BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, September 17, 2009

Latih & Letak

Untuk makluman semua aku dan noin sedang mengikuti kursus train n place kat Plaza Pantai Kerinchi dibawah Kementerian Sumber Manusia. Kami join dengan syarikat Nusa infotech. Kursus ni selama 3 bulan iaitu 2bulan kelas n sebulan on job kalau tak silap aku la..kalo salah betolkan la.


Kursus yang kitorng amik berkaitan dengan khidmat pelanggan, pemasaran dan jualan dan macam2 lagi la. kitorang dah start join benda ni masuk hari ni dah 6 hari dah la eh..ye ke?? xhengat plak. Dalam kelas kitorang ada 16 orang. 5 kumbang dan selebihnye bunga.

Masa 1st day masuk kelas aku macam takkan jangka la kitorang akan jadi sangat aktif. Mula2 masuk dan macam lama kenal. Tak macam mula2 masuk matriks or usm dulu. Mungkin sebab bilangan yg sedikit n mudah mesra serta jenis manusia yang sangat hepi go lucky.

Stakat ni keseluruhan training ok la..walaupun dia macam ala2 kem motivasi kat sekolah menengah dulu. Tapi dapat kenkawan yang best dan gila2 dah boleh buat hilang kebosanan.

Tu je la yang aku nak cite sebab banyak yang dah lupa.

Kalau ada rezki aku letak la gambar diorg kat sini.

Wednesday, September 16, 2009

Nak cerita panjang

Saya nak cerita panjang. Pasal macam2 benda. Saya mahu cerita tentang train n place yg best.. bukan time ceramah tp time berborak ngn kengkawan baru yang best.


nanti la saya cerita. saya sibuk. cari duit belanja.

Wednesday, September 9, 2009

hati panas lutut gigil




Aku memang hangat hati la dengan orang yang dok satu flat ngn aku neh..dasar jakun siam btol la (xtau la ade ke tak men bantai je..tgh marah neh)

Macam orang baru 1st time jumpa lif, semua benda kalo bleh nak hangkut bawak masok lif. Tak cukup dengan badan sendiri.

Boleh plak bawak motor naik lif. Aku rase kalo motor tu leh tukar jd transformers mesti dia sekeh dah tuan punya moto yang bangang gila tu. Ingat bawak moto depan rumah tak de orang nak curi la?? Kalo dah dasar pencuri tu pandai je dia nak songlap motor korang tu, letak la bawah ketiak sekali pon.

Apsal tanak hangkot sekali lori, kete semua bawak naik lif? Tapi aku rase kalo lif tu besar korang dah bawak dah kan??? Hish..menyirap btol la darah aku neh.

Cuba korang bayangkan mak korang yang tua bangka nak naik tangga. Naik plak tingkat 10 ke 12 ke tak ke sawan mak korang tu kat tingkat 5??? Ade otak letak kat lutut! Mak suruh sekolah jadi beruk panjant pokok. naseb la kalo korang bace neh tak payah la nak terasa sebabnya korang bukan ada perasaan pon!

Kalo aku yang kena naik tangga tu aku tak kesah lagi. Kira ok gak la bleh la mempercepatkan pembakaran lemak kat badan aku neh. Tapi kalo dah sampai mak aku yang kena merangkak naik. Menyirap gak la asid perut aku neh.

Tak payah la aku bagi tau aku dok mana. Tapi sape yg bace neh n ade buat perangai macam kongkang afrika tuh, silalah bertaubat. Buatnya tetiba korang sakit nak panggil ambulan pastu lif rosak, korang jangan la palk nak maki penyelenggara. Korang senirik je la terjun dari tingkat korang duduk tu. Orang ambulan tu harap2 la tak sudi nak bawak korang turun bila nmpk moto korang kat depan rumah.

Sudah aku nak tdo sakit lutut!!

kucing pon tau adab naik lif!!

Tuesday, September 8, 2009

Puding Roti bakar terbakar..

Niat untuk memakan puding roti bakar terbantut setelah puding tersebut terbakar..hahahaha..


xla terbakar sgt..masih boleh dimakan lagi la belah bawahnya kot...kenapakah 'kot'? sebab aku tak rasa lagi..baru kol 3.30 ni kan..ish..ish..ish...

nak tunjuk gmbr nya kat blog ni pon segan..nnt la aku buat laen baru aku tunjuk k...

***harini ntah kenapa apa yang aku buat semua tak menjadi. nak buat puding roti, hangus plak belah atas. Nak tutup suis oven tertutup suis periuk nasi. Tu yg hangus tu. Nak panaskan daging bakar semalam trus hangus terbakar jugak. Nak on mesin basuh aku p tutup api daging yg tengah rebus. patut la mesin basuh tu tak gerak2 dari 2jam yang lepas. Nak letak gula atas puding roti, terletak garam. Naseb baik tak banyak..kalau tak, ke tong sampah la jawabnya.


