BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, September 22, 2009

Jejak kasih

Hari ni aku ngan mak aku p sambung episod jejak kasih yang pernah ada kat tv3 dulu. Kami mencari keluarga angkat kami yang dah lebih 15 tahun tak jumpa. Dulu family tu jiran kami masa kami menetap di sungai pelong, selangor. Dah lama dah kitorang cari diorang tapi belum ada rezeki nak jumpa sampai lah tadi...


Mak aku yang bising2 kata dia rasa yang dia akan jumpa diorg neh. Aku pun bagi la semangat sebab aku pun rindu gak kat mama ani neh. Dia memang sangat hepy go lucky orangnya. Masa dulu kitorang memang banyak ditolong oleh beliau.

sebelum kami jumpa family dia, kami p jumpa lagi sebuah family yang juga agak rapat dengan kitorang merangkap jiran kitorang yang juga sangat baik hati. Tapi sedihnya, isteri kepada pak cik itu sudah meninggal dunia. Sangatlah terkilan kerana sangat ridu juga dengan aruah kerana aruah adalah sangat baik. Aruah layan aku ngn kakak aku macam cucu2 dia. Pak cik la yang btau kat mana mama ani tinggal.

Akhirnya kami jumpa rumah mama ani. Sedih juga ceritanya kerana mama ani sudah lama berpisah dengan baba iaitu suami mama ani yang telah berkahwin lain. Agak terkejut juga kerana kami tak sangka baba sebegitu kerana beliau juga adalah sangat baik masa dahulu kala.

Setelah jumpa mama ani kami pun sembang2 la cerita apa yang patut. Dan mungkin mama ani akan datang ke rumah kami khamis ni utuk jumpa ngan anak angkat kesayangannya Si boyot adek aku tuh.

Nak cerita sikit pasal family mama ani nie. Dulu la kan..
Mama ani ngan baba usop sangat lah penyayang. Baba usop jarang nak marah2 n asek wat lawak je. Macam tu jugak dengan mama ani. Mak aku n mama ani memang saling tolong menolong. Nak dijadikan cerita macam mana mama ani ni leh lekat ngn famly aku? Kisahnya sebab mama ani ni teringin nak anak pompuan tapi tak dapat sebab beliau pada masa tuh telah dikurniakah dengan 9 orang anak lelaki (sekarang dah 10 anak lelaki). Yang mak aku pulak masa tu ada 2 orang anak pompuan yang comei (aku n kakak aku). Sebab tu la mama ani nih suka melayan aku n kakak aku n anak2 dia pun suka main ngn kitorang.

Sampai la satu saat mak aku secara tidak dirancang termengandungkan adik aku yang bongsu dan boyot itu. Tetapi mak aku mengharapkan anak lelaki, tetiba lahir2 je kuar la seorang anak pompuan yang sgt boyot dan tembam dan sebagainya.

Jadi kasih sayang pun bertambah la ke keluarga kami dan berkurangan ke atas aku. hehehe..jadi cerita jeles menjeles pun berlaku..

Pastu dalam tahun agak2 1994 macam tu family aku pindah melaka dan kami terputus hubungan...sehingga la hari ini...

Dengar cerita tadi mama ani pon dah jumpa pengganti dia. Jadi aku harap pasni mama ani bahagia setelah pelbagai kisah sedih dan derita yang beliau lalui..


2 PENDAPAT SEJAGAT:

Ayaq said...

Hehe dapattt jugak jumpa..aku tumpang gumbira. :D

fuh 10 orang anak lelaki! Asmekom mama ani..hahahaha :P

poison ivy said...

haha!!tenkiu tumpang gembira..

wah..kau gelojohyer..

anak2 dia yg baya aku ke atas semua dah ade yg punye..yg solo pon aku rasa yg baya adek aku nak???