BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, December 22, 2009

Jantung Pecah


Tarikhnya semalam


Waktunya petang


Individunya sepupu berusia 10 tahun,


Ketinggian sprt kanak2 berusia 5tahun,


Mulut seperti wanita setengah abad.


Dan aku, bukan pencinta kanak-kanak.


Emosi tak berapa stabil.


Soalnya, "kak da, kenapa kak da tak kahwin?" (sambil memandang aku dengan pandangan sinis)


Jawabku, "soalan kau tak leh blah yek, sukatik aku la nak kahwin ke tak nak!"


Dia, senyum sinis.


Susah betul la kalau budak-budak sekarang yang dah insurans kan mulut diorg neh. Cakap sesedap rasa oren je. Haish..geram betul aku!


Sebenarnya bukan soalan dia yang aku kisahkan. Tapi expresi mukanya.


Dan malam tadi, lelaki yang telah aku kenal selama setahun (walaupun hanya di alam maya), yang aku mula percayainya bukan seperti lelaki lain, telah mula membuktikan dirinya sama sahaja seperti lelaki-lelaki yang maunya hanya satu "itu".


Dan kepercayaan itu telah ku tarik kembali. Ku simpan. Mungkin tidak akan ku keluarkan lagi dalam jangka masa yang lama, sehingga aku benar-benar jumpa seseorang yang pasti, yang mampu menggenggam erat kepercayaan ku buat selamanya.

0 PENDAPAT SEJAGAT: