BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, September 25, 2009

Arnab itu Rabbit

Aku nak cerita kejadian yang menimpa ke atas dua ekor arnab. Cerita ni berlaku semasa kat kampung. Adik aku yang cerita la bukan aku sebab aku tak balik kampung pun raya tahun ni. Sebab tak balik tu biar aku je la yang tahu.



Adik aku cerita kat aku yang masa raya hari tu, warga kampung aku tu telah menyembelih dua ekor arnab untuk dibuat lauk. Aku punya reaksi... Haaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!!Apakah?????

Kejam sungguh mereka itu. Bagi aku, arnab itu sama seperti kucing atau hamster yang hanya layak dibuat haiwan peliharaan dan bukan untuk dimakan. Agaknya kalau kucing tu takda taring n makan sayur2an je mesti dah banyak ekor yang kene sembelih jadi lauk hari raya.



Kalau aku ada kat kampung mesti aku dah nanges dah dua hari dua malam mengenangkan kesudahan riwayat dua ekor arnab tersebut.



Tapi pada mereka yang memang gemar makan arnab janganla terasa hati atau sakit hati dengan aku. Aku menulis untuk mereka2 yang sama pendapat ngan aku je. Jangan tangkap aku n saman plak. Aku ni orang tak berwang.





Sanggupkah anda sembelih haiwan secomel ini???

2 PENDAPAT SEJAGAT:

anna kyra said...

owh my gosh.. aku tak sanggup..

poison ivy said...

terima kasih kerana menyokong sayee...

terharunyee..isk..isk..