Sebelum mula pape aku nak bersyukur kepada Allah sebab ayah aku dah dbenarkan keluar wad.
Baiklah, berbalik kepada tajuk.... Harini aku dah dapat ilham apabila p interview. Ilham ini dipetik dari ntv7, tajuk citanya tadi aku tak ingat ape.
Kisahnya ala2 gini la, skrip pon tak la 100% same..
Ada sorang mamat ni p interview untuk jawatan customer service executive. Setelah menjawab soalan2 yang diberikan sampailah ke akhir sesi interview. Penemuduga pon kate la..."baiklah encik, kami akan menghubungi encik untuk keputusan interview ni." Lebih kurang macam ni la tak la same pon ayat dia.
calon: Macam ni la tuan, saya dah 6bulan cari keje kat kL ni, dan saya dah bosan dengan jawapan yang sama yang diberikan. Sekarang saya nak tau saya dapat ke tidak keje nih?
Penemuduga: Tak
Calon: (bangun sambil menolak kerusi ke tepi dan berjalan mundar-mandir sambil berkata) Orang macam ni lah yang tak mahu memberi peluang kepada penganggur dan graduan untuk menimba pengalaman. Sedarlah tuan.
Penemuduga: (tercengang)
Aku rasa, aku pun satu hari nanti bila sampai minyak kat hujung kepala mau gak situasi neh terjadi...huhu..dilema btolla skrg..
Mogok hari ini menjadi kerana dapat makan pizza semasa waktu berbuka tadi dan pelbagai jenis makanan yang lain..ngehehehe..leh wat selalu neh.
Saturday, August 29, 2009
ilham...
DIKISAHKAN OLEH poison ivy at 10:20 PM 2 PENDAPAT SEJAGAT
Friday, August 28, 2009
hari ini dan semalam
Semalam sangat letih. Sejam lebih dalam bas. Bergayut macam beruk mak yeh bak kata kema. Lengan dah keras. Kaki kebas. Bersesak-sesak dalm bas dengan bermacam2 kaum. 1 Malaysia la katakan. Yang paling aku pantang dengar budak menangis. Ya ampunnnn!!!!
DIKISAHKAN OLEH poison ivy at 8:45 PM 0 PENDAPAT SEJAGAT
Wednesday, August 26, 2009
Dugaan hari ke-5 puasa
Agak2 dalam kol 4 tadi aku dgn adik aku dgn konfidennye bersiap2 nak beli la ape yang patut untuk dimasak dan dijadikan juadah berbuka puasa hari ini. Siap mandi dan berwangi2an lagi.
Setelah memastikan rumah dalam keadaan selamat dr pencuri tegar. Aku pun berlari menuju ke pintu lif dan menekan butang. "Keting" bunyi lif...tapi pintunya tak terbuka. "keting" bunyi lagi. Tapi pintu tak jugak terbuka. Aku tekan lagi butang "keting" "gedeng!!gedeng!!" ish makin kuat pulak bunyinye. Marah la tu.
Ok2 itu dah tentu2nya pintu lif rosak. Aku n adik aku pon dengan tak relanya trun la melalui tangga demi mendapatkan juadah berbuka. Siap beli lauk semua. Aku n adik pun berharap agak lif dan kembali pulih. Tekan punye tekan. Tak jugak bukak. Tanpa rela juga, kami menaiki tangga. Tingkat 1...ok lagi. Tingkat 2,3,dan 4 steady lagi. Masuk tingkat 6, lutut aku macam kekurangan pelincir. Tingkat 7, jantung dah tak boleh nak kawal emosi. Tingkat 8, semua lemak semakin mengeras dan menyukarkan pergerakan. Tingkat 9, asid2 perut semakin galak merembeskan gasnya. Sampai tingkat 10, aku rasa dah aku macam kat alam lain.
Bukak pintu n terus tumbang..."aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....!!!!" aku dah xmampu bergerak!!!
Kaki aku dah hilang upaya!!! Tidak!!!! aku bergelar OKU!!!
Tapi, mengenangkan perot yang lapo, aku gagahkan juga diri masak apa yang telah dibeli. Siap la jugak ikan tongkol masak taucu ngn kangkong goreng belacan. Aduhai..nampaknya aku kena selalu eksesais untuk mengelakkan aku menghidap strok apabila lif buat perangai lagi...
