BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, January 15, 2011

Men'jampuk'

Tau tak jampuk tu ape? Opah ak panggil burung hantu tu burung jampuk! Sesuai dengan aktiviti ak dan kawan2 malam tadi sampai kol 4 pagi. At least balik la rumah gak. Dari Orang yang ada motor baru...


Petang baru keluar rumah walaupun hampir putus asa sebab hujan macam tak mahu berhenti, akhirnya hujan yang turun berhenti jua memberi laluan kepada aku untuk melepaskan tension.
Walaupun kereta kepunyaan 'bf' kawan aku tu agak bermasalah sedikit tingkapnya, Akhirnya dapat dibaiki. Jadi, memulakan perjalanan ke bukit bintang sebagai destinasi pertama, meredah kesesakan lalu lintas. Tiba2 kawan ak tgk kat isyarat minyak dah berkelip2. Agak ccuak jugak lah kami2 nih. Akhirnya dapat isi minyak, dan makan di sungei wang plaza.

Selepas itu kami menuju pula ke i-City shah alam. Selepas 2-3 kali berpusing-pusing sebab tersesat jalan, akhirnya kami berjaya juga... Setelah berposing tak berapa sakan, tetiba rintik hujan menimpa hidung. Kami pula bergerak ke destinasi ke-3 KLIA. Hampa kerana anjung tinjau ditutup, kami hanya dapat pusing sikit2 je kat level 5, singgah airport shop jap duduk2 dan bergerak pulang.

Setiba dirumah aku, kami singgah makan jap kat mapley berhampiran, kami memesan makanan berpandukan menu. Sambil menunggu makan, kami menjadikan menu sebagai bahan ketawa. "water melan" "sirab" "susu lembu teh/milo/kopi" "teh haliya" dan beberapa lagi la yang ak xbleh nak ingat.







Ni lah sedikit sebanyak gmbrnye..ade lg..klo nak tgok lebey leh tgk kat fesbuk..Thanks tu pakwe farra a.k.a Mat alip..

0 PENDAPAT SEJAGAT: