BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, December 31, 2009

Tahun Baru Lagi...2010

Tahun Baru menjelma lagi.. Ramai yang sibuk buat azam baru dan ramai juga memperbaharui azam yang lama... Aku salah seorangnya. Memperbaharui azam beberapa tahun yang lepas (malas nak ckp angka sebenar..kang ade yang terkezut)

Dah aku juga akan memulakan hidup baru. Bunyi macam best je kan. Tapi aku berharap hidup ku selepas ini akan menjadi best.

Dear Friends,

Aku akan mula bekerja di KLIA mulai 6hb Januari 2010. Sebagai Customer Service Agent dengan Kuala Lumpur Airport Services (KL*AS). Aku memang suka kerja2 macam ni. Tak dibelenggu suasana office. Dan aku suka akan suasana KLI*A. Walaupun sejuk tahap eskimo cuma takde salji je. Mat saleh yg turun flight pon terkezut masuk klia. Sejut bangat kata mereka.

Jadi, sape yang rajin meh la melawat aku kat sane. Klo nak tiket flight free tu simpan saje la angan2 tu sampai aku kawen dgn owner syrkt tu kan...hahahaha..

Aku harap aku boleh bertahan kerja kat sane nnt. Doakan kesihatan aku.

Tuesday, December 22, 2009

Jantung Pecah


Tarikhnya semalam


Waktunya petang


Individunya sepupu berusia 10 tahun,


Ketinggian sprt kanak2 berusia 5tahun,


Mulut seperti wanita setengah abad.


Dan aku, bukan pencinta kanak-kanak.


Emosi tak berapa stabil.


Soalnya, "kak da, kenapa kak da tak kahwin?" (sambil memandang aku dengan pandangan sinis)


Jawabku, "soalan kau tak leh blah yek, sukatik aku la nak kahwin ke tak nak!"


Dia, senyum sinis.


Susah betul la kalau budak-budak sekarang yang dah insurans kan mulut diorg neh. Cakap sesedap rasa oren je. Haish..geram betul aku!


Sebenarnya bukan soalan dia yang aku kisahkan. Tapi expresi mukanya.


Dan malam tadi, lelaki yang telah aku kenal selama setahun (walaupun hanya di alam maya), yang aku mula percayainya bukan seperti lelaki lain, telah mula membuktikan dirinya sama sahaja seperti lelaki-lelaki yang maunya hanya satu "itu".


Dan kepercayaan itu telah ku tarik kembali. Ku simpan. Mungkin tidak akan ku keluarkan lagi dalam jangka masa yang lama, sehingga aku benar-benar jumpa seseorang yang pasti, yang mampu menggenggam erat kepercayaan ku buat selamanya.

Friday, December 18, 2009

SALAM MAAL HIJRAH

SAYA INGIN MENGUCAPKAN SALAM MAAL HIJRAH KEPADA SEMUA PEMBACA BLOG SAYA (JIKA ADA) YANG BERAGAMA ISLAM. SEMOGA TAHUN YANG BARU INI MEMBAWA SERIBU RAHMAT KEPADA KITA SEMUA.

Wednesday, December 16, 2009

Hari Tua..

Tanggal 16/12 1986...jam 2 pagi.
Lahirlah seorang budak botak....ngehehe...

gambar kek tahun lepas dr kak nana n kak nurul

Happy birthday to me... dah tua dah cik 'me' neh..huhu... Semoga cik 'me' cepat mendapat kerja, dimurahkan rezeki dah sihat tubuh badan.. Wah!!gitu kan..wish kat diri sendiri muka tembok sungguh la..haha..

Nak wat ucapan sket neh..Syukur alhamdulillah, pada saat ini aku masih bernafas. Thanks utk mama n ayah kerana diorang aku wujud kat muka bumi ni. Walaupun aku ni banyak "hal" tapi aku tau, mama n ayah aku masih berbangga dapat seorang anak yang sangat cukup makan..ngehehe.. itulah kejayaan yang paling besar bagi ibubapa..(kalau mama n ayah aku bace..kompem muntah ijo..)



Thanks sape2 yang wish bday kat saya ek. Semoga anda semua juga dimurahkan rezeki.



Gambar tu kek tahun lepas surprise daripada kak nana dan kak nurul. Tahun ni mungkin takda kek. Wah!!mungkinkan..cam mengharap orang bagi je kan..dasar muka dinding..ahaks..



Tapi saya dapat hadiah birthday lain dari yang lain iaitu.........jeng jeng jeng....


Nasik goreng berperencah paprik Maggi khas dan paksa rela dari adik saya pada pukul 2 pagi...hehehe..korang penah dapat???(ceh riak r plak..)

Dan seperti biasa, setiap tahun bila birthday saya menjelang, mesti saya kena sesuatu. Demam panas sudah, kene sengat lebah pon sudah, iron naik atas kepala pon sudah, dan tahun neh saya kena pedih ulu ati yang menusuk kalbu..aduih..sebab tu aku request nasik goreng kat adik aku..huhu...




dan..



Seperti 4 tahun lepas...di tarikh yang sama, aku rindu padanya..

Walaupun tidak ada apa2 yang boleh dikenangkan padanya pada tarikh ini..

Aku masih rindu dia...

Bukan hari ini sahaja...

Kelmarin, semalam, esok, lusa mungkin selamanya..aku rindu dia...

Dia yang bukan milik aku, mungkin pernah..

tapi kini tidak lagi...

tapi yang pasti..

'TIDAK AKAN'!

Tuesday, December 15, 2009

Permulaan Perkenalan..

Saje nak membebel kat blog ni sat..



90% sebab aku malas nak memulakan perkenalan dalam internet ialah soalan2 Permulaan Perkenalannya.

Dan sebab inilah juga aku amat jarang join chat room Ym. Kalau aku join pon kesudahannya akan menimbulkan kemarahan orang sebab aku yang mula bosan akan cuba mencari keseronokan sendiri dengan menimbulkan kemarahan rakan chat. Kesian kat dia kan...

Bukan sahaja Ym atau MirC, semua la termasuk Myspace, friendster, Tagged, Hi5, Facebook dan macam2 lagi la. Sebab tu kebanyakan akaun aku, aku akan wat private. Tapi ada juga la yang aku layan atas sebab kebosanan itu lah, dan akhirnya hanya mendapat musuh dan seteru.

Soalan yang agak lazim time nak mulakan perkenalan ialah seperti berikut:

"awak asal mana?"

"Owh..puchong... Puchong kat kawasan mane?" (tanya plak.. Nak alamat penoh cakap r kan..)

"umo bape?"

"ade bf tak?"

"owh..nape takde?" (sukatik aku la nak ade bf ke tak kan..)

"Keje ke study?"

"Owh..keje/study kat mane?"

"owh..Mak ayah keje ape?" (pulak dah sampai ke situ)

"adik badik bape org, awk no. bape?"

"ade no.fon tak?" (nak no. fon cakap je la, tanye wat pe, kang kate takde kang tak caye plak)

"leh la bagi leh wat smbg ke..sms ke.."

bila kate tak leh..

"Eleh sombong la tu, jual mahal lak.." (ni memang dah start menimbulkan kemarahan aku kan..)

Ni la antara soklan2 yang aku dapat bila ade orang nak start berkenalan. Rimas btol la. Mungkin sebab itu jugak lah aku masih single sampai sekarang.

Yang aku tak leh blah tanya cam ni "awak dah mamam ke blom?"

Adoiyai..bajet manje la tuh..ish..ish..ish...terbelit usus aku dgr..klo blom mkn trus rase lapo nak kunyah laptop.

Sebenarnya bukan la baru aku dapat benda2 ni..dah lama dah aku wat kajian..tapi baru harini terkeluar kat blog nih..

sape nak buat kajian lebih lanjut..silakan..tak perlu mintak izin aku pon...

Friday, December 11, 2009

Meet my newest friends..

Hi friends!!! Meet my new friends..hehe

Sebenarnya aku tengah rajin nak update blog ni, tapi tak tau nak cerita pasai pa. Alang2 aku tak penah lagi masukkan cite ttg kawan yg berempat neh, jadi aku memutuskan untuk berbuat demikian.


Inilah kawan terbaru aku. Aku jumpa dorang ni masa aku join program Train n Place. Dorang neh memang best sangat2. First day dalam kelas lagi kitorang dah mengecohkan keadaan. Ingat lagi masa beramai2 menyerang ofis untuk mengetahui lebih lanjut ttg program tuh coz most of kitorg tak tahu pape pon pasal program tu. Sebenarnya ada la lagi lain2 rakan termasuk noin, tapi diorg ni la yg tinggal n yg paing rapat dengan aku.


Ini Farra. Dia memang sangat comel dan menjadi 'trainer's pet'. Hahaha.. mengapa aku berkata sedemikian? Kerana, setiap trainers yang masuk mengajar dalam kelas kitorg mesti suka mengusik farra neh. Umo dia sebaya dengan aku. Tapi, dia sudah berpunya ye.. Mat alip nama kekasih hatinya..hikhikhik..

Ini nurul. Dia pula mendapat votes dalam kalangan lelaki. Memang famous dia neh. Mana pegi pon mesti ade la orang yang tergila2 kat dia. Dia pon sebaya aku gak. Sape2 nak berkenalan ngn dia leh lagi kot. Sebab aku pon tak pasti status dia sekarang neh..hehehe..


Ini tirah, ye..nama dia seakan tyra beng yek. Tapi tak serupa. Dia neh ibarat kakak pada kitorang kerana dia tua sikit je dari kitorang. Status dia sekarang neh ialah teman tapi mesreee...harharhar..Kami panggil dia 'anyah'. Dia kenkadang garang. kenkadang same je perangai ngn kitorg...

Ini pulak Emy. Emy ade satu perangai best iaitu, bila gelak susah nak berhenti. Bila sekali dia gelak, dia memerlukan masa lebih kurang 15minit untuk kembali normal. Emy pon sebaya aku gak. Dan yang paling penting, dia single..hehehe..sape2 yg berminat, leh la kontek aku untuk maklumat lanjut.kuikuikui. Emy n anyah adelah sepupu.
Sebenarnya yang buat aku lebih rapat ngn diorg neh adalah, sama2 kuat makan cam aku..hehe.. Tak la..gurau je. Kitorg baru kenal, tapi dah melalui susah senang bersama. Training kat Mas menjadikan kitorg lagi rapat. Dok sebilik berlima. Tolak kereta dalam hujan sama2. Kuat bergosip juga.
Jangan pula ada mana2 pihak yang terasa coz post ni sekadar suka2. Kawan2 aku yang lain pon tetap aku sayang dan aku sentiasa rindu kat korang.






Wednesday, December 9, 2009

tak tido

i am not sleeping yet... i am awake..

i am watching grey's anatomy season 4

i have interview this morning

i have to go out early

i have to be there early

but i can not sleep

am i nervous?

i don't think so

hope everything gonna be ok

i hope i can make it

i hope i can get this one

i really hope for this

i do

no jokes

Monday, December 7, 2009

dulu jerung..sekarang serigala..

Tadi aku tertengok Tv2 cita sharkboy and lava girl.. Dah lama2 aku tengok baru aku perasan rupanya yang berlakon jadi sharkboy itu ialah Taylor. Teruja sekejap la aku tengok. Time kecik pon comey..dah besar pon ensem gak..ahaks..

Karakter yang berbeza antara dua filem iaitu jerung n serigala.


Sharkboy

Jacob


Apa motif aku wat post ni pon aku kurang pasti..yang penting aku hepy, sukatik ayam katik la kan..hmm...

Sunday, December 6, 2009

jom heboh..

Rumah aku dah dekat dah ngn Bkt jalil neh..tp malas btol nak jengok2 kat Jom Heboh tu..

Teringin nak g tu memang ade, bila fikirkan aku akan bersesak2 dengan manusia yg ramai, pancaran matahari yang bersinar2 yg boleh menyebabkan aku migrain , dan juga terpaksa berperang ngan nafsu untuk merabakkan lagi dompet, maka aku batalkan sahaja niat.

Aku p jom heboh ni pon rasanya 2 kali je kot. Masa kat penang dulu, dua hari berturut2 gak aku p sebabnya mak aku keje ngn Solivite mase tu ade wat pameran kat sane. So, aku p sebab nak jumpa mak aku sambil membeli satu beg mister potato.

Kalau agaknya mak aku takde kat situ jangan harap la aku nak p. Tersekat dalam rimbunan manusia kat depan booth power root time ade Dutanya sampai dah buatkan aku serik.

Jadi ape yang aku buat sepanjang ujung minggu neh??? Tido, makan, tgk tv, soping ngn mak aku n menyakat mak aku sepanjang hari. Best tau..hehehehe.. ha, lagi satu mlm tadi aku blaja mende baru iaitu "kelim karipap".

Dah lamo dah eden torai, baru malam tadi menjadi. N mak aku dgn rakusnya meninggalkan aku menghabiskan kerja2 meng'karipap' dan berangkat ke jom heboh dengan adik aku. Ada ka patot..haish!!!

Thursday, December 3, 2009

Tipah tertipu ka? Tipah tipu dia?

Beberapa minggu yang lepas, ada la satu number fon ni telah memiskol aku. Sebenarnya aku ingat dia kol, or kalo mmg dia kol pon aku tak tahu la coz tetiba je ade '1 missed call' kat henpon aku.

Aku pon tanya la sape2 kot la ingat ada kenkawan yg dah tukar no.fon baru ke..ada orang nak panggil interbiu ke...kan. Pastu dia kata nak berkenalan. Bila aku tanya mana dapat no.fon, dia kata no.fon kwn lama dia. Setahu aku no.fon aku neh aku dah pakai since aku kat matriks lagi n aku beli baru punyer....

Pastu aku kata aku tak berminat nak berkenalan ngn dia, dia leh kata "bagus awak ek suka layan orang yang awak tak kenal." Kepala hangguk dia...kalo aku nak layan dah lama la aku tanya menanya segala macam kan. Aku pon tapaham manusia spesis ape ntah dia neh.

Pastu kelmarin dia sms lagi (aku mmg simpan no.fon dia utk kes2 cam ni la). Aku tanya dia sapa sebenarnya, dia kata nama dia sharul. Siapa sharul? sharul yuzi? Shahrukh khan? eh tak same lak..Aku tanya lagi, mane dia dapat no.fon aku, dia kata kwn dia nama rosdi ke rosli ntah bg kat dia sbb kwn dia dpt no.fon aku masa tersalah dial. Hurmmmm..moskel mak..pulak dah kan...

Owh..aku pon kate la kan..bukan aku tamau kawan ngn dia, tapi (memang tamau pon) aku susah nak caye kat manusia zaman sekarang neh. Jadi sebelum tipah tertipu sama dia, bek tipah tipu dia dulu..

Aku pon tanya umo dia, dia kata 22thun, asal mana ntah n keje kat penang. Pastu aku pon dengan gahnya membalas "awk nak ke kawan ngn org tua cam saya neh?" dia pon tanya umo aku bape? "umo sy thun depan dah 30thun, awk tak takot ke kalo tunang sy marah?" (sory la my future fiance who ever u are, krn menggunakan nama anda).

Ye, lakonan tipah pon berjaya, dia kata "oh dah tunang rupanya, sorry la kak ggu."
(lebih kurang gini la coz aku pon dah delete mesej dia tuh).

Haih..macam2 cara nak berkenalan zaman sekarang neh. Mintak maaf la kalo2 org yg berkenaan terbaca blog ni kan.. Bukan tak sudi, dan bukan nak menyombong. Tapi, saya rasa kalo awk jd saya pon susah awak nak percaya kat orang tu kan..hmm...

Anyway..dah lama tak dapat masak..hari ni aku masak banyak lauk...tapi dah tak lalu nak makan..hmm..mama makan lah yek..ngehehe (menunggu kepala diketuk dgn senduk sebentar lagi akibat membazir..)

Wednesday, December 2, 2009

Sesal

Luahan kepada seseorang yang dihormati dan disayangi...

M yang disayangi,

Terima kasih aku ucapkan atas segala-galanya.
Aku bersyukur menjadi milikmu walau hidup dalam kesederhanaan kerana engkaulah kekayaan ku,
Aku tidak dapat meluahkan kata-kata ini terus kepada mu kerana bimbang kau terluka.
Aku tahu engkau tidak akan membaca tetapi cukup sekadar kepuasan hati.

M cahaya ku,

Aku memohon ampun di atas perbuatan ku melukai hatimu selama ini,
Bukan aku tidak mahu menurut kehendakmu,
Tetapi aku punya kemahuan sendiri,
Setelah 23 tahun membesar bersamamu,
Aku tahu apa yang kau aturkan untukku hanyalah untuk kepentingan diri ku,

Kali ini,

Aku minta restu darimu,
Aku mahu benar-benar berdikari,
Aku mahu mencari haluan sendiri,
Mahu mencapai apa yang aku impikan selama ini.

Aku tahu niatmu suci,
Tapi aku juga tahu kemampuan diriku,
Aku tahu kelemahanku,
Aku tahu kekuatanku.

Maafkan aku kerana aku engkau menderita,
Aku berjanji hanya sedikit masa lagi,
Dan aku juga meminta,
Fahami aku...

Sunday, November 29, 2009

AQUARIA

Semalam ayop belanja aku n adik aku p Aquaria. Best sangat dapat tengok ikan besar2. Ada jerung besar, ikan pari besar, ikan keli besar...sumenye besar2 la..

Tapi sayangnya aku hanya nampak ikan2 tersebut sedang berenang2 di dalam periuk2 yang ada kuah kari n masak lemak cili api..nyum2.. Ikan goreng pon ade juga..tak lupa masak sambal.

Moral of the story, jangan masuk aquaria time perot lapar kerana tiada penghayatan yang akan diberikan kepada kehidupan air tersebut.

Saturday, November 28, 2009

Selamat Tinggal KLIA

Sebulan On-job training kat KLIA dah berakhir dah. Barulah aku boleh cerita apa yang aku buat kat KLIA tu selama sebulan. Keje aku agak senang kalau nak dibandingkan dengan keje yang staff M*AS.

Keje aku lebih kepada koyak boarding pass, buat pengumuman berlepas(skali je pon dapat buat), assist penumpang, tunggu kapal sampai, tag bag yg oversized, bukak gate, ngorat crew eh silap..

Keseluruhannya bagi aku keje ni best r, tapi memandangkan aku tidak suka beberapa perkara yg buatkan aku rasa aku tak leh nak sambung keje kat sane. Klau perkara2 tersebut tak timbul mungkin aku masih di KLIA. Sejujurnya, keje macam ni lah yang aku suka. Tak banyak pressure. Selesai 1 tugas dah habis time tu je. Tak perlu nak pk2 banyak. Dok sana pon badan makin naik.

Tapi, perkara yang paling aku suka kat sana ialah...4 dara neh. Aku kenal diorang masa kat tempat training kat kerinchi tu lagi. Tapi yang menariknya, tak sampai sebulan pon kitorng kenal, kitorang dah boleh rapat. Dok sebilik ngn diorang makin buatkan aku kenal diorg dengan lebih dekat. Perangai diorg takde la plak yang menyakitkan hati. Dok ngn diorg ni boleh buatkan aku tergelak memanjang except time aku saki kepala la.

Benda yang paling peliknya kat sana, ada orang kata aku ni jenis pendiam n suka bersendiri. Apakah??? ok adan n ayaq aku tau hangpa tengah dok gelak dgn kenyataan tersebut. Sebenarnya aku menjauhkan diri coz kdg2 if aku rasa sumone tu agak annoying, aku ebih suka menjauhkan diri dari org itu krn lebih baik b4 timbulnya pertengkaran.

Thanks to senior aku yg mengajar aku selama 2 hari utk SNY(aku pon tak tau sny neh stand 4 what..) Ada 4 orang semuanya iaitu Azhani, Ezzatul, Fadhli n Abg Mufaizar or lebih dikenali dgn Roy.

Tak lupa juga kepada junior2, thanks 4 menceriakan 2 mnggu terakhir kami. Zaidi, Ashraf JHR, Ashraf PRK, Firdaus, Meo, Khairul, Anuar, Redha, n juga kepada nama yg tak disebutkan ini, selamat menghabeskan training dengan jayanya.

gambar akan diupload kemudian atas sebab2 internet yg cam *&^%#%^&*.

Tuesday, November 3, 2009

Lari

Hari ini aku berjaya lari setelah 10 hari bergelumang dengan kesibukan KLIA. Merehatkan diri dari kesesakan otak yang tidak berhenti memikirkan tugasan seterusnya. Meregangkan urat dan otot dari berlari mengejar waktu.

Berlari dalam kawasan elit di KLIA itu perkara biasa bagiku dan rakan yang lain. Orang nak pandang pelik?? Ada aku kisah? Yang penting tugas selesai.. Lagi pun ada orang kisah ke? Tak ada.. Jangan risau...

Cewah...skema gile ayat aku neh.. amboi..mesti korang kutuk aku kan???kate "amboi...dok kat klia makin skema plak c adah neh.."haha...

Penat sit keje..patut la mak aku tak bagi aku keje camtuh..
Baru tadi dia bgtau yang dia memang tak suka aku keje situ..walapun aku dah tau dia macam tak rela je aku nak p mase memula dulu.. Tadi dia luahkan dah. Rasa bersalah la plak.. Tapi tak pe..banyak pengalaman aku dapat. Bukan senang nak masuk n merayap kat sane kalau tak p travel. Ni la peluangnya kan. Nak tunggu p travel ntah bila la masanya.

Tapi yang wat hati panas ialah kedai2 duty free nye..bikin hati panas saje...tak gitu ayaq???hahaha.. Aku telah berjaya buat cik ayaq panas hati... Mintak maaf....

Dan tadi juga mak aku telah membuat cadangan yang aku rasakan paling tak bernas untuk masa depan aku iaitu.. Mak aku soh aku jadi cikgu!!!!!!!!!!!!!!!!! Sape pulak la yg meracuni pikiran mak aku yg inesen lagik comey ituh??? mau sahaja ku sula dia...guna payung!!!

k la..malas nak cita panjang.. Maklumla.. keje aku neh banyak PnC tak boleh cita sesuka ati..hehe.. nak p kopek ikan bilis..ngeh2..

tata.. c ya 20 ari yg akan datang..

Sunday, October 11, 2009

Away..

5minggu..


Dalam masa 5 minggu aku akan berada jauh dari rumah (jauh la sgt). Aku akan berangkat ke KLIA mulai esok.

Aku harap praktikal kali ini akan berjalan lancar dan aku harap dapat banyak pengalaman baru. (pehal skema semacam neh??tukar mode!!)

Pada yang tak tahu apa aku akan buat kat KLIA nih, meh sini aku terangkan.

Aku akan buat on job training selama 5minggu untuk jawatan Airport Guest Assistant dengan syarikat vendor MAS. Kerja yang akan aku buat kat sana antaranya seperti menyambut tetamu, buat pengumuman dan sebagainya (dengar cite cmne la, klo len nnt tggu aku amuk pada entri selepas 5mggu). Aku n kengkawan akan bekerjasama dengan MAS.

Jadi, harap2 best, klo tak aku akan kembali ke pangkuan Nusa neh la.

Jadi, klo nmpk aku tetiba on9 facebook/ym tu maybe aku on9 sat kat memane atau kakak aku tgh menkan aku punye farmville or check kan email aku.

Sedih sebenarnya nak tinggalkan rumah dalam kegawatan ekonomi rumah tangga neh. Bukannye ape...takut lemak yang dibina selama ni akan cair dek kerana tak leh survive di luar sane..hehehe..(alasan nak best jerk..)

Friday, October 9, 2009

Maraton

Hari ni aku dah buat maraton... Pakai baju kebaya lak tuh.. Hebat tak aku???

Cerita dia cengginih..

Aku baru balik dr wangsamaju. Makan ngn nazirah kat tempat peberet kitorang. Makan celup-celup. Pas makan kenyang2, aku pon balik la umah.

Nak balik umah aku kene amik bas kat pasar seni, pastu tukar bas lak kat IOI mall utk balik umah aku. Jadi, aku dah bajet dah yg aku akan sampai dlm kol 9 jadi aku sempat la amik bas kol 9.20 camtu sbb bas nak balik umah aku neh sejam satu.

Nak dijadikan cita jalan plak jem macam haram. Kat brickfields tu dah macam ape je kete banyak. Tambah2 dah nak dekat raya neh.

Setelah melalui kesesakan lalu lintas, bas yg aku naik pon dah nak sampai kat destinasi cuma kene lepas lampu isyarat je. Tetiba aku nmpk bas yg aku akan nek kuar dr simpang dan menuju ke tmpt sepatutnya aku nek bas. Dalam hati aku, aku mmg tak sempat la nek bas tu, kene tunggu sejam lagi la jawabnya. Aku pun cam putus asa. Tiba je kat tmpt bas berhenti teitaba aku dapat satu kuasa. Dengan speck yg penuh kabus aircond, aku pun start angkat kain separas betis n start naik tangga. Dengan harapa aku dapat kejar bas tu n balik dengan selamat. Naik tangga terhoyong-hayang. Makin lama makin tinggi aku angkat kain. Naseb baik la kat atas jejantas tu tak ramai orang.

Turun plak jejantas, nasib tak jatuh tersembam, aku masih kontrol ayu, wpun kain dah sampai paras lutut. Aku jalan makin laju n sampai la ke seberang jalan. Fuh, elok je aku sampai, bas tu pun sampai. Fulamak.. tetiba aku bangga ngan diri senirik. Rupanya ada orang perasan aku dok wat maraton td. Aku nek bas je n tengok luar nampak ade org ramai2 cam pandang2 n gelak2. Lantak la, malam ni je pon korang nmpk aku. Janji aku sampai umah cepat.

Thursday, October 8, 2009

Kira

Apa yang aku sedang kira??

Kira hari untuk praktikal di kLia..

Kira duit berapa banyak nak pakai..

Kira hari gak bila alaun nak masuk...

Kira berapa lama duit alaun tu bertahan..

Kira berapa lama lagi nak makan alaun je n bukan gaji tetap..

Kira dosa..(asyik mengumpat je..igt abes usm abes dah la aktvt..huhu)

Kira...

Kira...

Kira...

Sunday, October 4, 2009

Penatnyer....

Harini sehari suntuk aku membelahkan diri dari rumah yg sgt membosankan ini. P melepak di kLcc dengan si adam ahmad. Lama dah aku janji ngn dia neh nak lepak same. Ade je yang terhalang dan menghalang.

Jadi nak sangat lepak kan???ha..dari kol 12tgh ari sampai la kol 8.30 mlm.

Aktiviti yg kami lakukan??? tgk air pancut kat taman kLcc tuh, p makan A&W, tgk wayang, sambung tgk air pancut, jenjalan sekitar taman, gosip2 liar, umpat mengumpat, dan makan lagi dan kemudian bersurai..

Mcam dating la plak kan..jangan risau kepada sesiapa yg ada hati ngn adam tuh silakan ngorat dia...kami hanya kawan..hehehehe..

Badan penat, duit habes, tapi hati senang..ok la tu kan..janji aku tak nyembang ngn dinding hari ni..hehe..

Mari merehatkan diri untuk ke kelas esok pagi..huaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!malasnyer..

Saturday, September 26, 2009

Malas+lazy=penyegan

Aduh...

dah cuti lama neh..malas plak nak start training..

tapi bile dok umah lama kang sibuk je nak p training..

apakah??mengade-ngade je..

Bicara zahir dan batin

Aku baru perasan.. (poyo giler..lama dah perasan sebenarnya)

Aku ada tabiat yang sangat buruk... (baru sedar ker???)

Bila aku tension.. (hari2 pon ko tension)

Aku akan masak.. (tak tension pon ko masak gak..)

Lepas masak aku akan makan... (kalau bukan ko masak pon ko mkn banyak gak..)

Makan tanpa henti.. (tau xpe..)

Macam mana nak berhenti yek??? (dah tabiat satu nyawa...tak bleh berhenti punyer...)

Macam mana nak kurus ni??? (berangan je la...)

**lain di jari..lain di hati...

Friday, September 25, 2009

Arnab itu Rabbit

Aku nak cerita kejadian yang menimpa ke atas dua ekor arnab. Cerita ni berlaku semasa kat kampung. Adik aku yang cerita la bukan aku sebab aku tak balik kampung pun raya tahun ni. Sebab tak balik tu biar aku je la yang tahu.



Adik aku cerita kat aku yang masa raya hari tu, warga kampung aku tu telah menyembelih dua ekor arnab untuk dibuat lauk. Aku punya reaksi... Haaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!!Apakah?????

Kejam sungguh mereka itu. Bagi aku, arnab itu sama seperti kucing atau hamster yang hanya layak dibuat haiwan peliharaan dan bukan untuk dimakan. Agaknya kalau kucing tu takda taring n makan sayur2an je mesti dah banyak ekor yang kene sembelih jadi lauk hari raya.



Kalau aku ada kat kampung mesti aku dah nanges dah dua hari dua malam mengenangkan kesudahan riwayat dua ekor arnab tersebut.



Tapi pada mereka yang memang gemar makan arnab janganla terasa hati atau sakit hati dengan aku. Aku menulis untuk mereka2 yang sama pendapat ngan aku je. Jangan tangkap aku n saman plak. Aku ni orang tak berwang.





Sanggupkah anda sembelih haiwan secomel ini???

Thursday, September 24, 2009

DIET

Macam mana la manusia kat luar sana tu boleh ber'diet'?


Macam mana diorang boleh tolak sepinggang nasi putih panas dan seekor ikan masin goreng siap ada bawang dan cili yang garing..nyum2...

Ruginya hidup kalau tolak...

Anda akan mati dengan 'T'

Wednesday, September 23, 2009

JAHAT SANGATKAH AKU?

KEPADA SEMUA PEMBACA BLOG YANG PERNAH KENAL DENGAN AKU SAMA ADA BARU KENAL ATAUPUN DAH LAMA KENAL, ANDA SEMUA DIALU-ALUKAN UNTUK KOMEN TENTANG SIKAP AKU SELAMA KITA BERKENALAN NI.


ANDA SEMUA DIHARAPKAN MEMBERI KOMEN YANG JUJUR DAN SEIKHLAS HATI. KOMEN YANG BURURK LAGI LAH DIALU-ALUKAN DAN ITU ADALAH TUJUAN SEBENAR AKU.

TUJUAN AKU BUAT MACAM NI ADALAH UNTUK MENGETAHUI KEBENARAN ADAKAH AKU TERLALU JAHAT, SEBAB AKU RASA ADA YANG TAK PUAS HATI DENGAN KEHADIRAN AKU KAT MUKA BUMI MILIK ALLAH NI.

JADI BANTUAN ANDA SEMUA AMATLAH DIHARGAI..

SEKIAN TERIMA KASIH.

P/S: komen anda bolehlah dihantar kepada alamat email yihada_balqis@yahoo.com/yihadabalqis@gmail.com

Tuesday, September 22, 2009

Jejak kasih

Hari ni aku ngan mak aku p sambung episod jejak kasih yang pernah ada kat tv3 dulu. Kami mencari keluarga angkat kami yang dah lebih 15 tahun tak jumpa. Dulu family tu jiran kami masa kami menetap di sungai pelong, selangor. Dah lama dah kitorang cari diorang tapi belum ada rezeki nak jumpa sampai lah tadi...


Mak aku yang bising2 kata dia rasa yang dia akan jumpa diorg neh. Aku pun bagi la semangat sebab aku pun rindu gak kat mama ani neh. Dia memang sangat hepy go lucky orangnya. Masa dulu kitorang memang banyak ditolong oleh beliau.

sebelum kami jumpa family dia, kami p jumpa lagi sebuah family yang juga agak rapat dengan kitorang merangkap jiran kitorang yang juga sangat baik hati. Tapi sedihnya, isteri kepada pak cik itu sudah meninggal dunia. Sangatlah terkilan kerana sangat ridu juga dengan aruah kerana aruah adalah sangat baik. Aruah layan aku ngn kakak aku macam cucu2 dia. Pak cik la yang btau kat mana mama ani tinggal.

Akhirnya kami jumpa rumah mama ani. Sedih juga ceritanya kerana mama ani sudah lama berpisah dengan baba iaitu suami mama ani yang telah berkahwin lain. Agak terkejut juga kerana kami tak sangka baba sebegitu kerana beliau juga adalah sangat baik masa dahulu kala.

Setelah jumpa mama ani kami pun sembang2 la cerita apa yang patut. Dan mungkin mama ani akan datang ke rumah kami khamis ni utuk jumpa ngan anak angkat kesayangannya Si boyot adek aku tuh.

Nak cerita sikit pasal family mama ani nie. Dulu la kan..
Mama ani ngan baba usop sangat lah penyayang. Baba usop jarang nak marah2 n asek wat lawak je. Macam tu jugak dengan mama ani. Mak aku n mama ani memang saling tolong menolong. Nak dijadikan cerita macam mana mama ani ni leh lekat ngn famly aku? Kisahnya sebab mama ani ni teringin nak anak pompuan tapi tak dapat sebab beliau pada masa tuh telah dikurniakah dengan 9 orang anak lelaki (sekarang dah 10 anak lelaki). Yang mak aku pulak masa tu ada 2 orang anak pompuan yang comei (aku n kakak aku). Sebab tu la mama ani nih suka melayan aku n kakak aku n anak2 dia pun suka main ngn kitorang.

Sampai la satu saat mak aku secara tidak dirancang termengandungkan adik aku yang bongsu dan boyot itu. Tetapi mak aku mengharapkan anak lelaki, tetiba lahir2 je kuar la seorang anak pompuan yang sgt boyot dan tembam dan sebagainya.

Jadi kasih sayang pun bertambah la ke keluarga kami dan berkurangan ke atas aku. hehehe..jadi cerita jeles menjeles pun berlaku..

Pastu dalam tahun agak2 1994 macam tu family aku pindah melaka dan kami terputus hubungan...sehingga la hari ini...

Dengar cerita tadi mama ani pon dah jumpa pengganti dia. Jadi aku harap pasni mama ani bahagia setelah pelbagai kisah sedih dan derita yang beliau lalui..


Saturday, September 19, 2009

SELAMAT HARI RAYA

SELAMAT HARI RAYA KEPADA SEMUA YANG RAJIN MENYINGGAH DI BLOG SAYA DAN YANG RAJIN MENINGGALKAN KOMEN. KERANA KOMEN DARI ANDA SEMUALAH SAYA MASIH MENERUSKAN PENULISAN BLOG INI (POYO JER SEBENARNYA.

SAYA INGIN MEMOHON MAAF JIKALAU ADA SALAH DAN SILAP YANG SAYA LAKUKAN TERHADAP ANDA SEMUA. SESUNGGUHNYA SAYA IALAH SEORANG HAMBA YANG DICIPTANYA YANG SENTIASA LUPA DAN ALPA.

AKHIR KATA, SEMOGA BERGEMBIRA DI HARI RAYA.


Thursday, September 17, 2009

Latih & Letak

Untuk makluman semua aku dan noin sedang mengikuti kursus train n place kat Plaza Pantai Kerinchi dibawah Kementerian Sumber Manusia. Kami join dengan syarikat Nusa infotech. Kursus ni selama 3 bulan iaitu 2bulan kelas n sebulan on job kalau tak silap aku la..kalo salah betolkan la.


Kursus yang kitorng amik berkaitan dengan khidmat pelanggan, pemasaran dan jualan dan macam2 lagi la. kitorang dah start join benda ni masuk hari ni dah 6 hari dah la eh..ye ke?? xhengat plak. Dalam kelas kitorang ada 16 orang. 5 kumbang dan selebihnye bunga.

Masa 1st day masuk kelas aku macam takkan jangka la kitorang akan jadi sangat aktif. Mula2 masuk dan macam lama kenal. Tak macam mula2 masuk matriks or usm dulu. Mungkin sebab bilangan yg sedikit n mudah mesra serta jenis manusia yang sangat hepi go lucky.

Stakat ni keseluruhan training ok la..walaupun dia macam ala2 kem motivasi kat sekolah menengah dulu. Tapi dapat kenkawan yang best dan gila2 dah boleh buat hilang kebosanan.

Tu je la yang aku nak cite sebab banyak yang dah lupa.

Kalau ada rezki aku letak la gambar diorg kat sini.

Wednesday, September 16, 2009

Nak cerita panjang

Saya nak cerita panjang. Pasal macam2 benda. Saya mahu cerita tentang train n place yg best.. bukan time ceramah tp time berborak ngn kengkawan baru yang best.


nanti la saya cerita. saya sibuk. cari duit belanja.

Wednesday, September 9, 2009

hati panas lutut gigil




Aku memang hangat hati la dengan orang yang dok satu flat ngn aku neh..dasar jakun siam btol la (xtau la ade ke tak men bantai je..tgh marah neh)

Macam orang baru 1st time jumpa lif, semua benda kalo bleh nak hangkut bawak masok lif. Tak cukup dengan badan sendiri.

Boleh plak bawak motor naik lif. Aku rase kalo motor tu leh tukar jd transformers mesti dia sekeh dah tuan punya moto yang bangang gila tu. Ingat bawak moto depan rumah tak de orang nak curi la?? Kalo dah dasar pencuri tu pandai je dia nak songlap motor korang tu, letak la bawah ketiak sekali pon.

Apsal tanak hangkot sekali lori, kete semua bawak naik lif? Tapi aku rase kalo lif tu besar korang dah bawak dah kan??? Hish..menyirap btol la darah aku neh.

Cuba korang bayangkan mak korang yang tua bangka nak naik tangga. Naik plak tingkat 10 ke 12 ke tak ke sawan mak korang tu kat tingkat 5??? Ade otak letak kat lutut! Mak suruh sekolah jadi beruk panjant pokok. naseb la kalo korang bace neh tak payah la nak terasa sebabnya korang bukan ada perasaan pon!

Kalo aku yang kena naik tangga tu aku tak kesah lagi. Kira ok gak la bleh la mempercepatkan pembakaran lemak kat badan aku neh. Tapi kalo dah sampai mak aku yang kena merangkak naik. Menyirap gak la asid perut aku neh.

Tak payah la aku bagi tau aku dok mana. Tapi sape yg bace neh n ade buat perangai macam kongkang afrika tuh, silalah bertaubat. Buatnya tetiba korang sakit nak panggil ambulan pastu lif rosak, korang jangan la palk nak maki penyelenggara. Korang senirik je la terjun dari tingkat korang duduk tu. Orang ambulan tu harap2 la tak sudi nak bawak korang turun bila nmpk moto korang kat depan rumah.

Sudah aku nak tdo sakit lutut!!

kucing pon tau adab naik lif!!

Tuesday, September 8, 2009

Puding Roti bakar terbakar..

Niat untuk memakan puding roti bakar terbantut setelah puding tersebut terbakar..hahahaha..


xla terbakar sgt..masih boleh dimakan lagi la belah bawahnya kot...kenapakah 'kot'? sebab aku tak rasa lagi..baru kol 3.30 ni kan..ish..ish..ish...

nak tunjuk gmbr nya kat blog ni pon segan..nnt la aku buat laen baru aku tunjuk k...

***harini ntah kenapa apa yang aku buat semua tak menjadi. nak buat puding roti, hangus plak belah atas. Nak tutup suis oven tertutup suis periuk nasi. Tu yg hangus tu. Nak panaskan daging bakar semalam trus hangus terbakar jugak. Nak on mesin basuh aku p tutup api daging yg tengah rebus. patut la mesin basuh tu tak gerak2 dari 2jam yang lepas. Nak letak gula atas puding roti, terletak garam. Naseb baik tak banyak..kalau tak, ke tong sampah la jawabnya.


Malang sungguh naseb ini hari..tapi tak pa la..mungkin ada hikmah di sebaliknya dan mungkin ada silap yang aku buat yg aku tak sedar. Allah nak balas balik la tu..huhuhu..

Monday, September 7, 2009

Usaha terbalas..

Selangkah lagi, aku akan memulakan hari yang baru...


Gelaran kini mungkin akan bertukar...

Pandangan orang lain juga mungkin akan berubah...

Sunday, September 6, 2009

tak logik

Siang tadi aku telah terpaksa lepaskan niat nak tengok hindustan sebab kakak aku ajak teman dia p cari kasut kerja sebab semalam kasut dia patah tumit. Jadi setelah bersiap ala kadar dan perjalanan yg hanya mengambil masa 20mnt menaiki bas, kami pun sampai la di Jusco IOImall.


Aku pun masuk la jusco n banyak la aku nampak pasangan yang dok berkepit. Dah kawen ke belum aku tak pasti la kan..takkan nak tanya kot. Aku pun jalan dengan gaya aku la kan. Pastu tetiba dimulai dengan satu awek ni jalan ngn balak/hubby dia dia tengok aku ala2 jelingan maut gitu dan terus memeluk lengan balak/hubby nya itu. Aku pun check la mata aku kot2 terkenyit kat balak dia ka.. Takde la pulak. Pastu lalu pasangan kedua. Reaksinya juga sama. Ish..aku tak sedap ati dah neh. Check suar, kemas je aku zip. Tengok baju plak. Ok je..takde la jarang "sangat".

Lalu pulak pasangan ketiga. Alamak! sama jugak. Apsal mereka rasa tergugat ngan aku??? Nak kata cun, sikit tu adalah. Nak kata body power tu..ish..buta la kot sapa yg kata mcm tu. Ala2 jenifer lopez tu mmg ada tp time dia kene overweight la kot..iSh..tak buleh jadi..aku pun jalan menunduk dan tak nampk dah jika ada lagi pasangan yg berkelakuan sedemikian rupa.

Kepada mereka2 itu..jangan risau..saya bukan perampas balak org walaupun kayu balak mahal harganya. Saya juga tidak akan mengorat secara terbuka. N bukan taste saya lelaki kurus(sebab ketiga2 balaks mereka itu sgt la kurus n kurang tinggi)..huhu..maafla jika ada yg terasa..harharhar..

Aku rasa kejadian ini juga pernah terjadi pada cik tyrah bengs..(kalo tirah kene logik gak r..aku neh???)

Saturday, September 5, 2009

iklan raya

Mesti korang ingat aku nak letak video iklan raya kat sini kan??? Tak la..jangan salah faham..hehehe

aku cuma nak imbas kenangan dulu je..

sekarang ni dah mula ada iklan raya kat tv kan? Tapi macam tak berapa best la..iklan dulu2 best kan?kan?kan? sape setuju angkat kaki kiri setegak mungkin...

Tapi aku nak cerita pasal iklan merdeka..hahahaha..jauh tol beza ngn tajuk..

Masa aku form 4 dulu aku p ikot kakak aku n kawan dia jenjalan kat Melaka kat tempat2 bersejarah sane tu.. Tetiba ada la datang beberapa rang yang mintak tolong kakak aku join diorg nak buat iklan ala2 temu ramah tu.. Pastu kakak aku pun setuju la coz dapat rm20 mase tu. Dah kira lumayan la tu kan...hehe..

Pastu dia tanya la kakak aku soklan2 yang perlu. Aku tengok dari jauh je coz malas nak mencapap. Sebulan lepas tu mula la tayang iklan merdeka kat tv. Pastu ade la iklan pasal kibarkan jalur gemilang neh. Soklan dia aku tak ingat sangat lebih kurang macam ni la. "kenapa orang tak nak kibarkan jalur gemilang?" Tak pasti betul ke tidak tapi lebih kurang macam tu la. Pastu yang dalam iklan tu kakak aku telanh dengan bangganya menjawab "untuk orang tua2 je la" pastu kitorang pon ape lagi. Gelak gila2 la.. Pastu dia kata rasanya mase interview tu org tu tnya lai. Betul ke tidak aku pun tak tau la sebab aku tak dengar pon.

Pastu yang jadi kemuncak kakak aku begang gila mase kuar kat majalah ujang kot. Kartun tu guna ayat kakak aku untuk soklan pasal semayang terawikh kot. Mengamuk sakan la kakak aku neh..hahaha..

