BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, January 2, 2010

selipar oh selipar


sakit tol la tulang blakang aku neh..rase cam nak terbelah 4.


lengan pon rase cm dah nak lumpuh je..


rasanya tak la kuat terhempas....hukhuk


citenye camni..


mulanya cam tak nak cita gak..tapi untuk peringatan kepada sape yg suka pakai flip-flop tu sila pastikan ia masih dalam keadaan yang baik. Pastikan juga tapaknya masih berbunga. Pegi la eon check selamat ke tidak untuk perjalan jauh untuk semua jenis permukaan jalan. kalau tak jadi la cam kisah aku neh.


Satu petang yang indah, aku ngn adik aku p la ke ioi mall sebab nak bli kasut sekolah dia. tarikhnya ialah beberapa jam sblm mlm tahun baru. aku yg penggemar selipar jepun yang sgt selesa tahap maajun gamat pun menggunakannya tanpa rasa was2. Sebelum kuar rumah cuaca sudah mula mendung. tapi aku hanya wat tak perasan jer. Dalam bas hujan sudah mula turun lebat. makin lama makin lebat.


sampai depan ioi mall aku n adik turun la bas n aku berjalan behati2 sebab selipar kesayangan aku ni agak tak memberangsangkan keadaan tapaknya. adik aku berjalan sgt laju untuk menghindarkan diri dari kuyup kena air hujan. aku juga mencuba tanpa menyedari akibat yang akan menimpa.


aku mulai turun tanggan yang berdekatan. tiba2 aku rasa badan aku sgt ringan dan.......gedebuk!!!!


punggung menghempap permukaan tangga yang sekeras batu (sah2 la kan). tangan aku sedikit terhentak dengan tangga belas atas kerana kononnya nak menahan badan yang serba ringan dari terhempas ke bumi Allah. Malang tidak berbau. Jatuh terhempas jua ku di bumi yang sangat maamur ini.


maka, walaupun malu sudah beraja di jiwa, aku bangun tanpa menoleh ke belakang dan hanya kedengaran suara seorang mamat indon "udah jatuh kak??" aku terus berjalan megah seperti tidak ada apa yang berlaku. tetapi kesakitan yang teramat sangat dan terasa seperti seluruh rongga2 badan ku sedang menyumpah diri sendiri kerana tidak berhati2..huhuk..


Akhir kata, pastikan selipar anda dalam keadaan selamat. Anda mampu mengubahnya.

2 PENDAPAT SEJAGAT:

Ayaq said...

hang dengan tangga memang mempunyai kenangan terindah la... jangan la beli selipar jepun..beli la selipar asadi ka..selamat sikit aku tengok...

poison ivy said...

hukhuk..tu je yg termampu..sipar giant..haha