkelah bersama-sama.

Perkelahan yang pertama dianggotai oleh Teja, Atirah, Kema dan saya dengan menaiki ADH. Cik Tyra amat seronok melihat pemandangan luar kerana tidak perlu memandu.

Pada mulanya kami ingin berkelah di Pulau Jerjak. Memandangkan harga feri yang cekik darah, kami menukar destinasi ke Batu Feringgi pula. Bekalan yang kami bawa ialah nugget ayam, sosej dan sandwich (buatan saya =))



Kemudian sekali lagi saya dan rakan (lebih ramai) telah pergi mendaki ke sungai Tukun.
Bekalan yang kami bawa ialah sosej dan roti Gardenia dan beberapa botol air berkarbonat (menyumbang kepada kencing manis).

Anggotanya ialah Vincent, Joyce, Melati, Adam, Jaya, Teja, Akmar dan saya.

Aktiviti ini dirancang serta-merta dan tiada perancangan awal dibuat. Kami pergi menaiki lapan ekor kuda berkepak ‘unicorn’.

Aktiviti yang kami lakukan ialah melihat aksi terjun tiruk oleh Adam, Jaya dan Vincent. Kami juga dapat melihat perlakuan sumbang beruk-beruk di Sungai Tukun. Selain itu kami juga bersama-sam menikmati juadah yang di bawa.

Pada sebelah malam pula kami makan malam di minden. Juadahnya ialah 2 pizza saiz besar dan 2 pizza saiz sederhana tajaan Domino dan 2 botol air berkarbonat (menyumbang kepada sakit buah pinggang)

Ini tiket masuk ke taman negara ye kenkawan..

Bahagian belakang


Bahagian hadapan



Berposing setibanya kami di Taman Negara dalam ekspidisi "Menuju ke Sungai Tukun"

Muka gembira kema kerana tidak sabar mahu ber'hiking'.

Berposing sebentar setelah penat mendaki..

Kami sudah tiba di Sungai Tukun

Adam dengan aksi mahu membelasah Vincent kerana tidak mahu terjun bererndam bersama.


Aksi bergaydam (bergayut sambil berendam) oleh jaya

Melepak di pondok

Bergambar di Batu..


Membuat cover album berjudul "batu-batu usang"

Peraduan mencari 'di mana jaya'

Jaya kelam-kabut mahu sampai cepat ke toilet..sakit perut mungkin..

Sampai di pejabat muka lega kerana banyak pengurangan lemak telah berlaku..

Cedera ringan.. Mel tersepak karang yang melekat di batu..
Pulang sudah. Lepas ni nak menuju ke Empangan..



Berposing gaya manja setibanya di empangan..


Jaya mahu terjun masuk empangan kerana 'stress' dengan masalah yang menimpa dirinya setelah sesi 'luahan perasaan dilakukan'.

Berjalan menuju ke 'unicorn' setelah menjelang senja.

Menunggu Pizza yang sedang di'order' oleh Vincent n Jaya..

Menjamu selera sambil menikmati pemandangan di padang minden USM..

Inilah aktiviti yang kami lakukan selama satu hari..

pada

6 April 2009

6 PENDAPAT SEJAGAT:

akmar afifah said...

hahahahahahahahaha...

Teja said...

sgt best waktu itu!!!

kalo tirah ngn noin tak cancel last minute n ikut skali kita mesti lg best!!

poison ivy said...

kema-kenapa gelak cam pontianak???

teja-betol3..hehe..

akmar afifah said...

lawak tgk jaya skt perut..
tiba2 lapar piza..huhu

nOin anaK jamiL said...

meh la kte wt lg skali ek..hehehee

poison ivy said...

xmau aku noin..nak tercabut lemak2 dibadan aku ni ha..