Aduh...
dah cuti lama neh..malas plak nak start training..
tapi bile dok umah lama kang sibuk je nak p training..
apakah??mengade-ngade je..
Saturday, September 26, 2009
Malas+lazy=penyegan
DIKISAHKAN OLEH poison ivy at 8:34 PM 0 PENDAPAT SEJAGAT
Bicara zahir dan batin
Aku baru perasan.. (poyo giler..lama dah perasan sebenarnya)
Aku ada tabiat yang sangat buruk... (baru sedar ker???)
Bila aku tension.. (hari2 pon ko tension)
Aku akan masak.. (tak tension pon ko masak gak..)
Lepas masak aku akan makan... (kalau bukan ko masak pon ko mkn banyak gak..)
Makan tanpa henti.. (tau xpe..)
Macam mana nak berhenti yek??? (dah tabiat satu nyawa...tak bleh berhenti punyer...)
Macam mana nak kurus ni??? (berangan je la...)
**lain di jari..lain di hati...
DIKISAHKAN OLEH poison ivy at 8:15 PM 2 PENDAPAT SEJAGAT
Friday, September 25, 2009
Arnab itu Rabbit
Aku nak cerita kejadian yang menimpa ke atas dua ekor arnab. Cerita ni berlaku semasa kat kampung. Adik aku yang cerita la bukan aku sebab aku tak balik kampung pun raya tahun ni. Sebab tak balik tu biar aku je la yang tahu.
Adik aku cerita kat aku yang masa raya hari tu, warga kampung aku tu telah menyembelih dua ekor arnab untuk dibuat lauk. Aku punya reaksi... Haaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!!Apakah?????
Kejam sungguh mereka itu. Bagi aku, arnab itu sama seperti kucing atau hamster yang hanya layak dibuat haiwan peliharaan dan bukan untuk dimakan. Agaknya kalau kucing tu takda taring n makan sayur2an je mesti dah banyak ekor yang kene sembelih jadi lauk hari raya.
Kalau aku ada kat kampung mesti aku dah nanges dah dua hari dua malam mengenangkan kesudahan riwayat dua ekor arnab tersebut.
Tapi pada mereka yang memang gemar makan arnab janganla terasa hati atau sakit hati dengan aku. Aku menulis untuk mereka2 yang sama pendapat ngan aku je. Jangan tangkap aku n saman plak. Aku ni orang tak berwang.
Sanggupkah anda sembelih haiwan secomel ini???
DIKISAHKAN OLEH poison ivy at 7:42 PM 2 PENDAPAT SEJAGAT
Thursday, September 24, 2009
DIET
Macam mana la manusia kat luar sana tu boleh ber'diet'?
DIKISAHKAN OLEH poison ivy at 10:03 PM 0 PENDAPAT SEJAGAT
Wednesday, September 23, 2009
JAHAT SANGATKAH AKU?
KEPADA SEMUA PEMBACA BLOG YANG PERNAH KENAL DENGAN AKU SAMA ADA BARU KENAL ATAUPUN DAH LAMA KENAL, ANDA SEMUA DIALU-ALUKAN UNTUK KOMEN TENTANG SIKAP AKU SELAMA KITA BERKENALAN NI.
DIKISAHKAN OLEH poison ivy at 7:22 PM 2 PENDAPAT SEJAGAT
Tuesday, September 22, 2009
Jejak kasih
Hari ni aku ngan mak aku p sambung episod jejak kasih yang pernah ada kat tv3 dulu. Kami mencari keluarga angkat kami yang dah lebih 15 tahun tak jumpa. Dulu family tu jiran kami masa kami menetap di sungai pelong, selangor. Dah lama dah kitorang cari diorang tapi belum ada rezeki nak jumpa sampai lah tadi...
DIKISAHKAN OLEH poison ivy at 9:01 PM 2 PENDAPAT SEJAGAT
Saturday, September 19, 2009
SELAMAT HARI RAYA
DIKISAHKAN OLEH poison ivy at 7:59 PM 0 PENDAPAT SEJAGAT
Thursday, September 17, 2009
Latih & Letak
Untuk makluman semua aku dan noin sedang mengikuti kursus train n place kat Plaza Pantai Kerinchi dibawah Kementerian Sumber Manusia. Kami join dengan syarikat Nusa infotech. Kursus ni selama 3 bulan iaitu 2bulan kelas n sebulan on job kalau tak silap aku la..kalo salah betolkan la.
DIKISAHKAN OLEH poison ivy at 9:14 PM 1 PENDAPAT SEJAGAT
Wednesday, September 16, 2009
Nak cerita panjang
Saya nak cerita panjang. Pasal macam2 benda. Saya mahu cerita tentang train n place yg best.. bukan time ceramah tp time berborak ngn kengkawan baru yang best.
DIKISAHKAN OLEH poison ivy at 11:06 PM 1 PENDAPAT SEJAGAT
Wednesday, September 9, 2009
hati panas lutut gigil
Aku memang hangat hati la dengan orang yang dok satu flat ngn aku neh..dasar jakun siam btol la (xtau la ade ke tak men bantai je..tgh marah neh)
DIKISAHKAN OLEH poison ivy at 12:06 AM 3 PENDAPAT SEJAGAT
Tuesday, September 8, 2009
Puding Roti bakar terbakar..
Niat untuk memakan puding roti bakar terbantut setelah puding tersebut terbakar..hahahaha..
DIKISAHKAN OLEH poison ivy at 3:24 PM 3 PENDAPAT SEJAGAT
Monday, September 7, 2009
Usaha terbalas..
Selangkah lagi, aku akan memulakan hari yang baru...
DIKISAHKAN OLEH poison ivy at 4:58 PM 4 PENDAPAT SEJAGAT
Sunday, September 6, 2009
tak logik
Siang tadi aku telah terpaksa lepaskan niat nak tengok hindustan sebab kakak aku ajak teman dia p cari kasut kerja sebab semalam kasut dia patah tumit. Jadi setelah bersiap ala kadar dan perjalanan yg hanya mengambil masa 20mnt menaiki bas, kami pun sampai la di Jusco IOImall.
DIKISAHKAN OLEH poison ivy at 1:06 AM 6 PENDAPAT SEJAGAT
Saturday, September 5, 2009
iklan raya
Mesti korang ingat aku nak letak video iklan raya kat sini kan??? Tak la..jangan salah faham..hehehe
aku cuma nak imbas kenangan dulu je..
sekarang ni dah mula ada iklan raya kat tv kan? Tapi macam tak berapa best la..iklan dulu2 best kan?kan?kan? sape setuju angkat kaki kiri setegak mungkin...
Tapi aku nak cerita pasal iklan merdeka..hahahaha..jauh tol beza ngn tajuk..
Masa aku form 4 dulu aku p ikot kakak aku n kawan dia jenjalan kat Melaka kat tempat2 bersejarah sane tu.. Tetiba ada la datang beberapa rang yang mintak tolong kakak aku join diorg nak buat iklan ala2 temu ramah tu.. Pastu kakak aku pun setuju la coz dapat rm20 mase tu. Dah kira lumayan la tu kan...hehe..
Pastu dia tanya la kakak aku soklan2 yang perlu. Aku tengok dari jauh je coz malas nak mencapap. Sebulan lepas tu mula la tayang iklan merdeka kat tv. Pastu ade la iklan pasal kibarkan jalur gemilang neh. Soklan dia aku tak ingat sangat lebih kurang macam ni la. "kenapa orang tak nak kibarkan jalur gemilang?" Tak pasti betul ke tidak tapi lebih kurang macam tu la. Pastu yang dalam iklan tu kakak aku telanh dengan bangganya menjawab "untuk orang tua2 je la" pastu kitorang pon ape lagi. Gelak gila2 la.. Pastu dia kata rasanya mase interview tu org tu tnya lai. Betul ke tidak aku pun tak tau la sebab aku tak dengar pon.
Pastu yang jadi kemuncak kakak aku begang gila mase kuar kat majalah ujang kot. Kartun tu guna ayat kakak aku untuk soklan pasal semayang terawikh kot. Mengamuk sakan la kakak aku neh..hahaha..
Bila time nak raye n merdeka je kitorng mesti ungkit balik iklan tuh..hahaha..kesian kat dia bengang jer..
DIKISAHKAN OLEH poison ivy at 8:42 PM 2 PENDAPAT SEJAGAT