BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, August 28, 2009

hari ini dan semalam

Semalam sangat letih. Sejam lebih dalam bas. Bergayut macam beruk mak yeh bak kata kema. Lengan dah keras. Kaki kebas. Bersesak-sesak dalm bas dengan bermacam2 kaum. 1 Malaysia la katakan. Yang paling aku pantang dengar budak menangis. Ya ampunnnn!!!!


Jadi, oleh kerana sangat letih dan hari juga sudah lewat. Keputusan telah dibuat untuk berbuka di luar sahaja. Makan kfc dengan adik aku. Sebelum tu p tolet sat n aku rasa macam nak menjeriiiiiiiiiiiiiiitttttttttttttt!!!!!!!!!!!!!!! Lagi sejam nak berbuka hokey!!! awat la xbleh tunggu..huhuhu... Tau2 aje orang yg bagi laurier free kat pudu raya tadi..huhuhu..

Sementara tunggu adik beratur beli makanan, aku nampak makhluk ciptaan Allah yang sangat handsome!!!!!!!!!!!!!ooohhh...aku tersangat la suka melihat wajahnyer..hehehe.. Ciptaan Allah memang sangat mengagumkan..Subhanallah. Aku hanya mampu melihat.

Sedang menikmati juadah berbuka beserta melihat keindahan ciptaan Allah itu, tetiba... Plup!! lampu kat kfc tu terpadam...hehehe..Allah marah aku renung dia lama2 kot. Tapi oleh kerana hanya kfc sahaja yg terpadam di luar masih cerah, jadi semua manusia yang kelaparan pun hanya makan dan tidak mengendahkan situasi tersebut. 1 minit kemudian restoran itu kembali terang. Ok2 tamau renung dah..hehehe..

Hari ini, aku bagai mahu menghembuskan nafas yang terakhir. Sakit pinggang, sakit perut, lenguh kaki, kejang urat dan sebagainya. Semua bercampur menjadi 1. Aku hanya mampu terbaring dan berselimut kerana kesejukan mampu membunuhku di kala itu. Tapi saya tidak mahu mengeluh cuma bersyukur kerana kesakitan itu telah menghapus dosa-dosa kecil saya yang berlambak itu. Sebab tu dalam cerita upin dan ipin kak ros ada kata.."Allah sayang orang perempuan lebih.." hehehe..

0 PENDAPAT SEJAGAT: