BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, April 28, 2009

Aku Penganggur

Bila baca blog noin, aku teringat lagu Allahyarham Sudirman Hj. Arshad. Tajuknya 'Aku Penganggur'

Jangan ku dipandang hina
Hanya kerna aku penganggur
Jangan pula ku dilupa
Hanya kerna aku penganggur
Aku hanya insan biasa
Ingin juga hidup bahgia

Ohoo... nasibku
Aku penganggur
Ohoo... nasibku
Aku penganggur

Puas sudah mencari kerja
Memang nasib aku penganggur
Masih belum diterima
Memang nasib aku penganggur
Hasrat hati ingin membantu
Menjaga orang tua ku

Ohoo... nasibku
Aku penganggur
Ohoo... nasibku
Aku penganggur

Aku anak berbudi bahasa
Walaupun aku penganggur
Hormat kepada orang tua
Walaupun aku penganggur
Mungkin esok ataupun lusa
Aku akan mendapat kerja

Ohoo... nasibku
Aku penganggur
Ohoo... nasibku
Aku penganggur

Dulu aku selalu gak cakap kat orang bila orang takdek keje aku kate penanam anggur berjaya.
Sekarang giliran aku n kawan2 plak untuk menganggur. Memang kami dah berusaha mencari kerja tapi masih belum ada hasilnya. Jadi kawan2ku marilah kita sama-sama berdoa supaya ada insan yang terbuka hatinya untuk memberi peluang kita bekerja... Amin~~

Monday, April 27, 2009

JATUH

AKU JATUH....

JATUH HATI??

TIDAK SAMA SEKALI!!!!!

JATUH AIR MUKA??

ADE LA CKET..TP RASA CAM TAKDAK ORANG NAMPAK...

ABES TU PASAI PA SEBENARNYA???

AKU JATUH TANGGA~~~~~~~~~~~~

ADUH...SAKIT...

Thursday, April 23, 2009

KEJAM

Panas badan dah kurang. Sakit kepala masih ada. Bekas luka akibat terhantuk di bucu masih berdenyut.





Tetapi yang aku tak puas hati tu mengapakah demam ini begitu kejam. Hadir di saat aku mahu menduduki peperiksaan yang terakhir di USM. Harapan untuk aku menaikkan pointer aku..huhu..sungguh kejam..





Elok je malam sebelum aku nak exam tetiba aku kena batuk2. Aku tidur pastu malam tu aku terasa badan aku panas betul. Aku dah mula risau. Pukul 2.15 ptg aku ada exam. Aku ambik kain basahkan dan letak kat kepala. Tak berkesan. Panas makin menjadi-jadi. Dah nak dekat pagi aku terasa nak ke toilet. Aku bangun tapi rasa gelong kepala. Nak kejut kema tak sampai hati pulak. Aku terus pegi seorang. Aku jalan terhoyong-hayang tetiba aku terasa kepala aku terhentak kat benda keras pastu aku terus tak sedar apa. Aku sedar balik aku terbaring kat koridor. Aduh..naseb bek takde orang pagi tu.. Aku terasa kepala aku berdenyut. Aku pegang kat tempat sakit tu tengok ada darah. Aku batalkan niat ke toilet. Aku gagahkan diri bangun masuk bilik. Baru sempat buka pintu aku jatuh lagi. Tak sedar diri lagi. Aku sedar balik aku terbaring depan pintu tak tau la berapa lama. Aku merangkak naik katil. Kema dah bangun pagi nak solat subuh. Aku terus cakap kat kema aku nak p klinik And soh dia kol pak cik mail. Sampai kat klinik aku memang tak leh tahan lagi dah. Aku start nanges n soh kema bgtau kat nurse yang aku tak larat nak tunggu. Nurse pon bwk aku rehat kat katil and bagi ubat. Pastu kema plak start batuk2 n selsema. Nurse soh die plak p amik ubat. Lepas rehat sume dlm kol 12 balik bilik balik coz kol 2.15 aku ade exam. Kema tolong beli nasi. Pas makan aku tdo sat n siap2 nak p exam. Memang rasa berat betol kepala aku rasa nak menangis je. Kesian kat kema yang melayan kerenah aku yang extra mengada bila aku sakit.





Masa exam 3 jam tu lama btol. Aku tengok soalan senang. tapi aku tak boleh nak fikir dah. Aku main jawab je. Lantak lah. Memang sedih btol exam yang last aku terpaksa jawab dalam keadaan macam ni..