Bila time nak raye n merdeka je kitorng mesti ungkit balik iklan tuh..hahaha..kesian kat dia bengang jer..

Saturday, August 29, 2009

ilham...

Sebelum mula pape aku nak bersyukur kepada Allah sebab ayah aku dah dbenarkan keluar wad.

Baiklah, berbalik kepada tajuk.... Harini aku dah dapat ilham apabila p interview. Ilham ini dipetik dari ntv7, tajuk citanya tadi aku tak ingat ape.

Kisahnya ala2 gini la, skrip pon tak la 100% same..

Ada sorang mamat ni p interview untuk jawatan customer service executive. Setelah menjawab soalan2 yang diberikan sampailah ke akhir sesi interview. Penemuduga pon kate la..."baiklah encik, kami akan menghubungi encik untuk keputusan interview ni." Lebih kurang macam ni la tak la same pon ayat dia.

calon: Macam ni la tuan, saya dah 6bulan cari keje kat kL ni, dan saya dah bosan dengan jawapan yang sama yang diberikan. Sekarang saya nak tau saya dapat ke tidak keje nih?

Penemuduga: Tak

Calon: (bangun sambil menolak kerusi ke tepi dan berjalan mundar-mandir sambil berkata) Orang macam ni lah yang tak mahu memberi peluang kepada penganggur dan graduan untuk menimba pengalaman. Sedarlah tuan.

Penemuduga: (tercengang)

Aku rasa, aku pun satu hari nanti bila sampai minyak kat hujung kepala mau gak situasi neh terjadi...huhu..dilema btolla skrg..

Mogok hari ini menjadi kerana dapat makan pizza semasa waktu berbuka tadi dan pelbagai jenis makanan yang lain..ngehehehe..leh wat selalu neh.

Friday, August 28, 2009

hari ini dan semalam

Semalam sangat letih. Sejam lebih dalam bas. Bergayut macam beruk mak yeh bak kata kema. Lengan dah keras. Kaki kebas. Bersesak-sesak dalm bas dengan bermacam2 kaum. 1 Malaysia la katakan. Yang paling aku pantang dengar budak menangis. Ya ampunnnn!!!!


Jadi, oleh kerana sangat letih dan hari juga sudah lewat. Keputusan telah dibuat untuk berbuka di luar sahaja. Makan kfc dengan adik aku. Sebelum tu p tolet sat n aku rasa macam nak menjeriiiiiiiiiiiiiiitttttttttttttt!!!!!!!!!!!!!!! Lagi sejam nak berbuka hokey!!! awat la xbleh tunggu..huhuhu... Tau2 aje orang yg bagi laurier free kat pudu raya tadi..huhuhu..

Sementara tunggu adik beratur beli makanan, aku nampak makhluk ciptaan Allah yang sangat handsome!!!!!!!!!!!!!ooohhh...aku tersangat la suka melihat wajahnyer..hehehe.. Ciptaan Allah memang sangat mengagumkan..Subhanallah. Aku hanya mampu melihat.

Sedang menikmati juadah berbuka beserta melihat keindahan ciptaan Allah itu, tetiba... Plup!! lampu kat kfc tu terpadam...hehehe..Allah marah aku renung dia lama2 kot. Tapi oleh kerana hanya kfc sahaja yg terpadam di luar masih cerah, jadi semua manusia yang kelaparan pun hanya makan dan tidak mengendahkan situasi tersebut. 1 minit kemudian restoran itu kembali terang. Ok2 tamau renung dah..hehehe..

Hari ini, aku bagai mahu menghembuskan nafas yang terakhir. Sakit pinggang, sakit perut, lenguh kaki, kejang urat dan sebagainya. Semua bercampur menjadi 1. Aku hanya mampu terbaring dan berselimut kerana kesejukan mampu membunuhku di kala itu. Tapi saya tidak mahu mengeluh cuma bersyukur kerana kesakitan itu telah menghapus dosa-dosa kecil saya yang berlambak itu. Sebab tu dalam cerita upin dan ipin kak ros ada kata.."Allah sayang orang perempuan lebih.." hehehe..

Wednesday, August 26, 2009

Dugaan hari ke-5 puasa

Agak2 dalam kol 4 tadi aku dgn adik aku dgn konfidennye bersiap2 nak beli la ape yang patut untuk dimasak dan dijadikan juadah berbuka puasa hari ini. Siap mandi dan berwangi2an lagi.
Setelah memastikan rumah dalam keadaan selamat dr pencuri tegar. Aku pun berlari menuju ke pintu lif dan menekan butang. "Keting" bunyi lif...tapi pintunya tak terbuka. "keting" bunyi lagi. Tapi pintu tak jugak terbuka. Aku tekan lagi butang "keting" "gedeng!!gedeng!!" ish makin kuat pulak bunyinye. Marah la tu.

Ok2 itu dah tentu2nya pintu lif rosak. Aku n adik aku pon dengan tak relanya trun la melalui tangga demi mendapatkan juadah berbuka. Siap beli lauk semua. Aku n adik pun berharap agak lif dan kembali pulih. Tekan punye tekan. Tak jugak bukak. Tanpa rela juga, kami menaiki tangga. Tingkat 1...ok lagi. Tingkat 2,3,dan 4 steady lagi. Masuk tingkat 6, lutut aku macam kekurangan pelincir. Tingkat 7, jantung dah tak boleh nak kawal emosi. Tingkat 8, semua lemak semakin mengeras dan menyukarkan pergerakan. Tingkat 9, asid2 perut semakin galak merembeskan gasnya. Sampai tingkat 10, aku rasa dah aku macam kat alam lain.

Bukak pintu n terus tumbang..."aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....!!!!" aku dah xmampu bergerak!!!
Kaki aku dah hilang upaya!!! Tidak!!!! aku bergelar OKU!!!

Tapi, mengenangkan perot yang lapo, aku gagahkan juga diri masak apa yang telah dibeli. Siap la jugak ikan tongkol masak taucu ngn kangkong goreng belacan. Aduhai..nampaknya aku kena selalu eksesais untuk mengelakkan aku menghidap strok apabila lif buat perangai lagi...

**bulan puasa kali ini aku sangat la gian dengan kuih pelita limas..n aku bercadang nak buat sendiri esok..hehe..**

Tuesday, August 25, 2009

Juadah berbuka 2

kali ni aku nak cerita juadah berbuka semalam ngn arini.

Semalam aku kuar p IOImall ngn adek aku. Kononnya dia nak blanja aku berbuka mkn kfc. Maklumla kan...student lagi kaya dr penganggur...hehehe

jalan punya jalan, aku rasa kaki aku dah tak mampu nak teruskan lagi. Masa tu aku tengok jam ada 3 jam lagi nak berbuka. Nak tengok wayang macam segan je sebab time aku ngan adek aku try tgk tu ade satu kaum je kat situ. Ramai2 plak tu. Aku ngan adik aku tak jadi tengok takot depa dah sewa satu panggung tu kan. pastu aku ngan adek aku memilih untuk balik rumah. Lagipon mak aku keje malam. mesti takda sapa nak masakkan untuk dia.

So, sampai kat kawasan rumah aku ngan adik aku p je la kedai pakistan kat kawasan flat kitorang tu beli lauk sket. Dan hasilnya semalam kami berbuka lauk ayam gorang tepung, sotong masak sambal ngan sayur sawi pendek masak sos tiram. Pastu ada la "sedikit" kuih-muih.

Kesian adik aku coz cita2 dia tak kesampaian.

hari ni palk kami berbuka berdua je. Aku malas masak banyak tu pun tak habes pon. Masak pun guna bahan sedia ada. Ayam goreng semalam n nasi lebihan sahur. Aku masak la nasi goreng ayam. Tapi tak berusik sgt pon coz aku ngn adek aku dah bli bihun sup kat bazar yg tak berapa byk gerai ni ha..

Sunday, August 23, 2009

juadah berbuka

Ingat masa time sekolah dulu. Masa bulan puasa. Bila waktu cikgu tak masuk kelas, aku ngn geng2 aku akan berkumpul ramai2 pastu cerita pasal juadah berbuka... Pastu mula la cerita tentang perihal keluarga masing2 n makanan kegemaran masing2 waktu berbuka.


Oleh kerana aku tak ada orang nak bercerita ngan aku kat rumah ni, maka aku luahkan sahaja pada blog yg hensem ini.

Waktu berbuka semalam aku berbuka lauk ayam percik yang tak berapa menjadi, bukan "tak berapa" tapi memang tak jadi pon. Ni semua mak aku punya arahan la. Aku pun dok pulun la kat dapur sensorg merealisasikan impian mak aku yang dah tak larat nak bergerak akibat kerja shift malam. Pulun2 punya pulun, hasil nya telah menjadi seperti ayam bakar kuah lemak cili api. Hahahaha..lawak sungguh. Pastu air plak ayop mengidam soya cincau, pastu aku buat la gak air teh sabah... Pastu nasi plak aku wat nasi goreng je sbb nasi untuk sahur tu banyak lebih coz aku ngn ayop pepagi buta dah keluar p sahur roti canai telur.


