Kelas hbt307 arini berlangsung seperti biasa, group teja yang pertama buat presentation...
Tiba-tiba......jeng jeng jeng...telefon aku berbunyi dgn rakusnya memecah hening seketika.. aku terkezuz...lantas menjawab telefon secara senyap..
Kol dr salah satu syarikat yg aku anta surat mintak keje ari tu..terkezut aku sbb aku baru anta selasa lepas, arini dah kol..huishhhh!!!! dahsyat tu....
Sales executive??????
Aku dah la tak sempat tanya banyak sbb aku tak berapa dgr pastu aku terkezut lagi...
Jumaat ni????
sbnrnye aku tak berapa confirm..sbb dlm kelas td aku terkejut..aku try kol balik 2 kali..tp tak jawab..mane p sume org dlm opis diorg???dilanggar todakkah??
Aduh!!!!time gawat nih..hahaha...
Dah la nak kene anta FYP fasa 2...pastu portfolio...pastu...makan lagi..tido lagi..mandi lagi..huishhh..banyaknye keje..mane sempat....nak search pasal syarikat tu lagi...nak search pasal tugas sales executive lagi...nak search pasal tajuk tutorial mgu ni lagi...nak search pasal gossip lagi...ish3 bz btol aku...
Kalah CEO syarikat besar..hahaha..
Tp yg pentingnye...aku ade alasan nak balik kL!!!!!!!!!!!!!!hahahaha..abg aku tak de la ketawakan aku sbb aku dah kata aritu sem ni aku tak nak balik kL..hahahaha..
tp klo aku tak menghabiskan masa 2 jam menghadap blog ni tak bz sgt kot..hahahaha..*dussyummm!!!* tumbukan padu dari eksenkamen kerana membuat keje2 lagho dan merepek tak tentu pasal..
****selang beberapa minit..
aku berjaya mengekol syarikat itu dan jawapannya...*dussyuuummm* aku sgt bengang kerana...
they dont even read my resume carefully!!!!!what the???? on my resume already stated that im a final year student of usm...u cant even understand the simple language??klo aku tak bg resume len la..i know my english is horrible too..but i can understand the simple sentence..
can u imagine when people say:
la..student lagi ke???(dlm hatiku berkata.."adakah aku menulis resume tu dalam bahasa jepun kerana setahu aku aku mmg bengap ngn bahasa jepun aku tuh")
kami ingat nak cari org yg dah ada pengalaman..a.s.a.p (tau lak die makna bende ni)(dan dlm hati aku berkata lagi.."kalau aku tak penah keje...mcm mane nak ade pengalaman????? boleh ke lahir dah ade pengalaman 20 tahun dalam bidang pemasaran???meniaga kat mana kau???dalam syurga???)
Then i ask..should i come?
Then he answer: suka hati la kalau berminat datang la...
sape yang tak berminat nak keje dalam keadaan ekonomi gawat nih?????cube bgtau aku sape????Klo indah water panggil aku interview pon aku g tau tak???(nak je aku jwb camni) tapi aku masih bersabar..
should i go???
even when i already know that the possibility of not getting this job is higher than kLcc..
Monday, March 16, 2009
takut..cemas..mendebarkan..mengelirukan dan menyakitkan hati!!!!!!!!!!!!
DIKISAHKAN OLEH poison ivy at 2:33 PM 7 PENDAPAT SEJAGAT
Sunday, March 15, 2009
tetibe je...
tadi aku mendapat panggilan dari pak cik aku yang dah agak lama tak kol aku, tp dia mmg akan kol aku satu kali setiap sem utk tanya perkembangan..
tapi panggilan dia arini agak aku tak sedap ati..mmg la pertanyaannya hanya berkisarkan ttg pelajaran aku tapi....
mane die dapat no fon celcom aku sbbnye aku tak penah bg die...
bile aku tanye die kat mana, die kate kat kuala kangsar jumpa opah aku..oooo..betulla..aku baru teringat yang aku ade kol opah aku gune ni celcom aku...
tetibe darah aku berderau..die nak tanya apa sebenarnye???adakah nak marah aku sbb mungkin opah aku ade cite pasal aku kol opah aku utk tanya sesuatu..
aku tanye die lagi..nape?? die kate takde pape..saje nak tanye..
mmg die takde tanya apa2 pasal ari tu..hanya tanya aku dah cuba mintak keje ke? n aku kate dah..
tapi aku masih tak sedap ati..apa puncanya yg boleh opah aku bg no fon aku kat pak cik aku tu??
hmmm...buruk sangka btol aku kan?..hahaha...
