Hari ni masuk hari ke 13 aku menjadi seorang pekerja.
Apa yang aku rasa?
Best..bukan sebab kerja aku best, tapi sebab aku berjaya mengharungi kehidupan sebagai seorang pekerja dan bukan lagu penganggur..hehehe
Best ke keje aku neh?
Buat masa ni aku rasa best la gak. Sebab aku belum bergerak secara solo lagi. Asyik dok tengok senior wat keje je.
Secara keseluruhannya untuk beberapa mnggu bekerja ni, aku rasa aku boleh enjoy dengan keje ni. Maklum la..boleh cuci mata. Mamat hensem ramai... international ade...domestik juge ade..hahahaha..
Friday, January 22, 2010
Keje..keje..keje
DIKISAHKAN OLEH poison ivy at 9:48 PM 1 PENDAPAT SEJAGAT
Sunday, January 3, 2010
new home..
sesi berpindah-randah ke tempat baru sudah berakhir. Hanya tinggal nak mendiaminya sahaja. Tetiba hati rasa sebak. Tak tahu kenapa. Mungkin nak tinggalkan mak kot..huhuhu..
Almaklumlah..dah beberapa bulan memerap celah ketiak mak, pasni tak tau la bila boleh buat mcm tu lagi. Tapi aku bersyukur sgt akhirnya aku dapat gak sesuatu yg bernama pekerjaan.
Doakan keselamatan aku kawan2.
DIKISAHKAN OLEH poison ivy at 7:54 PM 0 PENDAPAT SEJAGAT
Saturday, January 2, 2010
selipar oh selipar
sakit tol la tulang blakang aku neh..rase cam nak terbelah 4.
lengan pon rase cm dah nak lumpuh je..
rasanya tak la kuat terhempas....hukhuk
citenye camni..
mulanya cam tak nak cita gak..tapi untuk peringatan kepada sape yg suka pakai flip-flop tu sila pastikan ia masih dalam keadaan yang baik. Pastikan juga tapaknya masih berbunga. Pegi la eon check selamat ke tidak untuk perjalan jauh untuk semua jenis permukaan jalan. kalau tak jadi la cam kisah aku neh.
Satu petang yang indah, aku ngn adik aku p la ke ioi mall sebab nak bli kasut sekolah dia. tarikhnya ialah beberapa jam sblm mlm tahun baru. aku yg penggemar selipar jepun yang sgt selesa tahap maajun gamat pun menggunakannya tanpa rasa was2. Sebelum kuar rumah cuaca sudah mula mendung. tapi aku hanya wat tak perasan jer. Dalam bas hujan sudah mula turun lebat. makin lama makin lebat.
sampai depan ioi mall aku n adik turun la bas n aku berjalan behati2 sebab selipar kesayangan aku ni agak tak memberangsangkan keadaan tapaknya. adik aku berjalan sgt laju untuk menghindarkan diri dari kuyup kena air hujan. aku juga mencuba tanpa menyedari akibat yang akan menimpa.
aku mulai turun tanggan yang berdekatan. tiba2 aku rasa badan aku sgt ringan dan.......gedebuk!!!!
punggung menghempap permukaan tangga yang sekeras batu (sah2 la kan). tangan aku sedikit terhentak dengan tangga belas atas kerana kononnya nak menahan badan yang serba ringan dari terhempas ke bumi Allah. Malang tidak berbau. Jatuh terhempas jua ku di bumi yang sangat maamur ini.
maka, walaupun malu sudah beraja di jiwa, aku bangun tanpa menoleh ke belakang dan hanya kedengaran suara seorang mamat indon "udah jatuh kak??" aku terus berjalan megah seperti tidak ada apa yang berlaku. tetapi kesakitan yang teramat sangat dan terasa seperti seluruh rongga2 badan ku sedang menyumpah diri sendiri kerana tidak berhati2..huhuk..
Akhir kata, pastikan selipar anda dalam keadaan selamat. Anda mampu mengubahnya.
DIKISAHKAN OLEH poison ivy at 2:53 AM 2 PENDAPAT SEJAGAT
Subscribe to:
Posts (Atom)