Hari ni plak aku dah siap masak sume dah, coz rumah aku takde peti sejuk. Jadi, beli lauk kena masak siap2 la kalau tak, jadi pekasam la semua. Menu aku hari ni ada 3 je, cukup la kan...
Aku masak gulai lemak cili padi perut lembu dengan ikan cencaru sumbat. Sebab terpilihnya menu hari ini adalah kerana aku ngan ayop agak muak makan ayam percik yang tak menjadi semalam, jadi kami menghindari ayam. Kononnya nak bakar siakap, tapi ikan plak tak elok. Nka buat udang tumis petai plak udangnya mcm tak menyelerakan n kecik je. Patu untuk sayur sat lagi baru aku nak buat terung goreng sambal. Hmmm..agak kecewa la pergi pasaraya gergasi itu kerana lauk semua tak fresh dan tak banyak pilihan..Aku dah la teringin nak makan sup kaki ayam neh...

Saturday, August 22, 2009

bulan ramadan

Saya ingin mengucapkan selamat berposa dan selamat menyambut bulan ramadan yang penuh dengan nikmat ni kepada semua kenkawan saya, saudara-mara serta sesiapa saje yang sudi singgah di blog ini. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita dan murahkan rezeki setiap umatNya.


"semoga ramadan kali ini lebih baik dr yang sebelumnya"

dan juge...

"semoga saye mendapat kerja..hehe.."

Friday, August 21, 2009

kering

apakah kesudahan hidup aku yek?


adakah aku akan menjadi penganggur kehormat dalam jangka masa yang panjang sekali gus menjadi beban kepada semua orang?

mungkin belum cukup usaha ku, aku akan berusaha lagi..yeah!!!

bosan betol hidup aku 2 hari ni...

Tuesday, August 18, 2009

gambo konvo

ni le gmbr2 yang ade kat aku mase konvo ari tu. selebihnya aku banyak menyibuk kat kamera orang..hehehe

maklum la aku tak bwk "kameraman" seperti yg len. Bawak family pon tak nak bergerak menikmati keindahan usm neh. jadi aku terpaksa redha je la..huhu










bile tgk2 balik cam jd cacat je muke sume org dalam gambar neh..nape yek??kecik sgt kot gmbar neh..maaf la ye..hehe






pastu kalau korang perasan gambr yg ade ni jugak sebahagiannye aku cilok kat facebook..hahahaha..maaf la ye kenkawan..hehehe..

k la sesape yang ade gmbr aku terselit kat kamera korang sila2 la sedekah kat aku yek..hehe..

biase la penganggur mane mampu nak bayar..hehe

Monday, August 17, 2009

hari ini

penatnyer...hari ni seharian aku merayau seorang diri..

baru aku tau aku ni dah boleh berdikari..hehehe...

walaupun penat tp best rasenya dapat jenjalan seorang diri melihat gelagat manusia yang pelbagai. Dah lama tak makan yoshinoya. Tadi aku lepaskan kempunan. Dah lama dah dah aku mengidam tapi tak kesampaian. Duduk seorang diri sambil makan japanese food sambil memandang pemandangan luar klcc memang sangat menakjubkan...

Ingat tadi nak tengok wayang. Tapi bila aku berdiri je kat depan kaunter je orang kaunter tu dah pandang aku lain macam je. Atas bawah atas bawah aku pon naik menyampah. Salah ke kalau aku nak tengok wayang sensorang???hishh!!!

Minggu konvokesyen yang ditunggu dah pun tamat. Semua kenkawan aku dah bergelar graduan. Tahniah korang. Hope pasni ape yg korang rancang n buat akan menjadi. Doakan la juga aku kat sini. Nak jumpa lagi memang susah dah.

Gambar konvo? nanti2 la aku tade mood nak upload memandang hari bersejarah bukan la sesuatu yang menggembirakan bagi aku.

Friday, August 7, 2009

3 rasa

hari ni ade 3 jenis perasaan dalam diri aku...

mari kita mulakan dengan gembira...

Yeay!!!!!!!!!!!!! esok saya akan menjejakkan kaki lagi ke penang..

kenapa saya suka penang???
sebab kat sana ada ramai kawan yang comel2 lagi baik hati...

kenapa saya suka penang??
sebab kat sane ade biawak!!!erk???

kenapa saya suka penang??
sebab die best!!!

ye beralih pula dengan perasaan menyampah..

helloooo!!!! pasal ko tak suka penjaga ko bwk anak ko jenjalan ko amik anak ko pastu ko nak soh aku jage..bile aku menghilangkan diri ko buat muka lak ngan aku.. WTH!!!

pandai buat pandai la jage!!ha..kan aku dah ckp kasar dah neh..


perasaan seterusnya nebes...

Saya sgt nebes kali ini..sebelum2 ni tak pulak..

Adakah mungkin saya akan berjaya kali ini, atau saya bakal di hamun seperti tempoh hari?
papehal pon saya dah mula bersedia menghadapi apa jua kemungkinan. Saya sedang berusaha memperbaiki kelemahan saya sebelum saya melangkah ke sana. Saya harap usaha saya kali ini berhasil. Saya sudah lama menantikan keajaiban berlaku dalam hidup saya.

Walau bagaimanapun, segala keputusan atau ketentuan saya terima dengan hati yang terbuka dan redha kerana saya percaya bahawa, kita hanya mampu merancang dan berusaha, tetapi segalanya ditentukan oleh Nya.

Saya juga bersyukur dengan segala ujian yang telah saya terima dari Nya kerana semua itu telah menjadikan saya seorang hambaNya yang lebih tabah dan kuat.


sekian...

Wednesday, August 5, 2009

WTH!!!!!!!!!!!!!!!


memang aku sengaja!!! apsal??xpuas ati??


sebab aku menyampah dengan ko!dengan mulut ko yang agaknya ko dah cover dengan insurans sebab tu ko boleh cakap suka hati ko je apa yang ko nak cakap!

anak ko pon dah ikot jejak ko tu!

jangan sampai satu hari nanti anak ko kena pukul pasal mulut celupar!!

ko ingat aku kesah sangat ko taknak tegur aku??buat muka masam cam cencalok?? pigidah!!!aku dah lama hilang respect aku dengan ko!!!

bila aku ada depan mata ko, ko tak nak tego aku plak! bila aku tengah jalan ko terjerit2 panggil aku, macam orang gile aku melilau cari ko, pastu ko takde!

perangai lagi sikit nak sama macam firaun!

pastu ko nak masam2 muka ngan aku depan anak ko! elok la tu!

Tuesday, August 4, 2009

kameraman yg sgt Hot


Saya sangat suka Nigel Barker. Dia ialah seorang kameraman yg sagt hot. Sebab tu la sy suka ANTM sbb dia je sebenarnye..hahaha...







hmmm....sebenarnya aku dah takde idea nak berblog.. almaklumla dok umah je 24jam
takde bende yg menarik pon yang berlaku selain aku sedang berusaha mengganti pose..hehehe..

weh..kenkawan aku akan ke penaaaaaaaaaaaaaaannnnnnggggggg!!!!!!!!!!!!xsabo dah rasenye..kalau ikotkan ati nak aje aku gerak malam ni jugak.. tapi memikirkan tanak menyusahkan orang n duit pon tak berapa nak ada..aku gagahkan la jugak bertahan..

Thursday, July 30, 2009

Orang kata...


Orang kata...


Sebelum cakap fikir dulu... Tapi, pernah ke orang lain fikir dulu sebelum cakap dengan kita?


Orang kata...


Hidup jangan menyusahkan orang lain... Tapi macam mana ngan orang lain yang hidup menyusahkan kita?
gambar amik kat tenet..

Orang kata...


Hidup dalam dunia ni, kena hormat pada orang lain... Tapi macam mana plak dengan orang yang hidup tak tahu nak hormat kita?


Orang kata...


Hidup jangan suka jaga tepi kain orang... Tapi macam mana plak ngn orang yang hidupnya suka jaga tepi kain kita?


Orang kata...


Hidup kena bertolak ansur... Tapi macam mana plak ngn orang yang hidupnya tak reti nak bertolak ansur ngan kita?


Orang kata...


Hormat pada keputusan orang lain dan terima dengan hati yang terbuka... Tapi macam mana plak dengan orang yang tak pernah nak hormat keputusan kita dan terima dengan hati yang terbuka?


dan macam2 macam lagi la orang kata...


Sebenarnya hidup dalam dunia ni kalau asyik nak dengan cakap orang je tak boleh jugak. Yang penting kita kena bijak dalam mengimbangi segala hal serta kena pandai menilai. Tak semua benda yang busuk tu kita tak boleh makan... dan tak semua benda yang wangi tu boleh kita telan.


Wednesday, July 29, 2009

wajah baru

Kalau korang nak cari blog manusia yg digelar "adah", memang betol dah la tuh. Saje tukar wajah. Bagi mood naik sikit. Alang2 jadi burung hantu neh bek wat bende yang berpekdah nih(berpekdah ker???)