*maaf kerana cerita aku arini mmg tak de motif langsung..saje nak bgtau ade org kol aku arini...hahahaha...
DIKISAHKAN OLEH poison ivy at 10:13 PM 0 PENDAPAT SEJAGAT
Friday, March 13, 2009
Dasar Kau yang tak mengenang budi..
Kau kejam
Kau tak ada hati perut
Kau tak ada otak
Kau tak ada perasaan.
Kau tak pernah fikir tentang aku
Kau tak pernah mengenang jasa aku
Kerana Kau aku tersiksa
Kerana Kau aku menderita.
Kau selalu begitu
Bila aku betul-betul perlukan Kau
Kau mula buat hal
Bila aku saje-saje nak main dengan Kau
Kau tunjukkan kehebatan yang ada
Kau menyebabkan aku hilang mood
Kau menyebabkan aku hilang selera makan
Kau menyebabkan muka aku berkedut
Kau menyebabkan aku tension
Lepas ni aku tak mau kawan ngan kau..
Aku nak cari kawan lain
Kat bawah library ada, kat subaidah ada,
Kat tepi CIMB pon ada
Kalaulah aku boleh buang Kau dari pandangan mata aku
Kalaulah aku boleh jadikan Kau tukun di dalam laut
Kalaulah aku boleh cari yang lain yang boleh menggantikan Kau yang tak guna tu…
Tapi aku akui, aku tak mampu nak buang Kau buat masa ni
Walapun Kau buat hal hari ini aku tetap akan maafkan Kau kerana kebaikan Kau pada masa-masa lampau...
Kau..Kau..Kau…
Kau memang menyakitkan hati aku hari ni!!!!
Kenapa la time aku terdesak di zaman kegawatan ekonomi ni Kau nak buat hal????
Kau tahu tak betapa banyak lemak aku yang mencair kerana terpaksa ke sana ke mari???
Kau memang la PRINTER!!nanti aku kaya aku beli yang lain…padan Muka Kau
Menyusahkan aku je!!!!
DIKISAHKAN OLEH poison ivy at 4:06 PM 0 PENDAPAT SEJAGAT
Thursday, March 12, 2009
kasihan si Kumat...dan kisah 1000 ciuman
Kumat agaknya masih terkejut dengan kematian Kamit. Beliau seperti tidak boleh menerima kenyataan bahawa teman baiknya itu sudah tiada. Beliau terus menerus bergimnastik. Berhenti hanya pada waktu tidur, makan dan minum.
Kumat tidak boleh keseorangan. Walaupun beliau sering mendera Kamit, mungkin kerana itu cara beliau menunjukkan kasih sayangnya terhadap teman baiknya itu. Mungkin untuk mencari teman baru belum tiba masanya (mmg la bukan boleh kuar sangkar pon..).
Sabarlah Kumat. Apabila tiba masanya (bila tuan ko dah byk duit) kau akan mendapat teman baru. Kali ini, cuba menghargai rakan anda itu. Kawan yang baik tidak akan muncul selalu. Sukar untuk kita mencari orang yang sanggup menerima buruk dan baik diri kita. Sukar untuk mendapatkan orang yang sanggup tahan dengan kerenah kita yang kadang-kala menjengkelkan.
Percayalah, Kamit hidup bahagia di alam sana.
-------------------------------------The End-------------------------------------
Berakhir sudah kisah pemergian Kamit.
Aku nak share cket email yg aku dapat dari abang aku.
Kisah 1000 ciuman
Buat renungan kengkawan...
(sekadar gurauan tidak ada kaitan dengan sesiapapun..jika terjadinya persamaan hanyalah secara kebetulan sahaja..)
