Siang tadi aku telah terpaksa lepaskan niat nak tengok hindustan sebab kakak aku ajak teman dia p cari kasut kerja sebab semalam kasut dia patah tumit. Jadi setelah bersiap ala kadar dan perjalanan yg hanya mengambil masa 20mnt menaiki bas, kami pun sampai la di Jusco IOImall.
Sunday, September 6, 2009
tak logik
DIKISAHKAN OLEH poison ivy at 1:06 AM 6 PENDAPAT SEJAGAT
Saturday, September 5, 2009
iklan raya
Mesti korang ingat aku nak letak video iklan raya kat sini kan??? Tak la..jangan salah faham..hehehe
aku cuma nak imbas kenangan dulu je..
sekarang ni dah mula ada iklan raya kat tv kan? Tapi macam tak berapa best la..iklan dulu2 best kan?kan?kan? sape setuju angkat kaki kiri setegak mungkin...
Tapi aku nak cerita pasal iklan merdeka..hahahaha..jauh tol beza ngn tajuk..
Masa aku form 4 dulu aku p ikot kakak aku n kawan dia jenjalan kat Melaka kat tempat2 bersejarah sane tu.. Tetiba ada la datang beberapa rang yang mintak tolong kakak aku join diorg nak buat iklan ala2 temu ramah tu.. Pastu kakak aku pun setuju la coz dapat rm20 mase tu. Dah kira lumayan la tu kan...hehe..
Pastu dia tanya la kakak aku soklan2 yang perlu. Aku tengok dari jauh je coz malas nak mencapap. Sebulan lepas tu mula la tayang iklan merdeka kat tv. Pastu ade la iklan pasal kibarkan jalur gemilang neh. Soklan dia aku tak ingat sangat lebih kurang macam ni la. "kenapa orang tak nak kibarkan jalur gemilang?" Tak pasti betul ke tidak tapi lebih kurang macam tu la. Pastu yang dalam iklan tu kakak aku telanh dengan bangganya menjawab "untuk orang tua2 je la" pastu kitorang pon ape lagi. Gelak gila2 la.. Pastu dia kata rasanya mase interview tu org tu tnya lai. Betul ke tidak aku pun tak tau la sebab aku tak dengar pon.
Pastu yang jadi kemuncak kakak aku begang gila mase kuar kat majalah ujang kot. Kartun tu guna ayat kakak aku untuk soklan pasal semayang terawikh kot. Mengamuk sakan la kakak aku neh..hahaha..
Bila time nak raye n merdeka je kitorng mesti ungkit balik iklan tuh..hahaha..kesian kat dia bengang jer..
DIKISAHKAN OLEH poison ivy at 8:42 PM 2 PENDAPAT SEJAGAT
Saturday, August 29, 2009
ilham...
Sebelum mula pape aku nak bersyukur kepada Allah sebab ayah aku dah dbenarkan keluar wad.
Baiklah, berbalik kepada tajuk.... Harini aku dah dapat ilham apabila p interview. Ilham ini dipetik dari ntv7, tajuk citanya tadi aku tak ingat ape.
Kisahnya ala2 gini la, skrip pon tak la 100% same..
Ada sorang mamat ni p interview untuk jawatan customer service executive. Setelah menjawab soalan2 yang diberikan sampailah ke akhir sesi interview. Penemuduga pon kate la..."baiklah encik, kami akan menghubungi encik untuk keputusan interview ni." Lebih kurang macam ni la tak la same pon ayat dia.
calon: Macam ni la tuan, saya dah 6bulan cari keje kat kL ni, dan saya dah bosan dengan jawapan yang sama yang diberikan. Sekarang saya nak tau saya dapat ke tidak keje nih?
Penemuduga: Tak
Calon: (bangun sambil menolak kerusi ke tepi dan berjalan mundar-mandir sambil berkata) Orang macam ni lah yang tak mahu memberi peluang kepada penganggur dan graduan untuk menimba pengalaman. Sedarlah tuan.
Penemuduga: (tercengang)
Aku rasa, aku pun satu hari nanti bila sampai minyak kat hujung kepala mau gak situasi neh terjadi...huhu..dilema btolla skrg..
Mogok hari ini menjadi kerana dapat makan pizza semasa waktu berbuka tadi dan pelbagai jenis makanan yang lain..ngehehehe..leh wat selalu neh.
DIKISAHKAN OLEH poison ivy at 10:20 PM 2 PENDAPAT SEJAGAT
Friday, August 28, 2009
hari ini dan semalam
Semalam sangat letih. Sejam lebih dalam bas. Bergayut macam beruk mak yeh bak kata kema. Lengan dah keras. Kaki kebas. Bersesak-sesak dalm bas dengan bermacam2 kaum. 1 Malaysia la katakan. Yang paling aku pantang dengar budak menangis. Ya ampunnnn!!!!
DIKISAHKAN OLEH poison ivy at 8:45 PM 0 PENDAPAT SEJAGAT
Wednesday, August 26, 2009
Dugaan hari ke-5 puasa
Agak2 dalam kol 4 tadi aku dgn adik aku dgn konfidennye bersiap2 nak beli la ape yang patut untuk dimasak dan dijadikan juadah berbuka puasa hari ini. Siap mandi dan berwangi2an lagi.
Setelah memastikan rumah dalam keadaan selamat dr pencuri tegar. Aku pun berlari menuju ke pintu lif dan menekan butang. "Keting" bunyi lif...tapi pintunya tak terbuka. "keting" bunyi lagi. Tapi pintu tak jugak terbuka. Aku tekan lagi butang "keting" "gedeng!!gedeng!!" ish makin kuat pulak bunyinye. Marah la tu.
Ok2 itu dah tentu2nya pintu lif rosak. Aku n adik aku pon dengan tak relanya trun la melalui tangga demi mendapatkan juadah berbuka. Siap beli lauk semua. Aku n adik pun berharap agak lif dan kembali pulih. Tekan punye tekan. Tak jugak bukak. Tanpa rela juga, kami menaiki tangga. Tingkat 1...ok lagi. Tingkat 2,3,dan 4 steady lagi. Masuk tingkat 6, lutut aku macam kekurangan pelincir. Tingkat 7, jantung dah tak boleh nak kawal emosi. Tingkat 8, semua lemak semakin mengeras dan menyukarkan pergerakan. Tingkat 9, asid2 perut semakin galak merembeskan gasnya. Sampai tingkat 10, aku rasa dah aku macam kat alam lain.
Bukak pintu n terus tumbang..."aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....!!!!" aku dah xmampu bergerak!!!
Kaki aku dah hilang upaya!!! Tidak!!!! aku bergelar OKU!!!
Tapi, mengenangkan perot yang lapo, aku gagahkan juga diri masak apa yang telah dibeli. Siap la jugak ikan tongkol masak taucu ngn kangkong goreng belacan. Aduhai..nampaknya aku kena selalu eksesais untuk mengelakkan aku menghidap strok apabila lif buat perangai lagi...
**bulan puasa kali ini aku sangat la gian dengan kuih pelita limas..n aku bercadang nak buat sendiri esok..hehe..**
DIKISAHKAN OLEH poison ivy at 8:13 PM 2 PENDAPAT SEJAGAT
Tuesday, August 25, 2009
Juadah berbuka 2
kali ni aku nak cerita juadah berbuka semalam ngn arini.
DIKISAHKAN OLEH poison ivy at 10:21 PM 0 PENDAPAT SEJAGAT
Sunday, August 23, 2009
juadah berbuka
Ingat masa time sekolah dulu. Masa bulan puasa. Bila waktu cikgu tak masuk kelas, aku ngn geng2 aku akan berkumpul ramai2 pastu cerita pasal juadah berbuka... Pastu mula la cerita tentang perihal keluarga masing2 n makanan kegemaran masing2 waktu berbuka.
DIKISAHKAN OLEH poison ivy at 3:44 PM 0 PENDAPAT SEJAGAT