Sory la kepada rakan2 se'BATI' jika sikap saya agak menjengkelkan sepanjang perkenalan kita. Saya tahu saya suke ketawa kuat2, buat lawak bangang dan ada juga tingkah laku saya yang agak menyakitkan hati...
Aku juga sedar aku ni banyak cakap dan sukar untuk mengawal emosi dan suke berkelakuan pelik di khalayak ramai kerana bagi sesetengah orang klo orang mcm aku ni wat perangai pelik mmg menjengkelkan...
Maaf la kerana membuat entri sebegini kerana kadang-kala aku merasakan bahawa sikapku sudah melampaui batas sehingga mengecilkan hati beberapa pihak...
Aku ingin menjelaskan bahawa aku berkelakuan sebegitu rupa adalah untuk mengelakkan diriku dari memikirkan tentang masalah yang bertimpa-timpa di atas kepalaku...
Kepada mereka2 yang pernah atau masih terpaksa melayan kerenah aku, lawak bodoh yang kenkadang tak lawak langsung, aku ucapkan terima kasih kerana bersabar dan maaf kerana keterlaluan aku tau sabar itu ada batasnya. Memang kadang2 sukar untuk menerima perangai orang yang annoying ni..
to:
BaTiANs: TeJa, KeMa, TiRah, NoIn, AdAm, NaZiRah, KaK MoNa, SeRi, AnIm, LinDa RaZak, KalAIvANI, pUNiThA, mElAtI, hELLiNIe, jAyA, vINcENt, xIAO hUI, sUe, lI lINg, hElIaNA, jOYCE, kIt yINg, kAI jUN, kIA lING, cJ, cHaI fUN, fO0NG yAM, mINg ChOO, AyuNi, FazilaH, BishA, SyaKir, Mat Noq, Amir, TanIm, DaYaNg, AzReN, DeNiSe, siEw Fa, Siew Ling, Kak Sya, HaNa, LiNdA ibRaHim, ChRistina, Sin Yee, YoNg Pei, yen yeNG, ChIn YuEn, MArY, Shi YoU, syuHaDa, SaLwA, SIEw LenG, YeN SuN, Bee ChIn, bHaRaTi, MAdziah, NaWwaR and KeAn HoE..
BaTi LecTuReR: Dr. AniSwaL, Dr. HaSuriA, Dr. HasLinA, Dr. LeeLany, Dr. RoKiAh, Dr. GoH, PrOf MaDyA Dr. TengKu SepOra, Dr. Wan RoSe, Dr. HaSmIdAr, TuAN Hj ZaiNudIn, MiSS ZettY, MiSS IzzAti, Dr. RaDiAh, PuAN JuMiYaH.
saya menyusun jari memohon ampun dan maaf jika ada terkasar bahasa, tersilap kata, terkutuk, terumpat, terfitnah, termengata dan sebagainya..
maaf la kerana terlalu banyak entri meminta maaf ini di akhir2 pengajian saya ini, doakan semoga saya dapat bergraduasi pada bulan 8 ini..
Tuesday, March 31, 2009
being annoying..
DIKISAHKAN OLEH poison ivy at 8:52 PM 8 PENDAPAT SEJAGAT
Monday, March 30, 2009
Baju dah on d way!!!
Tadi Bonda (anta brg baru la nak panggil bonda kan...) sms kate baju aku untuk dinner dah on d way..yaaaahhhhuuu!!!!
Tak sabarnye nak tengok baju tu..
Harap posmen tu bawak baju aku tu leklok klo tak...dinner nnt aku pakai tshirt je la..huhu..
Tadi aku menghadiri talk yg dianjurkan oleh Prof. Madya Dr. Tengku Sepora. Tapi orang len yang bg talk tu..nak upload picture td ssh bebeno la..pasai pa pun tak tau..nnt klo bleh upload ade la gambo yek..
DIKISAHKAN OLEH poison ivy at 8:15 PM 0 PENDAPAT SEJAGAT
Sunday, March 29, 2009
Keretaku lari gagah berani..
Waaaaa.... Saya sangat jakun hari ini. Saya sudah memandu di jalan raya. Sepanjang jalan semasa memandu saya tersenyum kerana sangat seronok. Saya jamin bahawa beberapa bulan selepas saya bekerja saya akan membeli kereta.
