rindu nak update blog. tapi nak wat mcm mane. penganggur tu wat la cara penganggur kan..
nak p cc tade duit. nak pinjam broadband kene tunggu la time org tak gune. ape yang berlaku dalam hidup aku selama aku menghilang ni? banyaaaakkkk....
1. ade majlis perkahwinan org yang tersayang...
***Minggu ni ialah minggu aku dalam kemurungan. Aku cepat sangat tersentuh. Kehadiran insan baru dalam keluarga aku menjadikan aku semakin hilang arah. Aku terpaksa terima dengan hati yang terbuka walaupun sangat pahit untuk aku telan. Aku pernah dengar ada penceramah di tv kata “bukan semua benda manis harus kita telan dan bukan semua benda yang pahit kita kena luah.” Jadi aku terima dengan hati yang terbuka dan mengharap agar yang pahit itu benar-benar menjadi penawar suatu hari nanti.
Aku tak marah. Tapi kecewa. “Kita hanya mampu merancang, hanya Allah yang tentukan.” Walaupun, aku hanya mampu melihat impian aku terkubur begitu sahaja, tapi aku akur. Akur dengan ketentuan-Nya dengan mengharap supaya langit aku yang sentiasa mendung akan cerah suatu hari nanti. Terpaksa aku akui ujian di pentas dunia lebih hebat dari dalam dewan peperiksaan. Dan aku harap ujian demi ujian yang telah aku lalui ini akan memberikan kepuasan yang lebih hebat dari menerima segulung ijazah. Aku akan terus tunggu, dan tunggu. Masa itu akan tiba. Pasti tiba. Aku percaya dan yakin bahawa Allah itu maha adil. ***
2. menghadiri bermacam-macam interview sama ada terbuka n tertutup..
3. tengok bapak kat sepital...
4. dapat contact lens free...
5. nampak pelakon dan kartunis imuda makan kat kedai mamak...
6. nampak ikin(mawi) secara live...
7. makan gula2 yang berharga rm4.90 satu...
8. p klcc dua kali dalam seminggu...
9. tgk transformer...
dan macam2 lagi la yang tak perlu dinyatakan di sini..
5 PENDAPAT SEJAGAT:
wah.. banyak sungguh aktiviti ko.. apa apa hal pun.. sila kembali USM ecepat mungkin.. dan kita akan menjadi orang yang paling awal amik jubah..
ayah sakit?
tira- ye!!saye sedang cuba memungut derma bg keberangkatan sy ke sane..hehe
kak nurul-haah sakit TB, ayop kate banyak sgt tgk tv kot..hehehe..
You will never be brave if you only have nice things happens to you.. Be strong, SMILE and move ahead!
Langit tak selalu cerah, awan tak selalu mendung..
Sabaq bebnyak, dan teruskan berdoa..
Kja ada gak sblom ni dok masuk umah Adah ni, tp tuan umah lari kemana ntah..
Post a Comment