BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, February 11, 2009

HOBI SAYA...

SAYA SUKA MAKAN.....



ini mak saya..dia pandai masak..sebab tu saya suka makan...



eh???ini bukan saya...ini adik saya..tapi...dia pun suka makan..



saya suka makan makanan yang sedap...



bila saya sedih saya akan makan..





saya gembira pon saya makan...







meh la makan dengan saya...







saya suka sangat dapat makan sama-sama ngn kenkawan...






makan mase picnic....





mase keje pon saya makan tanpa segan silu...





bila makan saya suap sendiri la...







tapi......






bila orang suap pon saya makan gak....hehehe..




dan saya paling suka makan ayam...(gambar ini diambil sebelum upacara boikot-memboikot bermula...)



saya suka sangat p bilik kawan saya yang ni...sebab..kat bilik dia ada BANYAAAAAAKKKK!!!!! makanan...sebab dia pon suka makan..(hehe..jgn bgtau die yek...)








tapi saya ada 1 masalah sekarang ni.......









saya tak lalu nak MAKAN!!!!!!!!!!!!!!


MENGAPAKAH??????










aritu kawan saya ni kate....."dok ngn ko ni 60% asyik cite pasal makanan je..." (tp dia pon suka makan gak...tak nak ngaku la tu..hahaha.. )
tapi sekarang tgk makanan pon saya tak lalu....huhuhu...






sedihnye.....saya lapar..tapi saya tak lalu nak makan...
Adakah penggunaan perut saya sudah tamat tempoh????
Bagaimanakah mau aktifkan semual akaun perut saya???

Monday, February 9, 2009

MAAFKAN DAKU TEMBOK BATU...

AL KISAH........


Pada petang ahad....


Seorang wanita yang mempunyai keinginan untuk memiliki lesen kereta telah pergi ke pusat latihan memandu apibila dipanggil oleh tempat beliau daftar memandu.


Setelah menghadiri ceramah lima jam dan tiga jam lagi untuk kereta sahaja, maka pada hari ahad itu beliau pun pergi dengan semangat kentalnya (walaupun jantung berdegup bagai nak pecah) ke tapak latihan memandu. Setelah sampai beliau pun masuk ke dalam kereta yang disediakan.


Setelah diajar oleh gurunya tentang asas memandu, beliau pun mula memandu. Stereng yg belom pernah dipegang diputar sesuka hati dan dibantu oleh guru tersebut dengan perasaan sgt geram. setelah membuat satu pusingan, beliau pun diajar masuk parking. Maka, dengan sesuka hatinya beliau pusing stereng dan melepaskan clutch dengan mengejut.


Disebabkan itu, tembok yang tidak berdosa itu menjadi mangsa 'landing'an kereta yang dibawa wanita itu yang telah membunuh satu nyawa iaitu 'enjin' kereta. Menggunakan bantuan CPR enjin dihidupkan semula. Perasaan sakit hati bercampur menyampah bergaul didalam hati guru tersebut. Namun guru tersebut tetap bersabar, membantu menurunkan kereta dari tembok yang berjaya digilis.


Tanpa pilihan lain, guru tersebut pun menyuruh wanita itu pusing sahaj belajar mengawal stereng dengan menggunakan 'gear 1' mengelilingi pusat latihan selama 3jam tanpa henti dengan bertemankan seorang lagi rakan wanita tersebut yang sebenar sudah habis latihan selama tiga jam, tetapi terpaksa membantu wanita tersebut atas arahan guru mereka.Oleh itu, rakan wanita tersebut terpaksa berada di pusat latihan memandu tersebut selama 6 jam (jika mengikut jarak perjalanan rakan wanita tersebut sudah boleh sampai KL).


Semasa berlatih berdua-duaan di dalam kereta kancil yang malang itu (tanpa guru) wanita tersebut sekali lagi melanggar tembok tidak bersalah yang lain pula. Rakan beliau yang panik itu tidak sempat menekan brek kecemasan di tempat duduk sebelah.


Tetapi dengan bantuan guru orang lain, wanita tersebut berjaya menurunkan sendiri kereta yang telah menggilis tembok kedua itu. Pengalaman baru untuk wanita tersebut. Dengan perasaan bongkak dan riak. wanita itu meneruskan pusingan di dalam pusat latihan tersebut dengan berlaku pelbagai peningkatan iaitu berjaya mengawal stereng tanpa keluar dari garisan tengah dan berjaya menekan minyak walaupun hanya gear 1.

gambar pemandu wanita harapan bagi Formula 1


Sekian hikayat si pemandu wanita.


**guru wanita tersebut tidak mahu mengajar wanita tersebut menaiki bukit, dan masuk tiga penjuru pada hari yang sama setelah melihatkan bahaya di hari kelak yang bakal berlaku.



p/s: oleh sebab itu aku tidak mampu untuk menghadiri temuduga untuk menjadi buddies bagi NAP kerana ade kelas tambahan. huhu...

Sunday, February 8, 2009

cara terbaru isi borang keje...(sila pk sebelum tiru)

thanks to isu hangat

Oleh kerana dah boring isi borang kerja kosong tapi asyik tak dapat, Ajoi menggunakan teknik baru supaya company yang dia apply kerja tu beri perhatian kepada permohonannya.

Name : Ajoi
Age : Still young
Sex: Never. Still under age
Religion: I only have experience praying my cat which dead 2 years before
Race: I love to race. How u know?
Nationality : I don't like National. I prefer Sanyo
IC No.: 6735
Tel No.: My house no telephone
HP No.: Nokia 3310
Address: Jelutong, Penang
City: Nurhaliza?
Postcode: I never post anything
Country: I love travel to London
Status: Secret
EmailAddress : Hotmail
Education Background : My teacher said, not bad
Working Experience : Last time I got sell pirate VCD
Father's Name : Daddy
Father's IC No. : U ask him Mother's
Name : Mummy
Mother's IC No. : U ask her
Expected Salary : As much as u can pay
When can start work? : Depends on my mood
Highest Qualification : Very high
Grade : Also very high
College/University : College
Signature : Can I use chop??

sila guna kemahiran pemahaman double meaning anda..sekian..

Thursday, February 5, 2009

KiSaH LuKmAn Al-HaKiM

Terlanjur aku buat asgmnt Munakahat ni kan..meh cini aku cite cket pasal Lukman al-Hakim..


Kisah Lukman al-Hakim

ILMUWAN ISLAM: ILMU DIMILIKI LUKMAN SARAT DENGAN HIKMAT

LUKMAN bukan lelaki misteri, tetapi latar belakang serta kisahnya masih banyak yang perlu diterokai kerana sebagai seorang diberi gelaran al-Hakim yang bermaksud bijaksana, beliau dikurniakan kelebihan oleh Allah.

Surah 31 dalam al-Quran - surah Lukman – menceritakan kisah Lukman al-Hakim yang diberi hikmat. Disebabkan kelebihan itu juga, tidak keterlaluan jika beliau diiktiraf sebagai ilmuwan yang berada dalam kelasnya tersendiri.

Dalam surah itu juga menceritakan amanahnya Lukman, terutama dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai bapa di sebalik kehidupan harian yang sibuk dengan tugasnya. Antara nasihat penting yang disampaikan beliau adalah berkaitan amanah kepada Allah dengan tidak menyekutukannya, menekankan soal ibadat terutama solat dan kepentingan dakwah demi menjamin kesinambungan kebenaran dan keadilan dalam masyarakat.

Lukman juga menasihatkan anaknya bersikap sederhana, tidak sombong dan bongkak dalam hidup, bersikap sederhana ketika berjalan dan melunakkan suaramu. Apa yang diterapkan Lukman kepada anaknya adalah pembentukan nilai murni dalam diri individu kerana hanya dengan berpegang teguh kepada agama, seseorang itu dapat berjaya melayari kehidupan dunia.

Keistimewaan Lukman, khususnya dalam mendidik serta membimbing anaknya sering dan terus dijadikan contoh kerana ternyata ciri dimiliki menjadikan beliau sebagai role model sepanjang zaman.

Sebenarnya kisah Lukman tidak panjang dibicarakan tetapi cukup mendekatkan umat Islam kepadanya. Ada beranggapan beliau termasuk dalam golongan nabi dan ada mengatakan beliau adalah wali. Jumhur ulama menjelaskan bahawa Lukman yang terkenal kerana kisah wasiat kepada anaknya diabadikan dalam al-Quran adalah seorang lelaki salih dan beriman kepada Allah.

Menurut riwayat, Lukman aI-Hakim ialah seorang lelaki berkulit hitam yang bertakwa kepada Allah. Mengikut Imam Said bin Musayyib, beliau seorang lelaki salih yang berasal dari Sudan. Pada suatu masa, seorang lelaki berkulit hitam menemui Imam Said dan beliau berkata kepada lelaki itu : “Janganlah kamu bersedih hati kerana kulitmu yang hitam. Sebenarnya antara manusia yang terbaik (di sisi Allah) adalah mereka yang berkulit hitam iaitu Bilal, Mahjak dan Lukman al-Hakim.”

Mengikut Ibn Jarir At-Tabari pula, berpandukan riwayat daripada Khalid ar-Raj’ii: Lukman adalah seorang hamba dari Habsyah yang bekerja sebagai seorang tukang kayu. “Pada suatu hari, tuan Lukman menyuruh beliau menyembelih seekor kambing dan membawa kepadanya dua ketul daging yang terbaik.

Perintah itu dilaksanakan Lukman dan dibawa kepada tuannya dua ketul daging terbaik iaitu hati dan lidah. Pada keesokan harinya, tuannya menyuruh beliau menyembelih seekor kambing lain dan membawa kepadanya dua ketul daging terkeji.

Perintah itu juga dilaksanakan oleh Lukman dan dibawa kepadanya dua ketul daging terkeji iaitu hati dan lidah. Tuannya berasa pelik dan bertanya kepada Lukman maksud perbuatannya itu dan Lukman berkata: “Sesungguhnya, bagi orang yang mulia, inilah harta terbaik dimilikinya dan bagi mereka yang keji, inilah harta terkeji terdapat dalam jasadnya.” Begitulah contoh kebijaksanaan Lukman dikurniakan hikmah dari Allah selain mendapat kedudukan dan makam yang amat mulia di sisi Allah.

Mengikut Ibn Jarir daripada Amru bin Qais, seorang lelaki pernah menyoal Lukman mengenai hikmah yang dimiliki dan jawab beliau : “Itu adalah kehendak Allah. Bagaimanapun, aku sentiasa menunaikan amanah yang dibebankan ke atasku, aku juga sentiasa bercakap benar dan aku menjauhi setiap perkara yang tidak mendatangkan faedah bagiku.”

Kesimpulannya, Lukman mungkin bukan saintis, pakar matematik, doktor falsafah atau pencipta, tetapi dengan hikmah serta ilmu yang dimiliki, beliau ialah ilmuwan yang berjaya meninggalkan wasiat berguna untuk manusia sejagat.

thanks to: aizan maisara

Wednesday, February 4, 2009

Sahabat..

Dah sepuluh kali aku dok taip n delete baru aku jumpe sesuatu untuk dikongsi...

12 SIFAT SAHABAT
1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu.
2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu.
3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan membantumu.
4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik.
5. Jika ia mendapat sesuatu kabajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu.
6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya.
7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya.
8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu.
9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu(membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu).
10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu.
11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu.
12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

sumber amik kat sini
Adakah anda seorang sahabat yang baik? Renung-renungkanlah..dan selamat beramal..haha..

p/s maaf kepada insan yg menganggap aku kawan @ sahabat.. aku bukanlah seorang sahabat yang baik..huhu..maafkan daku..

Tuesday, February 3, 2009

Cantikkah kita?

Hello girls and women out there.. If you think you are ugly, think again..You have wrinkles on your face? Dont worry, after you see pictures below...it will increase your level of confident again..but just spare some money to be more confident..hakhakhak..













The miracle of brush and paint....

Who knows, even you have wrinkles, scars, pimples, eye-beg, dark spot ,etc you will became a superstar one day...hehehe..



Monday, February 2, 2009

Selamatkan Palestin..

USM CARI JALAN BANTU PENDUDUK GAZA


PULAU PINANG, 2 Feb – Universiti Sains Malaysia (USM) bercadang mengambil kanak-kanak mangsa peperangan di Gaza, Palestin untuk diberikan bantuan perubatan dan tempat tinggal sementara yang lebih selamat di negara ini.

Misi membawa kanak-kanak malang tersebut ke negara ini khususnya ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian tercetus disebabkan kesukaran untuk menghantar bantuan penyelamat dari Malaysia ekoran pergolakan di negara tersebut masih belum reda dan diisytihar selamat.

Naib Canselor USM, Prof. Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak berkata, langkah iu dirasakan amat sesuai bagi membantu mangsa peperangan di Gaza yang dihimpit masalah kekurangan bantuan perubatan khususnya dari segi peralatan, ubat-ubatan dan sebagainya.

Katanya, walaupun banyak pihak telah berusaha mengumpul dana untuk disalurkan ke Gaza, namun itu tidak mencukupi memandangkan mangsa peperangan khasnya kanak-kanak di sana memerlukan lebih dari sekadar wang ringgit.

``Keadaan di Gaza amat teruk dengan kemusnahan berlaku di mana-mana termasuk di hospital. Pakar-pakar perubatan di sana menghadapi masalah dalam memberi bantuan perubatan kerana peralatan tidak mencukupi dan bilangan pesakitnya ramai.``

Justeru USM perlu mengambil inisiatif untuk membantu mereka dengan cara membawa balik kanak-kanak yang tercedera dan trauma ekoran peperangan itu ke Malaysia dan diberikan bantuan sewajarnya,’’ jelasnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan Perutusan Naib Canselor USM 2009 yang bertajuk Universiti APEX: Satu Tuntutuan, Satu Pengorbanan di sini hari ini. Turut hadir ialah Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Tan Sri Dato’ Ani Arope.Dzulkifli turut berkata, situasi di Palestin sangat berbeza dan pelbagai pihak di negara ini menghadapi kerumitan untuk menghantar pasukan perubatan ke sana.

``Walaupun kita tidak dapat ke sana, namun kepakaran dan peralatan yang kita ada tetap boleh digunakan dengan membawa pesakit-pesakit dari Gaza ke HUSM. Ini dirasakan sangat membantu meringankan beban dan kesakitan yang mereka alami,’’ ujarnya.

Tambah beliau, kanak-kanak tersebut akan ditempatkan menerima rawatan di HUSM dalam tempoh tertentu sehingga mereka benar-benar pulih sebelum dihantar semula ke Palestin.

Beliau berkata, USM ketika ini sedang dalam perbincangan dengan beberapa pihak termasuk Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (Mercy) dalam usaha merealisasikan misi kemanusiaan tersebut.

``Jika perbincangan berjalan lancar, USM dijangka menempatkan sekurang-kurangnya 10 kanak-kanak Palestin berusia bawah 10 tahun di HUSM pertengahan Mac depan,’’ tambah beliau.

Terdahulu, USM melalui Pusat Islam turut berjaya meraih kutipan daripada warga kampus berjumlah RM12, 582 untuk disalurkan ke Tabung Bantuan Palestin.

Dana tersebut telah diserahkan oleh Pengarah Pusat Islam USM, Prof. Madya Nasirun Saleh kepada Ani Arope dalam majlis yang turut dihadiri oleh kira-kira 3,000 warga USM tersebut.


sumber dari laman web USM