sejak kebelakangan ni hati aku runsing. banyak benda yang aku fikir. selalu sangat sakit kepala tiba-tiba...
nak keje ape pasni?
nak keje kat mane?
ade ke org nak amik aku keje?
boleh ke aku menjadi pekerja yang baik (jika diambil bekerja)?
berapa lama aku nak keje utk sambung blaja balik?
boleh ke aku kumpul duit (sebab aku ni boros orgnye)?
Monday, February 23, 2009
rungsing...
DIKISAHKAN OLEH poison ivy at 9:26 PM 0 PENDAPAT SEJAGAT
Saturday, February 21, 2009
hans isaac...
hari ni aku ngn kema p Q.B nmpk hans isaac.. pastu sengaja kol teja nak bg die jeles..pastu igt nak amik gmbr..tp ble tgk org len tak amik gambr pun kami pun segan la nak amik...
tu je nak cite..
penat....
zzzzz....
DIKISAHKAN OLEH poison ivy at 5:55 PM 6 PENDAPAT SEJAGAT
Friday, February 20, 2009
APAKAH KESUDAHANNYA??
Dalam kesibukan rakan2 ku membuat permohonan untuk menyambung pelajaran, aku pula sibuk memikirkan kemanakah hala aku selepas ini. Aku hanya melihat dan mampu memberi sokongan. Aku tahu aku harus bekerja. Tapi, di mana? Sebagai apa? Adakah orang yang mahu mengambil aku bekerja?
Salah seorang pensyarah aku pernah kata, kita mesti tahu apa yang kita mahu. Tetapi, dalam situasi sekarang yang kecoh dengan kegawatan ekonomi aku tidak mampu berfikir. Aku hanya dapat bayangkan bahawa, kesemua permohonan aku bakal ditolak.huhuhu...
APAKAH KESUDAHAN HIDUPKU?
ADAKAH AKAN BERAKHIR DENGAN...
BEGINI???????!!!!!
TIDAAAAAAAAAAAAAAK!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
DIKISAHKAN OLEH poison ivy at 8:01 AM 2 PENDAPAT SEJAGAT
Thursday, February 19, 2009
nama anak gabungan nama suami dan isteri..
Masa kat dalam kuliah munakahat tadi uztaz ade cakap pasal nama anak dari gabungan nama suami dan isteri. Lawak sungguh la..
contoh:
1) Maznah+Daud= Mazda
2) Profesor+Zaiton= Proton
Pastu aku teringat lak ustaz aku mase kat sekolah dulu ade gak bincang pasal bende ni..die bg contoh cam ni lak
Arman+Zainab= Arnab
dan tadi aku terlintas 1 idea
Gazali+Jijah=Gajah
Sila fikir sebelum buat keputusan..berilah nama anak anda dengan nama-nama yang baik. Cuba klo korang diberi nama yang tak baik mesti korang marah parents korang kan?kan?kan?
Jangan ikut sedap je..macam ustaz kat sekolah aku kate, ade oarng nak ikut sedap ambik dari al-Quran la konon..pastu dengan machonye boh nama kat anak dia "BAQARAH" hambik kau!!! Memang la sedapkan bunyi..cuba kaji balik maksud???tak ke tak elok namanya tu..
Oleh itu, sebelum memberikan suatu nama bagi anak yang lahir, wajar diperingatkan dengan beberapa perkara. Secara ringkasnya seperti berikut:
1) Nama memberi kesan kepada kehidupan seseorang. Pepatah (Arab) menyebut: ‘Bagi setiap yang empunya nama, pasti ada bahagian daripada namanya’. Hakikat ini diperakui oleh Ibnul Qayyim. Katanya: “Kebanyakan orang-orang yang hina, nama mereka munasabah dengan diri mereka. Dan kebanyakan orang-orang mulia dan tinggi, nama mereka sesuai dengan diri mereka”.
2) Waktu memilih nama. Dalam sunnah Nabi SAW, terdapat kelonggaran pada waktu memberi nama. Samada pada hari pertama, atau dalam masa tiga hari pertama, atau pada hari ketujuh. Pilihlah mana-mana yang digemari.
3) Siapakah yang berhak memberi nama? Jika kedua-dua ibu bapa bersetuju dengan satu nama, maka ia suatu yang baik. Tapi, kadangkala mereka berselisih. Dalam situasi ini, yang berhak ialah bapanya. Tapi, jika kuasa veto bapa boleh menjejaskan keharmonian keluarga, eloklah dicari nama yang dipersetujui oleh kedua-duanya. Ataupun meminta orang lain yang memberikan nama yang elok, sebagaimana sesetengah sahabat meminta Nabi SAW meletakkan nama anak-anak mereka.
