Aku amat menghormatinya dan menyayanginya sepenuh hati, lebih dari aku sayangkan nyawaku sendiri. Apa yang aku lakukan dalam dunia ini selain untuk Allah aku juga lakukan untuknya. Aku sedang berusaha untuk memperbaiki kehidupannya yang dulu. Kehidupan yang sangat perit. Dihina, dicaci, dimaki dan dipersenda. Dulu, dialah segalanya, dialah sahabatku, dialah kekasihku. Tempat aku mengadu, tempat bermanja, dialah segala-galanya. Aku bersyukur kepada Allah kerana kurniakan dia untukku. Walaupun aku bukanlah kesayangannya. Aku tahu aku jahat. Apa yang disuruh kadang-kala aku buat endah tak endah. Kadang-kadang dia mengamuk. Mengamuk sakan. Apa yang aku lakukan? Pekakkan telinga. Kadang-kadang aku dengar sahaja, sebab kalau sekali tak dengar dia marah hidupku tak keruan. Pelikkan???
Tapi….
Sejak hari dia bertanyakan aku tentang perkataan 5 huruf itu, aku semakin menjauhinya. Aku rasakan hubungan kami semakin renggang. Dia bukan lagi seperti insan yang aku kenal. Dia orang lain. Puas aku berdoa supaya kembalikan dia yang asal. Tapi, semakin lama dia semakin rancak. Setelah apa yang dia inginkan selama ini, permintaannya dikabulkan. Aku semakin sedih kerana aku sudah tau tentang itu sebelum ini, tapi aku tidak pernah mahu berusaha untuk mengubah keadaan, kerana ini soal hati. Aku tidak boleh memaksa jika hati sudah benci. Aku tidak boleh mengubah kembali hati yang sudah berubah. Walaupun apa yang dia mahukan dia telah milikinya, dia masih tidak berpuas hati. Aku semakin bosan dengan sikapnya. Aku tidak tahu apa lagi yang dia inginkan. Aku memang betul-betul tidak mengenalinya. Dia kini orang asing bagiku. Memang aku beraksi seperti biasa dihadapannya. Tidak mahu menunjukkan kekesalanku terhadapnya.
Semakin lama kepercayaan ku terhadapnya berkurang. Dia semakin rancak memaki hamun orang yang juga aku sayang dan hormati. Aku semakin jauh hati. Kini, sayangku bertukar simpati. Aku tau semua salah aku. Aku tak mahu selamatkan keadaan. Bukannya apa, aku takut dikatakan biadap. Suka masuk campur dan tak menghormati keputusannya.
Hari ini dia ungkit lagi. Semakin berani membongkarkan segala rahsia yang tidak ingin diketahui oleh semua insan dalam dunia ini. Aku sedih…sedih…sedih… Air mata yang kubendung tidak mampu bertahan lagi. Kadang-kadang aku terasa seperti aku ingin membidas semuanya. Tapi, aku tak berdaya. Aku hanyalah aku. Budak yang sering dibuli oleh saudara sendiri semasa kecil. Aku budak yang sering mengikut perintah. Aku hanya menurut tak berani mmembantah. Aku budak yang suka simpan dalam hati tentang segala-galanya. Dan aku masih aku. Aku memang sudah penat menangis… aku memang sensitif. Aku cepat menangis. Dikhianati kawan? Aku menangis… dimarahi guru? Aku menangis? Ditengking?diherdik?dipukul? sakit hati? Aku hanya akan luahkan rasa dengan menangis. Dan kini, aku masih lagi akan menangis. Aku tidak tahu bila aku akan berhenti menangis. Biarlah… Biarkah aku terus menangis kerana selepas itu aku pulih semula, walaupun aku takkan pernah lupa. Tidak sekali-kali aku akan lupa. Mungkin sampai MATI.
Aku harap dia berubah.
insyaallah...
Thursday, December 4, 2008
Adakah dia bukan milikku lagi?
DIKISAHKAN OLEH poison ivy at 9:39 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 PENDAPAT SEJAGAT:
sapa tu..buahati ke
bukanla..
sy mane la ade buah ati..huhu..
wehhh awat niiii. stori me stori me.
i may suck at giving advice tapi kalo setakat meminjamkan telinga aku yang bebas kotoran ni aku buleh je... hehe
sabo lah ye..
haha..xpe..i`m okey..blom nak bunuh diri lg...
Post a Comment