**bulan puasa kali ini aku sangat la gian dengan kuih pelita limas..n aku bercadang nak buat sendiri esok..hehe..**
DIKISAHKAN OLEH poison ivy at 8:13 PM 2 PENDAPAT SEJAGAT
Tuesday, August 25, 2009
Juadah berbuka 2
kali ni aku nak cerita juadah berbuka semalam ngn arini.
DIKISAHKAN OLEH poison ivy at 10:21 PM 0 PENDAPAT SEJAGAT
Sunday, August 23, 2009
juadah berbuka
Ingat masa time sekolah dulu. Masa bulan puasa. Bila waktu cikgu tak masuk kelas, aku ngn geng2 aku akan berkumpul ramai2 pastu cerita pasal juadah berbuka... Pastu mula la cerita tentang perihal keluarga masing2 n makanan kegemaran masing2 waktu berbuka.
DIKISAHKAN OLEH poison ivy at 3:44 PM 0 PENDAPAT SEJAGAT
Saturday, August 22, 2009
bulan ramadan
Saya ingin mengucapkan selamat berposa dan selamat menyambut bulan ramadan yang penuh dengan nikmat ni kepada semua kenkawan saya, saudara-mara serta sesiapa saje yang sudi singgah di blog ini. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita dan murahkan rezeki setiap umatNya.
DIKISAHKAN OLEH poison ivy at 6:26 AM 0 PENDAPAT SEJAGAT
Friday, August 21, 2009
kering
apakah kesudahan hidup aku yek?
DIKISAHKAN OLEH poison ivy at 5:17 PM 1 PENDAPAT SEJAGAT
Tuesday, August 18, 2009
gambo konvo
pastu kalau korang perasan gambr yg ade ni jugak sebahagiannye aku cilok kat facebook..hahahaha..maaf la ye kenkawan..hehehe..
DIKISAHKAN OLEH poison ivy at 10:09 PM 2 PENDAPAT SEJAGAT
Monday, August 17, 2009
hari ini
penatnyer...hari ni seharian aku merayau seorang diri..
DIKISAHKAN OLEH poison ivy at 5:50 PM 0 PENDAPAT SEJAGAT
Friday, August 7, 2009
3 rasa
hari ni ade 3 jenis perasaan dalam diri aku...
mari kita mulakan dengan gembira...
Yeay!!!!!!!!!!!!! esok saya akan menjejakkan kaki lagi ke penang..
kenapa saya suka penang???
sebab kat sana ada ramai kawan yang comel2 lagi baik hati...
kenapa saya suka penang??
sebab kat sane ade biawak!!!erk???
kenapa saya suka penang??
sebab die best!!!
ye beralih pula dengan perasaan menyampah..
helloooo!!!! pasal ko tak suka penjaga ko bwk anak ko jenjalan ko amik anak ko pastu ko nak soh aku jage..bile aku menghilangkan diri ko buat muka lak ngan aku.. WTH!!!
pandai buat pandai la jage!!ha..kan aku dah ckp kasar dah neh..
perasaan seterusnya nebes...
Saya sgt nebes kali ini..sebelum2 ni tak pulak..
Adakah mungkin saya akan berjaya kali ini, atau saya bakal di hamun seperti tempoh hari?
papehal pon saya dah mula bersedia menghadapi apa jua kemungkinan. Saya sedang berusaha memperbaiki kelemahan saya sebelum saya melangkah ke sana. Saya harap usaha saya kali ini berhasil. Saya sudah lama menantikan keajaiban berlaku dalam hidup saya.
Walau bagaimanapun, segala keputusan atau ketentuan saya terima dengan hati yang terbuka dan redha kerana saya percaya bahawa, kita hanya mampu merancang dan berusaha, tetapi segalanya ditentukan oleh Nya.
Saya juga bersyukur dengan segala ujian yang telah saya terima dari Nya kerana semua itu telah menjadikan saya seorang hambaNya yang lebih tabah dan kuat.
sekian...
DIKISAHKAN OLEH poison ivy at 2:07 PM 0 PENDAPAT SEJAGAT
Wednesday, August 5, 2009
WTH!!!!!!!!!!!!!!!
memang aku sengaja!!! apsal??xpuas ati??
DIKISAHKAN OLEH poison ivy at 6:42 PM 0 PENDAPAT SEJAGAT
Tuesday, August 4, 2009
kameraman yg sgt Hot
hmmm....sebenarnya aku dah takde idea nak berblog.. almaklumla dok umah je 24jam
DIKISAHKAN OLEH poison ivy at 4:55 AM 4 PENDAPAT SEJAGAT