4) Nama anak mesti dibinkan kepada bapanya, bukan ibunya. Demikianlah arahan Allah Taala dalam surah al-Ahzab, ayat 5 yang bermaksud, “Serulah mereka dengan nama bapa-bapa mereka”.
5) Pilihan nama yang baik. Nama yang baik ialah nama yang sebutannya elok, dan maknanya juga baik. Pepatah (Arab) menyebut, ‘Kewajipan ayah terhadap anaknya ialah: memilih baginya ibu yang baik, memberinya nama yang baik, dan mengajarnya adab yang baik’.
6) Contoh nama-nama yang digemari syarak ialah;- Abdullah dan Abdul Rahman- Nama yang dimulakan dengan ‘Abd’, seperti: Abdul Malik, dan Abdul Aziz.- Nama para Nabi seperti: Muhammad, Ibrahim, dan Musa.- Nama orang-orang soleh, seperti nama-nama sahabat.
7) Mengelak daripada memberi nama-nama yang haram. Seperti:- Nama ‘Abd’ yang dihubungkan dengan selain Allah, kerana Abd bermaksud ‘hamba’. Maka haram memberi nama: Abdul Syams, Abdul Qamar, Abdul Nabi, Abdul Husain, dan seumpamanya.- Nama yang khas untuk Allah sahaja, seperti: Al-Rahman, Al-Khaliq.- Nama-nama berhala, seperti: Al-Laat, Al-Uzza, Isaaf dan Naelah.- Nama yang menunjukkan sifat yang tidak layak bagi diri seseorang, seperti: Malikul Amlak (Raja segala raja), dan Sayyid al-Naas (Penghulu segala manusia).- Nama-nama Syaitan, seperti: Al-Walhan, Al-A’war, dan Al-Ajda’.
8)Seboleh-bolehnya hendaklah menjauhi nama-nama yang makruh. Antaranya:- Nama yang memberi maksud suatu yang kurang disenangi, seperti: Al-Harb (Peperangan), Fadhih (Yang membuka aib), Suham (sejenis penyakit unta).- Nama-nama yang memberi makna yang merangsang nafsu, contohnya: Fatin فاتن (Penggoda).- Nama-nama yang membawa maksud dosa dan maksiat, contohnya: Sariq (Pencuri).- Nama-nama seperti: Firaun, Qarun dan Haman.- Nama-nama haiwan yang terkenal dengan sifat dan perumpamaan yang tidak elok, contohnya: Himar (Keldai), dan Al-Kalb (Anjing).- Nama-nama yang digabungkan dengan perkataan ‘Al-Din’ (Agama) dan ‘Al-Islam’, seperti: Dhiyauddin, Saiful Islam, Nurul Islam, dan seumpamanya. Tujuannya untuk memelihara kedua-dua nama ini (Al-Din dan Islam) daripada menjadi nama individu yang tidak layak.- Nama-nama yang digabungkan daripada dua nama. Kerana para salaf dahulu tidak memberi nama melainkan satu perkataan sahaja. Pada zaman-zaman terkemudian, timbul nama-nama gabungan, seperti: Muhammad Ali, Ahmad Yunus dan lain-lain.
9) Menukar kepada nama yang baik. Jika ditakdirkan seseorang diberikan nama yang tidak menepati kehendak syarak, contohnya nama yang diharamkan, maka penyelesaiannya ialah dengan menukar nama. Dalam hadis disebut bahawa Rasulullah SAW menukar nama yang buruk kepada nama yang baik. Direkod oleh Tirmizi.
Kesimpulan, pilihlah nama yang cantik dan bertepatan dengan syarak. Jangan hanya melihat kepada sebutan yang menarik dan glamour.
Sekian. Terima Kasih
Rujukan:- Tasmiyah al-Maulud.
DIKISAHKAN OLEH poison ivy at 7:42 PM 2 PENDAPAT SEJAGAT
Wednesday, February 18, 2009
shall i compare thee to a S**T?
This morning someone ask me “ u tak suka I ke?” n I just angkat bahu and then just leave. But one of my fren..dlm keadaan yang mmg tidak pernah dijangkakan..telah meluahkan apa yang semua orang pun tak suka about HER… hahaha..im proud of my friend.
Why should you interupt people when they trying to make a conclusion? It's time for conclusion. means no more fact. it means we have to stop. Ngertikkkk??? Not all people as "clever" as you. some of them or maybe just me tend to losing ideas when people start to interupt while i'm giving my speech.
The answer of her question is HELL YESS!! I don’t like u in fact I HATE U maybe for the rest of my life. So, what u wants to do? Doing your normal job such as make a report about me to the lectures like what you did to others? Tell the lectures that I don’t like you? Just go ahead I don’t even care… because, I don’t entertain people like you, and if you do that I have a million facts about you or maybe I can write a book title “a million reasons why BATIANS hates you”.
Hmmmm… it's kind of interesting issue for my final year project. I have a lot of “pakar rujuk”. Why u ask the question to me only? Why don’t you ask the rest?
Aku puas hati dgn apa yg aku buat pagi tadi, walaupun aku di tegur. To Darwin Shah i`m so sorry if hg terasa ngan aku. Tapi aku tak tuju kat hg pon perkataan itu jika hg perasan la…bara di hatiku menyala walaupun c MC itu hanya menyampuk sepatah dua sahaja. Mmg la aku agak geram dgn hangpa yg tetiba bercanggah pendapat mase aku interpret tapi tu mcm perkara biasa je..sbb selalunye mmg begitu time aku nak interpret la suma org pon tetibe byk pendapat..huhu..
But to the person that all the BATIANS love so much, thanks. Because, without you we have nothing to talk about. We have no interesting topic to discuss. We have nothing to gossip. You are like food to us. You give us energy to speak. You give us strength to think. And the important thing is you make all of us stick together. When discuss about you, we have the same opinion, the same perspective and we had a great time. THANK YOU.
Even though I don’t know how many people hates me, but I don’t even care. Sepatutnya, you have to be like me… don’t care If I don’t like you.
DIKISAHKAN OLEH poison ivy at 1:15 PM 6 PENDAPAT SEJAGAT
Sunday, February 15, 2009
SOYA+LELAKI=MANDUL????
BOSTON: Lelaki mengamalkan diet sayur-sayuran berasaskan soya dinasihatkan mengurangkan pengambilan makanan itu apabila penyelidik mendapati ia berisiko menjejaskan kesuburan golongan itu dengan mengurangkan bilangan sperma.
Kajian mendedahkan, lelaki yang makan purata separuh makanan berasaskan soya menghasilkan bilangan sperma kurang berbanding mereka yang tidak memakannya.
Di kalangan lelaki yang memiliki berat badan berlebihan atau obes, kesannya lebih nyata. Kurang bilangan sperma diketahui menyukarkan lelaki menghamilkan isteri atau pasangannya.
Menurut penyelidik, bahan digelar isoflavones dalam soya yang menyerupai hormon seks wanita, oestrogen, dipercayai menjadi punca. Kajian ke atas haiwan mengaitkan pengambilan tinggi isoflavones dengan masalah ketidaksuburan.
Dalam kajian terbaru, penyelidik Amerika Syarikat mendapati lelaki yang mengamalkan pengambilan tinggi makanan berasaskan soya memiliki bilangan sperma jauh lebih sedikit berbanding lelaki yang tidak memakannya langsung.
Diketuai Dr Jorge Chavarro dari Jabatan Kesihatan Awam Harvard di Boston, mereka menyoal lelaki mengenai pengambilan 15 jenis makanan berasaskan soya. Ia termasuk tofu, tempe, sosej soya, burger, susu soya, keju, dadih dan ais krim, hasil soya seperti kacang panggang dan minuman.
Lelaki dalam kumpulan mengamalkan pengambilan paling tinggi diberi makanan berasaskan soya secara purata setengah hidangan sehari. Kaitan antara pengambilan soya dan bilangan sperma lebih kuat di kalangan lelaki obes atau memiliki berat badan berlebihan, kerana tubuh mereka mengeluarkan lebih banyak oestrogen berbanding lelaki kurus, kata penyelidik. Agensi
DIKISAHKAN OLEH poison ivy at 5:15 PM 3 PENDAPAT SEJAGAT
Thursday, February 12, 2009
HANYA DOA YG MAMPU KU TITIPKAN....
Marilah kita berdoa untuk ibu bapa yang telah membesarkan kita... Walau apa pun pandangan terhadap kita, mereka masih ibu bapa kita.. Syurga itu masih di bawah telapak kaki IBU...
-DOA UNTUK IBU BAPA-
Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka
Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas didikan mereka padaku dan
Pahala yang besar atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku,
peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.
Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan atau
kesusahan yang mereka deritakan kerana aku atau
hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya dosa-dosa mereka dan
bertambahnya pahala kebaikan mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan
dengan kebaikan berlipat ganda.
Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi syafa'at untuk mereka,
sehingga kami semua berkumpul bersama dengan santunan-Mu
di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-Mu,
ampunan-Mu serta rahmat-Mu... .
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung,
serta anugerah yang tak berakhir dan
Engkaulah yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.
Amin Ya Rabbul Alamin..
DIKISAHKAN OLEH poison ivy at 7:44 PM 0 PENDAPAT SEJAGAT