Baik cik Teja, saya akan cuba menghafal doa naik kenderaan itu...hehe..
Kalau mak saya baca entri ini mesti dia akan kata "dulu bukan main penakut.."
Ye mak, betul tu..sekarang dah lain..saya tak takut lagi. Bangga tak??hehe..
Mak saya pun akan menjawab, "tak bangga pun.." haha..
Saya mahu pergi praktis lagi. Saya mahu merempit lagi. Tak sabarnyeeeeeee.....
DIKISAHKAN OLEH poison ivy at 5:02 PM 6 PENDAPAT SEJAGAT
Saturday, March 28, 2009
60 Earth Hour
yeay!!!!saya sudah berjaya menyertai program 60 Earth Hour arini...
Saya switch off lampu..kipas...laptop pon tak on..pastu tak pasang ubat nyamuk plak tu...
Hehehe... Saya tak rasa pape pun semasa menyertainya kerana.... biar la hanya saya sahaja yang tahu...
DIKISAHKAN OLEH poison ivy at 11:23 PM 0 PENDAPAT SEJAGAT
Friday, March 27, 2009
selamat tinggal semua..
Seterusnya saya ingin mengucapkan selamat tinggal kerana ajal dan maut di tangan Allah. Andai kata saya pergi dulu sudilah kiranya sedekahkan apa yang patut kepada saya untuk bekalan di Akhirat sana..
DIKISAHKAN OLEH poison ivy at 9:44 PM 7 PENDAPAT SEJAGAT
BATI nite..
Aku tak sabar tunggu baju yang mak aku jahit untuk BATI nite nanti. Aku agak bertuah sebab mak aku pandai menjahit. Walaupun baju aku tu nanti mungkin agak ringkas, tetapi aku bangga sebab mak aku yang jahit.
Teringat masa kau kecil dulu. Mak aku suka sangat buat baju pelbagai fesyen utuk aku dengan kakak aku. Lagi pilak time tu mak aku masih dalam proses pembelajaran. Jadi, dia memang sangat la rajin mencuba fesyen yang ada dalam majalah jahitan yang dia ada. Mak aku jahitkan baju kurung ada ribbon besar kat belah tepi, gaun tingkat-tingkat, blaouse ala-ala ade jacket siap dengan skirt. Dan masa aku penah sertai pertandingan kat sekolah menegah pon aku penah gunakan gaun pengantin mak aku yang opah aku betulkan balik supaya muat dengan aku. Gaun pengantin tu pun opah aku kate mak aku jahit sendiri..
Setiap kali raya kitorang tak payah risau untuk tempah baju kurng awal sebab mak aku akan jahit sendiri. Baju melayu ayop n ayah aku pun mak aku yang jahitkan. Cakap je nak fesyen apa mesti mak aku tau buat, cuma bila fesyen yang merapu sikit ni mak aku boleh buat cuma macam tak kemas sikit la..
Berbalik kepada BATI nite nanti..baju dah ada..aku nak cari seluar je..tak pun skirt..huh..duit lagi tu..tapi aku agak bertuah la sebab baju aku tu tak mahal pon kainnye..tempah dah free dah tinggal nak beli seluar je. Tapi seluar pun agak mahal sekarang ni.
Tunggu dan lihat je la bagaimana rupa baju yang mak aku buat tu. Harap-harap cantik sebab aku suruh mak aku buat je baju ikot zaman dia mase muda-muda dulu..
p/s: kepada kenkawan yg p test KPLI tu good luck yek..
DIKISAHKAN OLEH poison ivy at 12:45 PM 0 PENDAPAT SEJAGAT
Thursday, March 26, 2009
saye update blog???
waaaa...lamenye tak update...
ni pon teja ngn kema yg soh update..
haaa...dah update dah...hehe...
sejak kebelakangan ni gagap ku semakin menjadi2 (w/pun jgn ade sesiape yg sepak aku mase aku tergagap kerana buruk padahnya)..
apa yang harus aku lakukan?
jumpa doktor?bomoh?pawang?dukun?pakar sakit puan?pakar sakit jiwa?doktor gigi?
aduh..aku semakin bimbang dengan keadaan ini..
DIKISAHKAN OLEH poison ivy at 5:38 PM 2 PENDAPAT SEJAGAT
