BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, March 14, 2010

Ketinggalankah aku??

Lepas abes bertungkus-lumus mengejar departure time flight UL, aku dok la melepak ngan seorang rakan seangkatan, sambil melihat kapal yang sedang ditolak keluar dr bay, c kawan tu pun bertanyalah...

"umo ko berapa?"

"24"

"la...dah tua rupanya, asal tak kawen lagi?"

tetiba aku terfikir sejenak...tua sangat ke aku? adakah aku seorang sahaja yg berumur 24tahun tapi masih bujang?

Sedang c kawan menerangkan tentang fungsi2 jentera berhampiran kapal, otak aku berperang dengan pelbagai persoalan.

tetiba terkeluar dr mulut aku satu soalan khas aku tujukan untuk dia.

"pelik sangat ke umo 24thun tp xkawen lagi?"

pastu die tergelak besar...

"la....aku memain je la...tak pelik pon...hahaha"

cis..hampeh..wat aku tak sedap perot jer..


Kelmarin semasa aku jd AD untuk flight BG (Biman Bangladesh), aku hampir kejong ketawa kerana berlaku insiden yg amat la kelakar. Dan aku mempunyai kebebasan untuk ketawa kerana oficer pada malam tu sgt best.

Seperti biasa, sebelum masuk ke holding lounge, memang sume penumpang kene lalui security check. Pada yang dah biase naik kapal terbang ke luar negara korang mesti dah tahu prosedur. Dan lepas security check, akan ada sorg atau dua yg akan mintak boarding pass and pasport korg utk pemeriksaan terakhir bagi memastikan tiada 'body swap'.

Jadi, adalah seorang penumpang ni, mungkin dah tension dengan polis bantuan airport coz ade barang2 yg dibawanya tak lulus utk dibawa naik pesawat n seterusnya dirampas. Time tu oficer aku yang tolong jd AD memulakan tugasnya meminta boardingpass ngan pasport penumpang tersebut.

Penumpang tersebut pun dengan selamba meletakkan semua barang atas lantai and tetiba nak bukak butang baju sambil membebel "body check...body check..nanti buka semua bole check.."
c oficer ak neh terkejut n separuh menjerit "bukan body check..boarding pass ni ha..boarding passss!!sambil menunjukkan contoh boarding pass"

"owh..boarding pass..ingatkan mau body check lagi.."

Aku tanpa segan silu terus tergelak besar tanpa mempedulikan sekeliling yg dipenuhi jemaah2 umrah...

2 PENDAPAT SEJAGAT:

Teja said...

part yg jemaah umrah tu yg aku tahan hahahaha...

atira eliya said...

hahaha.... boleh plak cm tuuuu