Bila aku rasa macam dah jemu gila dengan kerja aku sekarang ni, aku rasa macam nak berhenti je...tapi, aku tak boleh pulak hidup tanpa WANG. Aku jugak tak boleh hidup merenung dinding je..cukup la dengan apa yang aku dah lalui selama lebih 6 bulan..tak sanggup maksss!!!
Jadi aku nak kongsi sikit la macam mana aku boleh bertahan selama 6 bulan kerja kat sini walaupun hari ketiga aku kat klia ni aku rasa macam dah nak berhenti. Tapi kena ikut situasi dan kawasan aku bekerja la kan..kalau korang bekerja dalam opis dan hari2 menghadap komputer tak dapat la aku nak membantu...
1) Matlamat aku bekerja setiap bulan adalah nak menunggu ujung bulan..bila duit masyuk..penat lelah pon hilang. Walaupun duit yg 4 angka dalam bank tu akan bertukar menjadi 2 angka dalam sekelip mata sahaja.
2) Pada hari kedua aku bekerja, aku dah memilih seorang calon yang aku jadikan semangat untuk aku bekerja. Siapa dia, biarlah rahsia. Jadi, bila aku masuk kerja, aku akan semangat nak bekerja bila nampak dia, walaupun penat bekerja semalam masih tak hilang lagi. Jangan pilih sorang, pilih 2 sebab bila yg sorang tu cuti, ada la back-up..ye tak..hehe
3) Sebelum aku bukak kaunter atau pergi gate, aku akan menanam dalam diri aku bahawa aku akan berjumpa dengan ramai makhluk tuhan paling kacak, jadi makin bersemangatlah aku melangkah untuk melakukan tugas2 yang dah ditetapkan....
4) Aku akan fikirkan bahwa, ada ke kerja kat tempat lain yang aku boleh shopping sambil bekerja? Aku boleh beli buku2 dengan harga staff...(barang lain aku tak teruja pon..)
Inilah antara 4 sebab mengapa masih aku disini walaupun sebelum tidur setiap hari aku rasa nak anta surat resign bila bangun pagi keesokan harinya..
Sunday, July 11, 2010
Bila dah jemu gile....
DIKISAHKAN OLEH poison ivy at 1:59 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 PENDAPAT SEJAGAT:
Motivasi yg hebat!si kacak, shoping dan duit mmg selalu blh menaikkan semangat..haha
hahaha..tau xpe kema..klo tak lama dah angkat kaki aku neh..
sayang..same juga..sgt jemu,nak muntah n loya2 bekerja customer service tp sebb wang3 ringgit..ana sanggup..
xoxo fara cute
haha..biar berbuih mulut bercakap, janji xberbuih mulut sbb no money inside the pocket..
Post a Comment