BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, March 14, 2010

Ketinggalankah aku??

Lepas abes bertungkus-lumus mengejar departure time flight UL, aku dok la melepak ngan seorang rakan seangkatan, sambil melihat kapal yang sedang ditolak keluar dr bay, c kawan tu pun bertanyalah...

"umo ko berapa?"

"24"

"la...dah tua rupanya, asal tak kawen lagi?"

tetiba aku terfikir sejenak...tua sangat ke aku? adakah aku seorang sahaja yg berumur 24tahun tapi masih bujang?

Sedang c kawan menerangkan tentang fungsi2 jentera berhampiran kapal, otak aku berperang dengan pelbagai persoalan.

tetiba terkeluar dr mulut aku satu soalan khas aku tujukan untuk dia.

"pelik sangat ke umo 24thun tp xkawen lagi?"

pastu die tergelak besar...

"la....aku memain je la...tak pelik pon...hahaha"

cis..hampeh..wat aku tak sedap perot jer..


Kelmarin semasa aku jd AD untuk flight BG (Biman Bangladesh), aku hampir kejong ketawa kerana berlaku insiden yg amat la kelakar. Dan aku mempunyai kebebasan untuk ketawa kerana oficer pada malam tu sgt best.

Seperti biasa, sebelum masuk ke holding lounge, memang sume penumpang kene lalui security check. Pada yang dah biase naik kapal terbang ke luar negara korang mesti dah tahu prosedur. Dan lepas security check, akan ada sorg atau dua yg akan mintak boarding pass and pasport korg utk pemeriksaan terakhir bagi memastikan tiada 'body swap'.

Jadi, adalah seorang penumpang ni, mungkin dah tension dengan polis bantuan airport coz ade barang2 yg dibawanya tak lulus utk dibawa naik pesawat n seterusnya dirampas. Time tu oficer aku yang tolong jd AD memulakan tugasnya meminta boardingpass ngan pasport penumpang tersebut.

Penumpang tersebut pun dengan selamba meletakkan semua barang atas lantai and tetiba nak bukak butang baju sambil membebel "body check...body check..nanti buka semua bole check.."
c oficer ak neh terkejut n separuh menjerit "bukan body check..boarding pass ni ha..boarding passss!!sambil menunjukkan contoh boarding pass"

"owh..boarding pass..ingatkan mau body check lagi.."

Aku tanpa segan silu terus tergelak besar tanpa mempedulikan sekeliling yg dipenuhi jemaah2 umrah...

Monday, March 8, 2010

pertama kali

Pertama kali aku berdepan dengan penumpang yang betul2 tengah marah...huhu..

Apakah perasaan ku???rase nak terkencin pun ade gak. Semuanya disebabkan flight overbooked dan penumpang itu memang tidak dapat terbang. Aku dah bgtau senior aku bahawa penumpang itu tak mau give up flight die sbb dia ada important meeting. Aku yang punya comel ni pujuk pun dia tak mahu, inikan pula kau yang tak ensem dan lansung tak friendly itu... Makin melenting la penumpang aku yang gagah perkasa itu.

Seb baik la ade kawan die yang boleh menenangkan perasaan marahnye itu, kalau tak, mau berbekas lima jari pipi aku yang gebu neh.

Tapi aku tak marah die, mmg die tak salah, kalau aku pun mengamuk if dah tau flight tu dah penuh, terima lagi penumpang buat ape? cari penyakit la maknanya. Or org yang menerima tempahan tu patutnya ambil tahu la sikit tentang config flight kan. Tapi aku tak mau komen banyak la tentang ni coz aku tak tau macam mana kerja diorg kan, tak leh nak salahkan diorg sepenuhnya. Janji aku wat keje aku sudah.

Dan, sejak aku dah buat macam2 keje kat airport tu, ade ramai penumpang yang bersembang ngan aku kata "u speak good english", aku tak pasti la sama ada diorng tu perli ke, ihklas ke kan.. ataupun english dorg pun tahap2 aku gak..hahaha..dan ramai orang warganegara asing yang agak terkejut bila aku btau dorg sebenarnya kat mesia ni, student2 belajar english since standard 1 lagi, and ade gak yg since kindergarten. Coz dorg kata tak semua org mesia pandai cakap english..errmmm..aku ade tersalah sebar informasi ke agak2?..huhu

Ade jugak mak arab yg bosan bercakap ngn aku coz aku sengaja buat2 tak paham english dorg sebab dorg sgtla mengada2...jadi, untuk membuat dorg giv-up meminta itu dan ini, aku pong wat2 la blur..hahaha..jahat2..