Zaman ni zaman susah. Harga minyak naik terus, akibatnya terjadi pemberhentian di berbagai syarikat. Salah satunya yg terkena pemberhentian ialah Suparjo dari Semarang, Indonesia. Bulan ni dia tak dapat kirim wang untuk isterinya di kampung halaman. Hanya dapat kirim surat yang isinya demikian:
Isteriku tercinta,
Maafkan kanda sayang, bulan ni kanda tak dapat kirim wang utk keperluan keluarga di rumah. Kanda hanya dapat mengirimkan buatmu 1000 ciuman.
Paling cinta,
Kanda Suparjo Yii
Seminggu kemudian Suparjo mendapat surat balasan dari isteri tercintanya:
Kanda Suparjo tersayang,
Terima kasih atas kiriman 1000 ciumanmu. Utk bulan ini Dinda akan menyampaikan laporan perbelanjaan keluarga:
- Tukang minyak bersedia menerima 2 ciuman setiap kali membeli 5 liter minyak tanah.
- Tukang letrik mahu dibayar dengan 4 ciuman setiap 10hb setiap bulan.
- Tuan rumah mahu sewanya dibayar ansuran 3 kali ciuman setiap hari.
- Tokeh kedai runcit tak mahu dibayar pakai ciuman. Dia mintak yg lain jadi Dinda terpaksa berikan saja.
- Hal yg sama juga kepada Guru Besar dan guru kelas sekolah di Nanang yg dah 3 bulan tertunggak.
- Besok Dinda nak ke pajak gadai utk tukar 200 ciuman dgn wang tunai sebab Tokeh pajak gadai dah sedia tukarkan 200 ciuman dan gadaian yg lain dgn wang Rp650 ribu. Lumayan buat belanja sebulan.
- Keperluan peribadi Dinda bulan ni mencapai 50 ciuman.
Kanda tersayang.. bulan ni Dinda merasa menjadi org paling kaya di kampung kita kerana Dinda berikan hutang ciuman kepada ramai pemuda di kampung dan siap ditukar dengan apa pun keperluan Dinda. Yang dari kanda masih berbaki 125 ciuman, kanda ada fikiran bagaimana mahu dihabiskan? Atau Dinda simpan dululah dalam tabung yer??
Paling sayang,
Dinda Suti Nirwingsih
......gedebuk. .. Suparjo pengsan!!!!
DIKISAHKAN OLEH poison ivy at 2:34 PM 1 PENDAPAT SEJAGAT
Tuesday, March 10, 2009
kembalinya Kamit ke alam barzakh....
Patutla aku takdak mood nak hapdet blog ni..rupanya aku akan mengumumkan sesuatu yg agak menyedihkan...
Akhirnya Kamit menghembuskan nafas terakhirnya...
Tak tahu lah pada pukul berapa kerana mayatnya ditemui keras dan mukanya kemik..sungguh pilu hatiku melihatnya.. sebagai seorang ibu..aku agak sedih tetapi apakan daya..yang pergi harus pergi, yang hidup harus teruskan hidup....
Setelah mayatnya dibelek2, aku terus menkafankannya dan mengebumikannya.. Dimana? biarlah menjadi rahsia...
Sebagai ibu angkat, kema turut berasa simpati terhadap pemergian kamit..
Kesian Kumat, beliau terpaksa meneruskan hidup sendirian...
Tetapi sesuatu yg pelik berlaku..Kumat seperti tidak boleh menerima kenyataan beliau sentiasa ber'gimnastik' tanpa henti.. Perancangan untuk memberi teman hidup baru kepada Kumat akan dibuat selepas minggu berkabung tamat.
Melalui pemeriksaan yang dibuat, Kumit mungkin mati akibat tertelan plastik, kerana plastik makanan yang diletakkan di atas sangkar mereka sudah koyak rabak. Kema juga membuat andaian bahawa, keadaan Kamit yg seperti tidak keruan menggigit2 sangkar seperti mahu melarikan diri mungkin kerana beliau mahu lari dari sesuatu. Adakah beliau membunuh kawan baiknya sendiri????
Itu ialah andaian Kema selaku ahli forensik pada malam ini..
Kami akan memerhati keadaan Kumat lebih lanjut..
Kami juga akan mencari punca kematian Kamit.. Adakah beliau mati kerana tidak tahan diseksa oleh Tyra?? Mungkin juga digigit binatang berbisa?? ataupun seperti yang sudah dinyatakan di atas iaitu tecekik plastik atau dibunuh rakan sendiri???
Kami akan menyoal siasat suspek2 berikut:
1) Cik Tirah Beng - siksaan yang dilakukan seperti mengangkat Kamit dengan memegang kaki, memandikan Kamit dengan menggunakan 'wet tissue' dan lain2 siksaan yang tidak diketahui oleh ibunya.
2) Kak Mona- pernah terlibat dalam aktiviti menyiksa Kamit.
3) Kumat- kekejaman terhadap Kamit, menendang dan memaki hamun Kamit menggunakan bahasa kesat apabila Kamit diambil keluar dari sangkar.
Kami menyifatkan bahawa kematian Kamit adalah mati secara perlahan kerana tidak terdapat kesan lebam atau luka pada badan mangsa.
Kamit ialah seekor hamster yang baik kerana tidak pernah menggigit sesiapa pun, sifatnya yang lembut dan penyabar menjadikan Kamit disukai ramai (terutama cik Tirah Beng).
sekian...
DIKISAHKAN OLEH poison ivy at 12:24 AM 7 PENDAPAT SEJAGAT
Sunday, March 1, 2009
kerja...
Aku dalam usaha mengumpul ke semua maklumat tentang syarikat yang memerlukan pekerja.
Daftar semua yang ada, tapi time expand kat usm ni aku cam tak berminat nak isi. Lagipun aku agak marah bile orang tanya,
Q: adik dalam bidang apa?
A: terjemahan dan interpretasi
Q: What????(dengan nada yg agak sinis dan menyakitkan hati)
oleh itu..terbantutlah minat ku untuk mendaftar, tapi untuk tak mau gaduh aku hanya menutup mulut mendengar sahaja. Nasib bek la diorg ni cari pekerja untuk syarikat lain..klo tak....
jadi, aku akan terus berusaha menghantar resume@CV ke semua syarikat yang aku nak dan yang aku tak nak pon aku hantar jugak.
oleh itu, doakan aku yek kawan-kawan.
DIKISAHKAN OLEH poison ivy at 1:22 PM 1 PENDAPAT SEJAGAT
Friday, February 27, 2009
10 makanan antikolesterol
bukak email pagi tadi kak nana (ex-rumate) email aku pasal 10 makanan antikolesterol
10 Jenis Makanan Antikolesterol
1. SOYA
Kacang soya merupakan makanan popular yg diproses untk mendapatkan Kacang soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zat galian.Ia juga Dpt menghidarkan penyakit jantung & kencing manis. Kaya kalsium & Mineral yg membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar Lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL)
2. KUACI
Kuaci mempunyai kandunan zat besi. Pola pemakanan yg rendah dgn zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan kolestrol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi serta mengurangkan kolestrol.
3. BUAH KERING
Antara pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yg paling banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko sserangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dalam the, brokoli, tomato, bawang serta delima.
4. EPAL
Memakan sebiji epal @ meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak yg memakan makanan segera dankemudian memakan epal @ minum jusnya, sebenarnya menyimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku kemak dlm badan.
5. IKAN TUNA
termasuk sumber asid lemak omega-3 yg popular, selain salmon dan makarel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL.
6. KACANG TANAH
Kacang tanah yg dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung.
7. MANGGA
Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain : belimbing, kedodong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya mencegah kolestrol LDL dlm tubuh.
8. KISMIS
Mengandungi sebatian yg mampu menurunkan kolestrol. Sesiap yg mengamalkan diet dgn 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dlm darah sebanyak 8%.
9. OAT
Lebih daripada kajian saintifik yg dijalankan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurankan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak & kolestrol anda.
10. JAMBU BATU
Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yg disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yg sesuai.
DIKISAHKAN OLEH poison ivy at 12:27 PM 4 PENDAPAT SEJAGAT