BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, July 28, 2009

takdirNya ku terima

Hidup...


Apa yang kita harapkan dari kehidupan yang kita lalui selama ini di atas muka bumi yang hanya dipinjamkan kepada kita?

Harapan...

Setiap manusia mempunyai harapan. Bagi mencapai apa yang diharapkan. Kita berusaha. Tapi adakah apa yang kita harapkan itu akan kita perolehi? "Jangan terlalu mengharap." Mengapa kita tidak boleh terlalu mengharap? Kerana kadang-kala apa yang kita rancang dan apa yang kita harapkan hanya terus menjadi harapan. Ada yang kata, hidup kita telah ditentukan. Memang betul. Tunggu sahaja apa yang bakal hadir. Tapi bolehkah kita hanya menganga mulut menunggu apa sahaja yang disuap tanpa menilai apa yang masuk ke dalam mulut kita?

Menyerah...

Setelah ujian yang datang bertimpa-timpa dari Nya bolehkah kita menyerah kalah? Mungkin kita akhirnya akan dilaknat kerana mengganggap ujian dari Nya itu sebagai bala sedangkan ganjaran yang sangat besar menunggu kita apabila kita berjaya mengharungi ujian yang datang dengan tabah serat yakin bahawa ujian tersebut adalah untuk menjadikan diri kita lebih kuat.

Bersyukur...

Kita sentiasa mengeluh apabila musibah datang melanda diri kita. Tapi pernahkah kita hitung berapa banyak kita bersyukur apabila Dia mengurniakan sesuatu buat kita? Walau sebesar zarah sekalipun rasa gembira wujud dalam diri kita, kita harus bersyukur dengan kegembiraan yang datang dari Nya.

0 PENDAPAT SEJAGAT: