BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

Friday, May 15, 2009

barah

aku sekarang menghidap barah jiwa.

apakah itu??

aku pon tak tau..main cakap je..

yg penting...aku fobia sudah pergi open interview...

pasni tak mau p dah..

karnival/expo kerjaya pon aku tak mau p...

aduh...sakit kaki..

aduh...sakit hati...

aduh...sakit poket...

aduh...sakit punkoq dok lama atas simen...

aduh..sakit jiwa...

*dasar anak lembik!!! time bile yg ko tak sakit??? duduk sakit, baring pon sakit, berjalan pon sakit aku tembak kang kepala tuh baru tau!!! (kataku kepada diri sendiri)

Tuesday, May 12, 2009

iNteBiU..

Esk aku nak p open intebiu..


Ngn noin...

Tatotnye mama.....*dusyum* kene tumbuk ngn mak haku...

Aku harap aku tak ulangi soklan yg same mase intebiu dulu sekaligus memaluki diri sendiri...

Doakan saya..

Kepada kawan2 yg p jugak..Gud Luck utk kome2 sekalian..

Monday, May 11, 2009

Selamat Hari Mama

Selamat Hari bonda saya ucapkan kepada mama saya. Semoga sihat selalu. Tak lupa juga kepada Ibu saya. terima kasih kerana menjaga ayah.

Saturday, May 9, 2009

Biawak

2 hari lepas kalau tak silap la..


Aku mimpi biawak..

Biawak dari tasik harapan yang sangat besar lebih besar dari buaya telah mengganas.

Aku sangat takot...

Tapi agak suka kerana ada mamat hensem dalam mimpi itu..hehe...

Tadi, aku cerita pada mak aku. Mak aku kata itu petanda tak elok. Nauzubillah....

Aku harap tak. Nak percaya pun tak, tak nak percaya pun tak. Tapi aku berserah semuanya pada Allah..

Friday, May 8, 2009

Dah Jumpa

Ya!! saya dah jumpa dia..


Dia tidaklah begitu pak cik...

Saya harap dia tak suka saya...

kerana....

Saya tak mahu kahwin awal okey!!!!

Wednesday, May 6, 2009

Nak jumpa ke tak???

Ade la satu hari masa aku demam tu aku dpt la sms dari orang yg paling aku respek dalam hidup aku. Sms tu suruh kate die bg no.fon aku kat seseorang n aku kene ckp bebaik ngn org tu kononnya boleh tlg aku cr keje. Pastu ayat yg paling tak boleh blah ayat yang berbunyi "orang tu mmg nak cari bini so ckp baik2 ngn die.." Aku yang dalam keadaan bengong epas terhantuk mengiakan sahaja.

Jadi pada suatu malam orang tu pun kol la aku. Setelah memperkenalkan diri aku pun tau dia la yg peng'sms' tu maksudkan. Jadi aku hanya menurut arahan cakap la baik2 dgn dia. Pastu 2 hari selepas tu dia kol lagi. Aku tanya umur dia bapa dia tak mau jawab..huh!! Aku dah mula hangin. Tapi aku sabar je.

Malam tadi dia kol lg. Dia kata nak jumpa..huh!! lagi. Aku cukup tak gemar nak jumpa2 orang yang aku tak kenal secara langsung ni. Sebab dah ada pengalamankan.

Berbalik pada kononnya dia boleh tlg aku cari keje, nmpknya jgn harapla sebab setiap kali aku kata aku nak cari keje dia buat tak tau je. Dia asyik ingat nak jumpa ja. Aku mula tak berkenan.

Tapi tak pa. Aku jumpa ja. Buat muka 3 suku sikit ok la..hahahaha..

Serious..kalau dia nak ajak aku kawin (maaf perasan sikit) ke memang aku akan bertukar menjadi sailormoon dan menghukumnya dengan kuasa bulan. Aku tak mau kawin hoy!!!!! Kalau matlamat aku nak kawin bek aku kawin dari dulu lagi. Tak payah buang duit blaja kat USM tuh!!

*telinga mula mengeluarkan api*

Monday, May 4, 2009

TEGURAN..

Dah lama aku tak update blog kan..
Busy ke?
Tak la... Aku balik kampung.. Ade kenduri kawin sepupu mak aku...

Bila dah balik kampung ni banyak la perkara yang menyakitkan hati aku. Tambah-tambah dari segi percakapan/pertuturan.

Aku tak ada niat nak membebel. Tapi oleh kerana aku sakit hati yang teramat sangat, aku nak gak bagitau supaya kita sama-sama la renungkan. Walaupun orang tu tak baca pon blog aku.

Ya.. Aku memang berbadan besar. Tapi aku tak pernah doa pon pada Allah supaya besarkan badan aku. Aku tak pernah berhenti berangan nak kuruskan badan. Bukan aku tak pernah cuba. Tapi tak berhasil. Tapi mereka-mereka yang perasan kurus ni suka sangat memperlekehkan orang yang berbadan besar seperti aku atau lebih besar dari aku. Bising sangat aku ni tinggi. Aku tak pernah bising pon yang diorang tu pendek. Pernah ke diorang berdoa untuk jadi pendek sedemikian rupa. Aku minta maaf la kepada orang lain yang terasa. Tapi benda ni memang aku hanya tujukan kat orang kampung aku tu.

Lagi satu perkara yang aku sangat meluat adalah, suka cakap pasal anak orang. "Tengok tu anak orang tu gemok", "tengok tu anak orang tu tak cantik", "tengok tu anak orang tu penagih dadah".

Sebelum kita cakap apa-apa, cuba kita renung diri kita balik, kita ada anak tak? Kalau tak ada, diri kita sendiri dah betul ke?

Nasihat orang pandai. Ramai yang nasihat mak aku soh jaga anak elok-elok, sebab kitorang ni "konon" nya sangat nakal. Tapi cuba singkap balik. Kalau balik kampung, kenduri, anak sapa yang akan duduk kat dapur separuh mati. Aku bukan nak kata la kan.. Dulu masa aku darjah enam orang dah kata dah "ni ape ni anak dara tak mau tolong orang kat dapur?"

Tapi sekarang bila aku kata kat anak-anak dara depa yang dah form 1 dan ke atas, depa akan kata.. "ish..depa tu kecik lagi..tak tau apa..." tak ke meroyan je jiwa raga aku.
Sampaikan baju anak depa yang dah badan sama tinggi ngan aku, aku yang kene gosokkan. Dulu semua pandai pesan kat aku, "cuba belajar buat, jangan nak harapkan orang, kalau semua tak reti bila nak berjaya?" Tapi sekarang ni sapa yang mendorong anak sendiri untuk telingkup.

Ada yang berpangkat besar tapi anak sendiri pijak kepala. Kecik-kecik dah pandai bodohkan mak bapak. Aku bukan nak kata apa la. Aku tak pernah pulak nak belajar bodohkan mak bapak sendiri. Yang mak bapak tu pulak tak da inisiatif nak marah. Pandai pulak cakap baik-baik. Bila time anak-anak mak aku ni pantang salah cikit cepat je soh belasah, soh marah la.. Ape Kessssss!!!!!

Aku bukan tak nak dengar nasihat diorg, tapi aku tak pasti sama ada nasihat diorg tu betul ke tak, sebab diri sendiri pon belum tentu betul. mMemang la pangkat tinggi, tapi...
Hmmm..malas dah aku..cukup la setakat ni..

Bukan nak aibkan sesiapa cuma nak kongsi bersama. Jaga pertuturan. Ingat kita pun ada zuriat, dan bakal ada zuriat. Tak semua orang boleh terima apa yang kita cakap. Kita pun tahu bahawa doa orang yang teraniaya akan dimakbul Allah. Jangan sampai orang terasa dianiaya oleh kita. Buruk padahnya. Yang kaya-raya boleh jadi papa kedana. Yang bijak pandai pun boleh jadi bodoh. Nauzubillah minzalik..

Sekadar berkongsi dan menasihati diri sendiri yang belum tentu baik.