Aku balik dari exam aku nampak kema pulak terbaring atas katil. Dia pulak demam teruk. Tapi aku tak larat nak tanya dah coz kepala aku rasa macam nak meletup. Aku terus baring and tidur. Malam tu aku mintak teja belikan Kool Fever. Tirah and Jen pn datang and blikan 100 plus.

Thanks to Teja, Tirah, Jen n Kema kerana membantu.

Monday, April 20, 2009

Impian L

yeayyyy!!!!!!!!
Lulus sudah saya... Lepas ni org gombak akan nmpk hanya aku sahaja yang akan menguasai jalan sana...hahahah..(gelak ala2 jin ifrit)

pasni aku nak frame result test JPJ tu...haha..

Thanks to En. JPJ yang sangat baik dan tidak pernah mrah saya sepanjang ujian berlansung..

Bukannye ape..penat dah dok blaja kete 3 bulan baru abes..huhu..

Pasni tak payah wat uncle sakit jantung dah..hehe..

thanks to kawan yang menyokong saya selama ini..i lap uols..


sekian sahaja aktviti meriakkan diri..aku nak p study munakahat lak..

Saturday, April 18, 2009

KEMALANGAN

Hari ini banyak sangat kemalangan yang aku lihat...tak la banyak tp lebih dari satu banyak la tu kan...

Kemalangan pertama melibatkan Kumat...
Bagaimana kemalangan berlaku?
aku nampak dia tidur sambil tergantung..aku ingat style baru dia tido..
rupa-rupanya....
tangan/kaki depan dia tersepit kat jaring rumah dia tu..tak tau la macam mana gayanya..sampai dia tertido kepenatan/kesakitan..
credit to kema yang perasan tangan/kaki depan si Kumat tu tersepit klo tak mesti dah mati dah coz aku igt Kumat wat akrobatik...


Kemalangan kedua. Kawasan sekolah memandu melibatkan kereta n motosikal..
Sebuah kereta yang dipandu oleh seorang 'amoi' melanggar seorang 'Aunty' yang menunggang motosikal. Amoi tu dari bukit dan terus meluncur laju ke bawah. Malangnya seorang Aunty menaiki motosikal lalu dihadapanya dan "kecepek" berlanggar dengan motokar tersebut...
Kecederaan: Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan Aunty tersebut yang dalam keadaan terkejut dibawa masuk ke bilik khas untuk berehat...

Kemalangan ketiga. Kawasan sekolah memandu juga melibatkan sebuah motosikal yang ditunggang oleh seorang amoi.
Motosikal yang ditunggang oleh amoi tersebut sedang menjalani latihan menaiki titi tiba-tiba hilang kawalan. Akibatnya jatuh dan muka amoi tersebut tersembam ke atas pembahagi jalan. Mukanya mengalami pendarahan. Seorang saksi trauma kerana melihat darah yang mengalir keluar dari mulutnya amat banyak (aku le tu). Amoi tersebut juga dibawa ke bilik khas untuk berehat.

Nasib tak kemalangan. Lokasi: simpang KFC sg.2.
Kereta yang dipandu oleh aku nyaris tak langgar kereta di simpang kerana tetiba aku hilang tumpuan setelah kereta aku mati enjin sebanyak 3 kali pada latihan hari ini. Aku yang dalam keadaan tertekan, panas dan sakit kepala dengan rakusnya menukar gear tanpa lihat hadapan. Akibatnya aku dimarahi uncle dan uncle juga mengalami kejutan kerana melihat muka aku yang seakan-akan nak telan seekor gajah, Uncle tidak jadi meninggikan suara tetapi tetiba bertukar kepada suara yang agak lembut dan bercakap dengan nada yang baik...Maafkan aku uncle.

Kesimpulan...
Jangan gopoh ketika memandu dan kawal emosi anda..

p/s: gambar tidak ada kerana nset aku yg rosak masih belum dihantar ke ICU ataupun digati dengan yang baru.

Thursday, April 16, 2009

Bengang..

aku ikhlas cakap..

aku mmg pendengar masalah yang setia..seriously..

klo ade masalah cite la..

aku akan dgr n klo ade yg aku leh tolong aku akan tlg..

tp masalahnya sorang ni...

nak cite masalah tp wat cite putar belit..

aku soh cita dia cakap bende lain...masalah hati la..perasaan la...memendam rasa la...

aku soh cita lagi...rasa sedih la..tak sanggup nak hidup la...merana jiwa raga la...

aku soh cita lagi...tak tau nak cite dr mana la..cerita panjang berjela la...tak sanggup nak cita la...

akhirnya...kene maki ngn aku panjang berjela...

padan muka..n sory la ye... aku pun ade masalah aku sendiri..tp klo ko nak cite aku mmg still leh dgr..tp ko sgt la annoying..

sbb aku tau sgt la masalah ko tu pasal pe klo tak pasal masalah lelaki2 keliling pinggang..

jd masalah aku lebih besar dr masalah ko yg langsung tak melibatkan mana2 lelaki...

sekian..

p/s: klo nak cite masalah kat aku silakan.. sila cerita terus ye..jgn berdolak dalik..klo tak aku tak akan teragak2 nak maki korg dgn kata2 kesat..

Tuesday, April 14, 2009

TEKA-TEKI

Teka-teki ni aku penah kene dulu...

memang jawapannye sangat la menyakitkan hati..

aku rase ramai gak yang dah tau teka-teki ni..

tapi...

ni blog aku kan..suka hati aku la nak letak..hahahaha!!(kejam gile..)

ada yang kata teka-teka ni..

TEKA-TEKI YANG LAYAK DIBERI PENAMPAR !!!…

pape pon..layaaannn!!!

1) Lubang ape yang rasanye hangat, nikmat dan nyaman?
Answer: LUBANGun pagi2, tarik selimut pastu lu tido balik….

2) Minyak ape yang disukai oleh lelaki?
Answer: MINYAKsikan pertandingan bolasepak Liga-M opp!!! salah EPL laaa

3) Kuih ape yang bungkusnya di dalam, isinya di luar?
Answer: Kuih salah bikin.

4) Binatang ape yang power dlm bab berKarate?
Answer: Kuda belang….cube kira brape black belt dia ade.

5) Siape yang menemukan dompet kulit?
Answer: Yang menemukan dompet kulit tersebut tolong pulangkan kepada saye.

6) Pintu ape yang walaupun dengan 10 org pun tak leh nak tolak?
Answer: Pintu yang ade tulis ‘TARIK’

7) Saya ade 3 kepala,4 tangan dan 5 kaki…siapakah saya?
Answer: Pembohong…

8) Apa dia ‘Jauh di mata, dekat di hati’?
Answer: Usus

9) Binatang ape yang seluruh anggota tubuhnya kat kepala?
Answer: Kutu rambut

10) Nenek sape jalannya meloncat-loncat?
Answer: Neneknye si katak

11) Kenape lelaki jarang kene penyakit anjing gila?
Answer: Sbb lelaki ni kan ‘buaya’

12) Ape beza sekretari baik ngan sekretari kurang baik?
Answer:Sekretari baik………………’Selamat pagi Boss’
Sekretari kurang baik………..’Dah pagi ni Boss’

13) Ape persamaan Michael Jordan ngan Michael Jackson?
Answer: Dua-dua tak kenal korang…heheheh

14) Tukang ape yang kalau dipanggil, die menjenguk ke atas?
Answer: Tukang gali kubur

15) Nak mencari sikit punye susah, bile dah dapat buang, ape bendanya?
Answer: Tahi hidung

16) Ape persamaan kain jemuran ngan telefon?
Answer: Dua-dua kalau dah ‘kringgg’ bole diangkat…

17) Knape pokok kelapa kat depan rumah harus ditebang?
Answer: Mestilah kene tebang, sape nak cabut pokok kelapa …gile ape…

18) Gajah terbang dengan ape?
Answer: Dengan susah payah……

BENGANG TAK??

Sunday, April 12, 2009

MALAS

SEKARANG AKU SANGAT MALAS..

Friday, April 10, 2009

Episod 3..PICNIC!!!!

Episod kali ini saya akan bercerita mengenai ber‘piknik’an.

Pada semester ini, saya dan rakan-rakan telah pergi berkelah bersama-sama.

Perkelahan yang pertama dianggotai oleh Teja, Atirah, Kema dan saya dengan menaiki ADH. Cik Tyra amat seronok melihat pemandangan luar kerana tidak perlu memandu.

Pada mulanya kami ingin berkelah di Pulau Jerjak. Memandangkan harga feri yang cekik darah, kami menukar destinasi ke Batu Feringgi pula. Bekalan yang kami bawa ialah nugget ayam, sosej dan sandwich (buatan saya =))



Kemudian sekali lagi saya dan rakan (lebih ramai) telah pergi mendaki ke sungai Tukun.
Bekalan yang kami bawa ialah sosej dan roti Gardenia dan beberapa botol air berkarbonat (menyumbang kepada kencing manis).

Anggotanya ialah Vincent, Joyce, Melati, Adam, Jaya, Teja, Akmar dan saya.

Aktiviti ini dirancang serta-merta dan tiada perancangan awal dibuat. Kami pergi menaiki lapan ekor kuda berkepak ‘unicorn’.

Aktiviti yang kami lakukan ialah melihat aksi terjun tiruk oleh Adam, Jaya dan Vincent. Kami juga dapat melihat perlakuan sumbang beruk-beruk di Sungai Tukun. Selain itu kami juga bersama-sam menikmati juadah yang di bawa.

Pada sebelah malam pula kami makan malam di minden. Juadahnya ialah 2 pizza saiz besar dan 2 pizza saiz sederhana tajaan Domino dan 2 botol air berkarbonat (menyumbang kepada sakit buah pinggang)

Ini tiket masuk ke taman negara ye kenkawan..

Bahagian belakang


Bahagian hadapan



Berposing setibanya kami di Taman Negara dalam ekspidisi "Menuju ke Sungai Tukun"

Muka gembira kema kerana tidak sabar mahu ber'hiking'.

Berposing sebentar setelah penat mendaki..

Kami sudah tiba di Sungai Tukun

Adam dengan aksi mahu membelasah Vincent kerana tidak mahu terjun bererndam bersama.


Aksi bergaydam (bergayut sambil berendam) oleh jaya

Melepak di pondok

Bergambar di Batu..


Membuat cover album berjudul "batu-batu usang"

Peraduan mencari 'di mana jaya'

Jaya kelam-kabut mahu sampai cepat ke toilet..sakit perut mungkin..

Sampai di pejabat muka lega kerana banyak pengurangan lemak telah berlaku..

Cedera ringan.. Mel tersepak karang yang melekat di batu..
Pulang sudah. Lepas ni nak menuju ke Empangan..



Berposing gaya manja setibanya di empangan..


Jaya mahu terjun masuk empangan kerana 'stress' dengan masalah yang menimpa dirinya setelah sesi 'luahan perasaan dilakukan'.

Berjalan menuju ke 'unicorn' setelah menjelang senja.

Menunggu Pizza yang sedang di'order' oleh Vincent n Jaya..

Menjamu selera sambil menikmati pemandangan di padang minden USM..

Inilah aktiviti yang kami lakukan selama satu hari..

pada

6 April 2009

Thursday, April 9, 2009

taman bunga...


ha..ni la episod seterusnya...

episodnye ialah taman bunga...

kami telah melawat ke taman bunga...

sem ni dua kali dah pegi..sebab selama dua tahun sem ni la yang tak bz..sbb tu baru nak jejak taman bunga yang last aku jejak kaki kat cni mase darjah 5.


gambar ni baru je kami p sabtu lepas..tarikh ade kat gmbr..yang p aku, melati, teja n kema..sepatutnya ade noin tapi die kuar ngn ehem2..hehehe..


penantian satu penyiksaan (kema sedang menunggu air sungai pasang sebab nak wat terjun tiruk..)

cover album..tajuknya.."panas terik mentari" kumpulan 'gadis berempah'
pas penat jalan kami pon beli la aiskrim kat uncle tu..pastu gambar ni dia la yang tolong snap..hahaha..
ha..yang ni time aku p ngn teja n tirah..kema balik kampung mase ni (perlu ke bgtau statement ni??haha..)




manusia tidak berasal dari monyet..

ini hanyalah lakonan semata-mata..

teja kate amik gmbr dari celah pokok cantik..hehe..



tu tengok kat tangan tirah ade mknn tu die asik makan je sepanjang jalan kat kebun bunga ni..haih..ape nak jd ntah..hahahaha!!!

ni la gaya model alam sekitar...

bersambung episod yang akan datang dengan topik yang lebih menarik....
tungggguuuuuuuu!!!!


Wednesday, April 8, 2009

lagi gambar BATI NITE utk tatapan member..

Selain dari mereput di bilik, belajar merempit, membantu lecturer, baca munakahat(baca la sgtkan..)makan, tido dsbgnya..


Aku nak mengupload gmbr banyak2 kat dalam blog aku ni selagi boleh...(selagi diizinkan usm hotspot)


Oleh kerana blog ni blog aku..jadi memang la gambar banyak gambar aku kan..

upacara mengurat yang tak dilayan..
mari belajar bahasa isyarat..ini simbol sotong...

bungamu ku terima..bunga saja ha...



dengan tirah beng dan kema..Tiga Dara Pinggitan..(dua org tu dah berpunya k..aku je solo lagi..hehehe)

ini ialah upacara tarian oleh saya dan mel..Oleh kerana kami tidak membawa pasangan masing2 jadi kami membuat keputusan untuk berdansa berdua sahaja..

mmmuahhh!!!kat pemilik ADH..(p/s: kami bukan lesbian!!!)

bersama rumate dan gengster pantai dalam yang 1st time nmpk die pakai handbag..hehehe..(jgn marah ha...)

acara bergambar beramai-ramai (semua memandang kamera yang berlainan..)King dan Queen


punita!!!!!!!!!!!nige rumba santoshema!!!!(maaf la kalo salah eja..)

ni lah rumate yg aku terjah biliknya selama satu sem ini..

ini sahaja gambar yang aku berjaya upload dengan menggunakan masa selama sejzm setengah..

ikuti episod seterusnya..akan datang

Saturday, April 4, 2009

BATI NITE "REWIND TO RETRO"


Malam BATI dah berakhir...

Lega sudah selesai semuanya..


Nak cite sket pasal mlm BATI (3/4/09)..

Walaupun acara yang diatur oleh urus setia agak tidak menghiburkan (anyway thanks gak) kami telah berjaya memeriahkan mlm tersebut dgn jayanya (mmg jaya ade skali).


Kami telah menggunakan skill2 gila2 kami untuk memeriahkan mlm tersebut..huhu..


Acara yang telah kami adakan adalah, menari mengikut iringan lagu dgn tarian retro, menyanyi terjerit2, tangkap gambr di ceruk mana sahaja kami berada dan pelbagai lagi aksi2 yang tak terfikir kwn2 aku semua akan buat pada mlm tu..korang mmg best..


Walaupun pada awalnya aku hanya nak datang makan, makan dan makan sahaja malam tu, tapi aku kecundang akhirnya pergi jugak menangkap gambar (tu pun tumpang mencelah di mana2 sahaja kamera yang ada). Mana taknya, aku tgh dok syok makan, tetiba angkat muka semua orang kat meja aku dah hilang. Aku pun apa lagi letak sudu garfu angkat kaki la mencari ruang2 yang boleh mencelah..huhu..aku tak puas makan....





Haaa...ni la baju yang mak aku jahitkan dan telah diubah suai oleh aku (ampun ye bonda..tak mau jadi anak derhaka)..hehehe..tapi originality nye tangan tu la...yang badannye aku dah kecikkan..(tu pun nmpk besar gak..) bahagian bwh tu pun aku dah buang rendanya.. yang penting sekarang sila fokus pada tangan itu, sebabnya baju tu dah melekat kat badan aku 2 jam tapi baru depa perasang yang tangan aku tu leh kembang2 camtu (sadis sungguh!)..





Untuk malam ni setakat ini sahaja ya.. Ngantuk..lagipun ade sesetangah gambar kene mntak permission dulu..

p/s: thanks to TeJa 4 ADH n BERJAYA..

Thursday, April 2, 2009

Tamat..

tamat sudah hari ini punya kelas ye kenkawan..

ini sekali gus menamatkan keseluruhan kelas yang ade dalam sem ini...

debat td amat bangang tetapi aku rase ok je sbb keseronokan tamatnya kelas tersebut lebih menebal daripada kebangangan aku berdebat td...

thanks to member2 group aku...

thanks jugak kat pn. julie sbb bagi aku lulus paper ni...

gred ape pon tak kesah jnji lulus dan aku bleh grad tak lama lagi....

sudah la..mau siapkan buku kasut aku...

zassss!!!! layaaannn~~~

Wednesday, April 1, 2009

debat

Esok ialah hari yang agak bersejarah buat aku kerana pada pertama kalinya aku akan berdebat.
dalam bahasa Inggeris pulak tu. Aku harap gagap aku ni tak muncul time tu..huhu.. Tolong la ye encik gagap, ni la peluang terakhir aku nak kumpul markah untuk LHP456.

Esok juga hari terakhir aku ada kelas kat USM ni. Selepas ni aku bebas dari segala bentuk kelas yang ada kat USM ni..hahaha..(sila gelak seperti jin afrit).

Walau bagaimanapun, lepas kelas 'terakhir' aku tu, aku kena balik dengan seberapa segera dan pulun siapkan FYP aku. Aku dah siap report dah..hahaha..JGN JELES YEK ADAM...

Esok juga aku kene pulun kecikkan baju yang mak haku pos tu...

"Amboi bonda..den tau la den yang paling tinggi dalam rumah tu..tapi tak bermakna den paling bosa yek bonda... Tapi yang den polik sangat tu awat bonda pakai baju den tu bonda kata muat2 je? Bonda dah tambah saiz ke??hehehe..." (jangan marah ye bonda..)

k la sudah merepek di 1 April ni..Kema pon dah bising ingat aku taip untuk FYP..haha..tipah tertipu..