BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, January 21, 2011

Selamat sudah..

Selamat sudah aktvt pindah randah... Tapi macam tak penat sangat coz lori n org angkat brg very the baik n buat kerja cam lipas kudung..mekasih bebanyak coz smpaikan ak ni ha xpyh nak ssh angkat brg..hehe..jd jaga je..waahh g2 kan...


banyak gile barang nak kemas weh...xtau la bile nak siap..silap2 brg lom abes kemas lg nnt pindah rumah baru plak...xsanggup mak nyah!!!




Bile la nak selesai...haih!!

Monday, January 17, 2011

Berhijrah lagi..

Biase la kan...orang nomad...asyik pindah je..


Aku pun tak ingat dah berapa kali ak berpindah-randah. Itu baru pindah rumah yg dok dengan family je. Tak kira lagi yang pindah masuk asrama, berpindah-randah secara haram dan halal kat usm tu dr bilik ke bilik, berpindah ke sepang masa baru start keje, dan kat sepang tu jugak dah 3 kali aku pindah rumah..Adeh...

Dari aku kecik sampai la sekarang ni memang tak ada rumah yang tetap. Selagi belum ada beli rumah sendiri, selagi tu la berpindah. Insyaallah tak lama lagi akan ada rumah yang tetap jugak..aku dah tak larat nak berpindah. Kalau boleh kurus tak pe la jugak. Dalam minggu ni jugak aku dan family akan pindah ke Ampang pulak. Kawasan rumah ni ok. Tapi perangai tuan rumah lak macam puaka. Nak naikkan rumah sewa. Yang management apartment ni pulak lain cerita. Ada ka patut rumah apartment nak parking dalam kene bayar untuk buat kad. Gila ke ape???

Cuba la kalau rumah teres nak masuk parking kene bayar???camne lak cite tu... Sama la dengan apartment pun, tuan rumah beli sah2 la dengan parking skali. Kalau nak bayaran untk 2nd car boleh la terima jugak. Yang tuan rumah pulak janji nak bg surat perjanjian dr mula pindah masuk sampai la nak berambus dah..haram..selai kertas pun tade...yg die tau cukup bulan sewa nak ade dlm bank.. Masa mula masuk pun rumah cam haram minatak selenggara pun dia suruh buat sendiri. Kononnya nnt bayar balik..Haram...

Aku pun tak tau la macam mana nak survive kawasan rumah baru. Baru nak selesa dah kena pindah. Nasib badan la...

Sebut pasal hijrah, aku pun akan berhijrah ke tempat kerja baru. Insyaallah, kalau keje tu ok lama la aku kat situ.. Keje pun waktu pejabat, senang la tak payah nak susah2 pk pasal transport.

Sunday, January 16, 2011

Anggun



Cantiknya.....

Bile la ak bleh dapat ni.....haih...

Saturday, January 15, 2011

Men'jampuk'

Tau tak jampuk tu ape? Opah ak panggil burung hantu tu burung jampuk! Sesuai dengan aktiviti ak dan kawan2 malam tadi sampai kol 4 pagi. At least balik la rumah gak. Dari Orang yang ada motor baru...


Petang baru keluar rumah walaupun hampir putus asa sebab hujan macam tak mahu berhenti, akhirnya hujan yang turun berhenti jua memberi laluan kepada aku untuk melepaskan tension.
Walaupun kereta kepunyaan 'bf' kawan aku tu agak bermasalah sedikit tingkapnya, Akhirnya dapat dibaiki. Jadi, memulakan perjalanan ke bukit bintang sebagai destinasi pertama, meredah kesesakan lalu lintas. Tiba2 kawan ak tgk kat isyarat minyak dah berkelip2. Agak ccuak jugak lah kami2 nih. Akhirnya dapat isi minyak, dan makan di sungei wang plaza.

Selepas itu kami menuju pula ke i-City shah alam. Selepas 2-3 kali berpusing-pusing sebab tersesat jalan, akhirnya kami berjaya juga... Setelah berposing tak berapa sakan, tetiba rintik hujan menimpa hidung. Kami pula bergerak ke destinasi ke-3 KLIA. Hampa kerana anjung tinjau ditutup, kami hanya dapat pusing sikit2 je kat level 5, singgah airport shop jap duduk2 dan bergerak pulang.

