BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, August 17, 2009

hari ini

penatnyer...hari ni seharian aku merayau seorang diri..

baru aku tau aku ni dah boleh berdikari..hehehe...

walaupun penat tp best rasenya dapat jenjalan seorang diri melihat gelagat manusia yang pelbagai. Dah lama tak makan yoshinoya. Tadi aku lepaskan kempunan. Dah lama dah dah aku mengidam tapi tak kesampaian. Duduk seorang diri sambil makan japanese food sambil memandang pemandangan luar klcc memang sangat menakjubkan...

Ingat tadi nak tengok wayang. Tapi bila aku berdiri je kat depan kaunter je orang kaunter tu dah pandang aku lain macam je. Atas bawah atas bawah aku pon naik menyampah. Salah ke kalau aku nak tengok wayang sensorang???hishh!!!

Minggu konvokesyen yang ditunggu dah pun tamat. Semua kenkawan aku dah bergelar graduan. Tahniah korang. Hope pasni ape yg korang rancang n buat akan menjadi. Doakan la juga aku kat sini. Nak jumpa lagi memang susah dah.

Gambar konvo? nanti2 la aku tade mood nak upload memandang hari bersejarah bukan la sesuatu yang menggembirakan bagi aku.

0 PENDAPAT SEJAGAT: