BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, May 4, 2009

TEGURAN..

Dah lama aku tak update blog kan..
Busy ke?
Tak la... Aku balik kampung.. Ade kenduri kawin sepupu mak aku...

Bila dah balik kampung ni banyak la perkara yang menyakitkan hati aku. Tambah-tambah dari segi percakapan/pertuturan.

Aku tak ada niat nak membebel. Tapi oleh kerana aku sakit hati yang teramat sangat, aku nak gak bagitau supaya kita sama-sama la renungkan. Walaupun orang tu tak baca pon blog aku.

Ya.. Aku memang berbadan besar. Tapi aku tak pernah doa pon pada Allah supaya besarkan badan aku. Aku tak pernah berhenti berangan nak kuruskan badan. Bukan aku tak pernah cuba. Tapi tak berhasil. Tapi mereka-mereka yang perasan kurus ni suka sangat memperlekehkan orang yang berbadan besar seperti aku atau lebih besar dari aku. Bising sangat aku ni tinggi. Aku tak pernah bising pon yang diorang tu pendek. Pernah ke diorang berdoa untuk jadi pendek sedemikian rupa. Aku minta maaf la kepada orang lain yang terasa. Tapi benda ni memang aku hanya tujukan kat orang kampung aku tu.

Lagi satu perkara yang aku sangat meluat adalah, suka cakap pasal anak orang. "Tengok tu anak orang tu gemok", "tengok tu anak orang tu tak cantik", "tengok tu anak orang tu penagih dadah".

Sebelum kita cakap apa-apa, cuba kita renung diri kita balik, kita ada anak tak? Kalau tak ada, diri kita sendiri dah betul ke?

Nasihat orang pandai. Ramai yang nasihat mak aku soh jaga anak elok-elok, sebab kitorang ni "konon" nya sangat nakal. Tapi cuba singkap balik. Kalau balik kampung, kenduri, anak sapa yang akan duduk kat dapur separuh mati. Aku bukan nak kata la kan.. Dulu masa aku darjah enam orang dah kata dah "ni ape ni anak dara tak mau tolong orang kat dapur?"

Tapi sekarang bila aku kata kat anak-anak dara depa yang dah form 1 dan ke atas, depa akan kata.. "ish..depa tu kecik lagi..tak tau apa..." tak ke meroyan je jiwa raga aku.
Sampaikan baju anak depa yang dah badan sama tinggi ngan aku, aku yang kene gosokkan. Dulu semua pandai pesan kat aku, "cuba belajar buat, jangan nak harapkan orang, kalau semua tak reti bila nak berjaya?" Tapi sekarang ni sapa yang mendorong anak sendiri untuk telingkup.

Ada yang berpangkat besar tapi anak sendiri pijak kepala. Kecik-kecik dah pandai bodohkan mak bapak. Aku bukan nak kata apa la. Aku tak pernah pulak nak belajar bodohkan mak bapak sendiri. Yang mak bapak tu pulak tak da inisiatif nak marah. Pandai pulak cakap baik-baik. Bila time anak-anak mak aku ni pantang salah cikit cepat je soh belasah, soh marah la.. Ape Kessssss!!!!!

Aku bukan tak nak dengar nasihat diorg, tapi aku tak pasti sama ada nasihat diorg tu betul ke tak, sebab diri sendiri pon belum tentu betul. mMemang la pangkat tinggi, tapi...
Hmmm..malas dah aku..cukup la setakat ni..

Bukan nak aibkan sesiapa cuma nak kongsi bersama. Jaga pertuturan. Ingat kita pun ada zuriat, dan bakal ada zuriat. Tak semua orang boleh terima apa yang kita cakap. Kita pun tahu bahawa doa orang yang teraniaya akan dimakbul Allah. Jangan sampai orang terasa dianiaya oleh kita. Buruk padahnya. Yang kaya-raya boleh jadi papa kedana. Yang bijak pandai pun boleh jadi bodoh. Nauzubillah minzalik..

Sekadar berkongsi dan menasihati diri sendiri yang belum tentu baik.

6 PENDAPAT SEJAGAT:

Wasatiah Gurlzz said...

hmm, sabar jer lah yer Adah..mulut org mmg mcm mulut tempayan..tak leh nk tutup..hoho..tp tu lah, sblom kiter dok mengata org kiter kne tgk diri kiter dulu..ala yg kurus ke, gemuk ke, tinggi ke, rendah ke, smua sma..yg penting kne bg elok diri sndiri dulu..bersbr ye Adah..

poison ivy said...

ni dah banyak sabar dah ni kak..tak larat nak sabar dah..mulut tempayan pon bleh tutup ngn plastik besar ke ape..

akmar afifah said...

sedihnya entri hg..
aku rs cm nk p bom ja org yg mulut cm2..suka2 ati ja ckp..
hg anggap ja depa nh jelas hg tinggi..huh..bg depa tinggi salah, pndk pn salah..org len suma salah..ank beranak sndr ja btl walaupn mmg nmpk terang salahnya..
spt yg aku kt, kalu tk suka nmpk ja suma slh org tu..apakah aku mbebel pnjg2 nh?

poison ivy said...

haha..btol tu kema..tp jgn bom depa sat g aku kene cr masa lawat hg kat penjara..hehe..

atira eliya said...

ish aku time darjah 6 pun dah stat wat keje.. kene duk dapur.. tapi sekarang cousin2 aku yang hawau tu even dah besor panjang x reti2 lagi nak masuk dapur.. kalau aku tak sound tak masuk lah.. nasib bek mak bapak diorang tak tegur aku balik

poison ivy said...

aku nih masalahnya mak bapaknye tak sedar diri..nmpk salah anak org je..