Malang sungguh naseb ini hari..tapi tak pa la..mungkin ada hikmah di sebaliknya dan mungkin ada silap yang aku buat yg aku tak sedar. Allah nak balas balik la tu..huhuhu..

Monday, September 7, 2009

Usaha terbalas..

Selangkah lagi, aku akan memulakan hari yang baru...


Gelaran kini mungkin akan bertukar...

Pandangan orang lain juga mungkin akan berubah...

Sunday, September 6, 2009

tak logik

Siang tadi aku telah terpaksa lepaskan niat nak tengok hindustan sebab kakak aku ajak teman dia p cari kasut kerja sebab semalam kasut dia patah tumit. Jadi setelah bersiap ala kadar dan perjalanan yg hanya mengambil masa 20mnt menaiki bas, kami pun sampai la di Jusco IOImall.


Aku pun masuk la jusco n banyak la aku nampak pasangan yang dok berkepit. Dah kawen ke belum aku tak pasti la kan..takkan nak tanya kot. Aku pun jalan dengan gaya aku la kan. Pastu tetiba dimulai dengan satu awek ni jalan ngn balak/hubby dia dia tengok aku ala2 jelingan maut gitu dan terus memeluk lengan balak/hubby nya itu. Aku pun check la mata aku kot2 terkenyit kat balak dia ka.. Takde la pulak. Pastu lalu pasangan kedua. Reaksinya juga sama. Ish..aku tak sedap ati dah neh. Check suar, kemas je aku zip. Tengok baju plak. Ok je..takde la jarang "sangat".

Lalu pulak pasangan ketiga. Alamak! sama jugak. Apsal mereka rasa tergugat ngan aku??? Nak kata cun, sikit tu adalah. Nak kata body power tu..ish..buta la kot sapa yg kata mcm tu. Ala2 jenifer lopez tu mmg ada tp time dia kene overweight la kot..iSh..tak buleh jadi..aku pun jalan menunduk dan tak nampk dah jika ada lagi pasangan yg berkelakuan sedemikian rupa.

Kepada mereka2 itu..jangan risau..saya bukan perampas balak org walaupun kayu balak mahal harganya. Saya juga tidak akan mengorat secara terbuka. N bukan taste saya lelaki kurus(sebab ketiga2 balaks mereka itu sgt la kurus n kurang tinggi)..huhu..maafla jika ada yg terasa..harharhar..

Aku rasa kejadian ini juga pernah terjadi pada cik tyrah bengs..(kalo tirah kene logik gak r..aku neh???)

Saturday, September 5, 2009

iklan raya

Mesti korang ingat aku nak letak video iklan raya kat sini kan??? Tak la..jangan salah faham..hehehe

aku cuma nak imbas kenangan dulu je..

sekarang ni dah mula ada iklan raya kat tv kan? Tapi macam tak berapa best la..iklan dulu2 best kan?kan?kan? sape setuju angkat kaki kiri setegak mungkin...

Tapi aku nak cerita pasal iklan merdeka..hahahaha..jauh tol beza ngn tajuk..

Masa aku form 4 dulu aku p ikot kakak aku n kawan dia jenjalan kat Melaka kat tempat2 bersejarah sane tu.. Tetiba ada la datang beberapa rang yang mintak tolong kakak aku join diorg nak buat iklan ala2 temu ramah tu.. Pastu kakak aku pun setuju la coz dapat rm20 mase tu. Dah kira lumayan la tu kan...hehe..

Pastu dia tanya la kakak aku soklan2 yang perlu. Aku tengok dari jauh je coz malas nak mencapap. Sebulan lepas tu mula la tayang iklan merdeka kat tv. Pastu ade la iklan pasal kibarkan jalur gemilang neh. Soklan dia aku tak ingat sangat lebih kurang macam ni la. "kenapa orang tak nak kibarkan jalur gemilang?" Tak pasti betul ke tidak tapi lebih kurang macam tu la. Pastu yang dalam iklan tu kakak aku telanh dengan bangganya menjawab "untuk orang tua2 je la" pastu kitorang pon ape lagi. Gelak gila2 la.. Pastu dia kata rasanya mase interview tu org tu tnya lai. Betul ke tidak aku pun tak tau la sebab aku tak dengar pon.

Pastu yang jadi kemuncak kakak aku begang gila mase kuar kat majalah ujang kot. Kartun tu guna ayat kakak aku untuk soklan pasal semayang terawikh kot. Mengamuk sakan la kakak aku neh..hahaha..

Bila time nak raye n merdeka je kitorng mesti ungkit balik iklan tuh..hahaha..kesian kat dia bengang jer..