Setiba dirumah aku, kami singgah makan jap kat mapley berhampiran, kami memesan makanan berpandukan menu. Sambil menunggu makan, kami menjadikan menu sebagai bahan ketawa. "water melan" "sirab" "susu lembu teh/milo/kopi" "teh haliya" dan beberapa lagi la yang ak xbleh nak ingat.







Ni lah sedikit sebanyak gmbrnye..ade lg..klo nak tgok lebey leh tgk kat fesbuk..Thanks tu pakwe farra a.k.a Mat alip..

Thursday, January 13, 2011

Selangkah ke hadapan




Aku nak makhluk dua biji ni..huhu dua-dua sekali??? Tak la juga, salah satu...hehe, banyak-banyak buat apa kan?

Tapi aku akan dapatkannya secepat mungkin. Dan aku adalah sudah selangkah mendapatkannya.. Tungguuuuuu...

Wednesday, January 12, 2011

Merata-rata cari..Akhirnya jumpa..

Ya Allah syukur sangat. Dah lama aku mengidam, teringin nak makan benda ni. Tapi aku tak mengandung ye..jangan pandai-pandai. Sebenarnya dulu masa kat KLIA pun ada benda ni. Aku pernah makan sekali je. Masa tu tengah kerja penat sangat sampai tak dapat nak menikmati kesegarannya. Just take away, sampai rumah sruuuuup 1 shot. Pam!!! terbungkang tido!


Tetiba satu hari tu aku terasa nak makan sangat. But, takkan ak nak pigi airport semata-matakan (sebenarnya dah hampir jugak). Setakat nak beli benda tu yang tak berapa ringgit, ak kene bazirkan hampir rm30, dan masa selama beberapa jam. Issshhhh!!! tak berbaloi...

Jadi ak tahankan je la anak tekak. Dengan harapan ak akan ke sana dengan ada tujuan lain satu masa nanti. Tapi, tadi lepas habis interview, aku melepak dengan kawan lama from KLAS. Masa on d way nak p makan...Huuuuiiihhhhh!!!rezeki!! aku pun senyum sampai ke telinga la... Siap ade booth..(patutla masa making decision where i should lepak since still 10 a.m. interview already habes, kaki ni tergerak terus membawa ke kl sentral, sampai lupa yang ak nak buat mee jawa n should straight go to pasaraya near house then shop brg for tht) Pas habis makan tu, sebelum balik ak beli dua biji. Hah! hambik ko! bawak naik lrt selamber je...

Sampai je rumah salin baju (sebenarnye bukak dan campak je tinggal yg seksi-meksi je since takde sape kat rumah dan pintu pagar dah siap mangga), ak pun dengan rakusnye membedal. Tapi kalini dengan berhemah dan menikmati kesegaran, keenakan dan teksturnya. Puaaasss!!! satu makan, satu simpan peti nak bagi mama lah!!



Hehehe..ni la yang ak nak sangat tuh...Bro tu kate "kak, ni original punya takde tambahan serbuk jeli ke ape ke..tiade bahan pewarna, kami buat guna kaedah sendiri untuk jadikannye jeli." Ahh..lantak ko la..ade ak kisah... Janji pencarian ku tamat dan tau dah la ko kat ctu. pasni ko akan nampak muka ak selalu.

Bro tu kata lagi kat Penang famous, tapi napa xpernah nampak pon? "kak, benda ni cepat cair klo letak suhu bilik atau panas, tapi ni kitorang dah bekukan, so sempat la tahan akak sampai umah.." Alamak!!ak kene batalkanla program ak nak melepak lagi, nyesal beli pas rm10 hengget. Membazir. Aku pun degan sepantas kilatnye meredah lautan manusia (melaut la sangat) balik umah siap naik teksi..haha takot cair punye pasal.

Erm...yang lagi 1 (kononnye nak bagi kat mama tu) ak terpaksa sebat coz nafsu yang bertanduk di perut. Sorry la mama, nextime kakda beli lain..ma balik lambat sangat la..hehe

Mee Jawa???? lain kali je la...haha