BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, February 17, 2010

encode n decode

Saya sudah dapat sign in code...

Mungkin lusa nanti sy dah kene solo check-in..

Takotnyer....

Takot terlepas manusia2 yg tak reti nak dptkan visa b4 travel..

Kepada penumpang2 sekalian, silalah pastikan anda memiliki dokumen yg lengkap sebelum masuk ke sesebuah negara untuk memastikan anda tidak menjadi INAD. INAD ni ialah mereka yg dah masuk ke dalam sesebuah negara tapi tak boleh ke mana2 melainkan dok la dalam airport tu sampai kene hntar balik ke negara sendiri disebabkan tak cukup dokumen yg sah untuk melawat.

Tahukah anda kalau nak p Tehran yg pompuan wajib memakai tudung dan tak boleh menyeksi..hurmm..baguskan..

Komen tentang kerja saya, keje malam dah abes selama 9ari. pasni sy akan masuk pagi..pagi..dan pagi... Sebelum subuh sy dah bangun. Tunggu en.transport dan mula la masuk keje.. nak tunggu sebulan baru dapat keje malam balik..huhu..lamenye..

Setelah hampir kurang dr 2 bulan bekerja, aku dpat perhatikan bahawa, alam pekerjaan ni same je ngan time aku blaja dulu.

Macam time2 buat kerja berkumpulan. Mase tu kita mesti ade sesorang yg jadi ketua. Dan sebagai seorang ketua, kita harus mengambil kira banyak aspek untuk mewujudkan sebuah kumpulan yang berjaya. kalau ketua itu gila kuasa, maka, hancurla kumpulan tersebut dan berbakul2 sumpahan yg bakal diterimanya.

Sebagai senior juga, kita tidak harus mempunyai sikap belagak bagus, sebabnya, klo korang belagak dan bertindak membuli junior2 korg, korg juga bakal dibuli balik nnt bila junior korg yg lebih bagus dr korg dan lebih cepat naik pangkat. Lagipun wat pe nak sombong kan...sebabnya nanti orang yang korg sombong ngan dia tu yg bakal korg mengharapkan pertolongan.

Kalo korg kene ajar junior2 korg, sila la bg tunjuk ajar yg sewajarnye coz cuba korg pk bila dia kat tmpt korg, mesti korg rase kecik ati n sedih bila korg mntk tunjuk ajar tp tak dilayankan???

Hidup dalam dunia ni kena sentiasa beringat kita tak akan sentiasa berada di atas, dan langit tu tak selalu cerah. Hidup kan ibarat roda...

Makin banyak kita bergaul dengan orang sekeliling kita, makin banyak kita belajar tentang kehidupan. Makin banyak pengalamn yang kita kutip. Jadi, jangan la korang rasa muak bila korang terpaksa menghadap orang2 yang korang rasa menyakitkan hati korang, Orang yang selalu menyusahkan hidup korang, dan orang yg gila kuasa. Korang harus berterima kasih pada diorg kerana telah mengajar korang mengenal dunia.

Hidup kena selalu beringat.

1 PENDAPAT SEJAGAT:

atira eliya said...

satu pengajaran untuk aku sebelum menempuh alam pekerjaan