Hmmm...hope enjoy la pembaharuan page ni, and sesiapa yang mata tak selesa dengan page ini saya mintak maaf bebanyak. Sudah tiba masanya ku hanya memikirkan diri sendiri (tade kene mengena ngn page baru rasanya).

Tuesday, July 28, 2009

takdirNya ku terima

Hidup...


Apa yang kita harapkan dari kehidupan yang kita lalui selama ini di atas muka bumi yang hanya dipinjamkan kepada kita?

Harapan...

Setiap manusia mempunyai harapan. Bagi mencapai apa yang diharapkan. Kita berusaha. Tapi adakah apa yang kita harapkan itu akan kita perolehi? "Jangan terlalu mengharap." Mengapa kita tidak boleh terlalu mengharap? Kerana kadang-kala apa yang kita rancang dan apa yang kita harapkan hanya terus menjadi harapan. Ada yang kata, hidup kita telah ditentukan. Memang betul. Tunggu sahaja apa yang bakal hadir. Tapi bolehkah kita hanya menganga mulut menunggu apa sahaja yang disuap tanpa menilai apa yang masuk ke dalam mulut kita?

Menyerah...

Setelah ujian yang datang bertimpa-timpa dari Nya bolehkah kita menyerah kalah? Mungkin kita akhirnya akan dilaknat kerana mengganggap ujian dari Nya itu sebagai bala sedangkan ganjaran yang sangat besar menunggu kita apabila kita berjaya mengharungi ujian yang datang dengan tabah serat yakin bahawa ujian tersebut adalah untuk menjadikan diri kita lebih kuat.

Bersyukur...

Kita sentiasa mengeluh apabila musibah datang melanda diri kita. Tapi pernahkah kita hitung berapa banyak kita bersyukur apabila Dia mengurniakan sesuatu buat kita? Walau sebesar zarah sekalipun rasa gembira wujud dalam diri kita, kita harus bersyukur dengan kegembiraan yang datang dari Nya.

Monday, July 27, 2009

sketsa yg menyiksa

satu hari aku tengah dok men game kat facebook yg berkebun tu kan..

pastu mak haku pon nampak la..

mak aku pon tanya la..."wat pe tu?"

"berkebun..tgk ha ni mcm2 kakda tanam.. ade karet, labu, terung mcm2 la.." jawabku teruja.

"hmmm..kalau tanam kat kebun betul2 takpe gak..dapat la hasil..." ujar mak ku selamba..

"sob..sob..." aku kesedihan. Terasa la plak...


**I'm addicted to coffee. Seyes..sehari tak minum bagai sebulan lamanya.. Mengapakah kopi sgt sedap. Baunye yg harum...rasanya yg sgt luar biasa..

p/s: bagi pesakit darah tinggi, sila jangan amalkan ini kerana anda akan terasa seperti berada dalam donia kedua...

***saya tidak tahu berapa tahap gula dan kolestrol dalam badan saya kerana saya telah menghabiskan dua tin susu pekat manis dalam masa seminggu. tu belom termasuk pengambilan gula tebu dalam setiap cawan air yg saye minum dan juga pengambilan nasi yang telah melebihi had yang disyorkan oleh pakar2 kesihatan sedonia.

ya! anda mungkin tdk mengenali saya bila memandang saya hanya sekali. silalah pandang untuk kali kedua jika anda rasa seseorang itu seperti saya. (walaupun ada 7 org yg rupanya sama dalam dunia ni)

Tuesday, July 21, 2009

awalnye..bermonolog sedirian..

awalnya saye bangun arini..n awalnya saya on9 dan rajin pulak saye update blog.


Kisahnya begini. saya boleh dapat update blog seawal ini sebab malam tadi saye dok sengsorang je kat umah. Apa pulak kena mengena dok sorang kat umah dengan mengupdate blog di awal pagi?
Begini ceritanya, mak saya kerja malam dan kakak saya plak keje petang n arini pulak kakak saya keje pagi jadi dia tdo kat hotel je sbb esok pepagi buta tade sape nak anta dia p keje. pastu kakak saya meninggalkan broadband nya di rumah.

abes tu pepagi nih dah update pasai pa?

ish nanti dulu la..nak cita la ni...

sekarang ni saya di rumah berada dengan seorang abang comey yang sedang membetulkan paip kat umah aku nih. berduaan saje. kalau naseb tak bek kene tangkap shower plak aku ngn dia. tapi jgn risau kenkawan, iman saya masih kuat hehehe...lagipon saya bukak pintu luas2..mak saya plak lambatnye sampai umah..

awalnya betulkan paip..berdedikasi sungguh abang comey itew(cakap ala2 noin)...

haah kan.... bukan la..dia ade lagi rumah nak p...

waaa....kencang gak job dia kan..mesti duit pon banyak kan...

lantak dia la duit dia nak banyak ke..sikit ke...dulik!!!!

pe lagi ngorat la dia...

jangan ngengade not my taste okay....kelengkung!!!!(sekeh pale sendiri)

*cerita ini adalah rekaan semata2 untuk menyedapkan jalan cerita. cerita sebenar diwarnakan dengan warna merah*

Monday, July 20, 2009

hidup lagi


sekarang ni memang takde mood lansung nak update blog. dengan tekanan hidup yg aku hadapi. dengan perangai orang sekeliling lagi menjadikan aku rasa kepala otak aku dah jd macam semangkuk abc(gmbr amik kat tenet) yg penuh dengan kekacang yang dibiarkan sahaja dan menunggu masa untuk melimpah bila ais nye sume cair.


ari tu kan...

aku nmpk dynaz ngn naz(ghost) selisih ngn kete ayop kat depan stadium BJ (bukit jalil). mase tu kan ade shout awards. walaupun umah aku dekat ngn stadium aku mmg tade rase nak p pon. aku bukan minat nak bersesak2 ngn orang ramai neh. naz dengan muka sgt cuak memandu, mungkin dah lmbt kot. tapi dia tersangat la ensem bila tgk live. rasa nak hulur tangan je kuar kete nak salam ngn dia. tapi takot plak aku silap2 putus plak tangan aku wpun aku tau ruang antara kete ayop ngn kete dia sgt dekat.

dynaz plak dengan make-up nye yg sgt cun tersangat hepi mukanya semasa memandu wpun jalan sesak bagai nak rak. steady sungguh dah lmbt n jalan jam gile pon siap leh gelak2 ngn org sebelah dia lagi sambil mencilok2..

sekarang mood aku memangla tersangat tak stabil. aku boleh jadi marah dalam sekelip mata n ketawa dalam sekelip mata. sebabnya aku tersangatla benci bila orang kata aku tak cuba nak cr keje. orang yang kata tu tak tahu betapa gilanya ak p interview. tak caya tanya noin. yg p sendiri pon ade. ade sekali tu aku meredah kL sensorng diri p intrvw. tapi masalahnya....

belum rezeki kompeni tu nak dapatkan aku!!!

nak kata aku tak apply gne internet??? melampau sangat ye... aku apply ape yg ade...bank??? sume bank kat mesia ni aku mntk. tV stesen??? media prima??astro??? ape lagi?? rtm??? lagi?? tmpt2 lain pon ade.. air asia? malaysia airline???bernama? ape lagi...terlalu banyak sampai aku tak igt.. yg pos blom kira lagi. dah banyak dah duit habis p intervw sume. tapi seperti yg aku kata tadi la kan...

belum rezeki kompeni tu nak dapatkan aku!!!

aku sangat sedih bila orang kata aku memilih kerja. bukan sedih. marah sebenarnya. aku blom nak apply jd GRO je lagi. jgn smpai aku tak nak bercakap ngn korang yg sesuka ati kate aku nih mmg sengaja tak nak cr keje n sume goyang kaki kat umah. korng pon bakal ade anak. renung-renungkanlah dan selamat beramal!


wpun aku tau aku bukan la kegemaran sume orang, aku just nak bagi tau aku tak benci sesiapa...from now on..

Saturday, July 11, 2009

rindu

rindu nak update blog. tapi nak wat mcm mane. penganggur tu wat la cara penganggur kan..


nak p cc tade duit. nak pinjam broadband kene tunggu la time org tak gune. ape yang berlaku dalam hidup aku selama aku menghilang ni? banyaaaakkkk....

1. ade majlis perkahwinan org yang tersayang...

***Minggu ni ialah minggu aku dalam kemurungan. Aku cepat sangat tersentuh. Kehadiran insan baru dalam keluarga aku menjadikan aku semakin hilang arah. Aku terpaksa terima dengan hati yang terbuka walaupun sangat pahit untuk aku telan. Aku pernah dengar ada penceramah di tv kata “bukan semua benda manis harus kita telan dan bukan semua benda yang pahit kita kena luah.” Jadi aku terima dengan hati yang terbuka dan mengharap agar yang pahit itu benar-benar menjadi penawar suatu hari nanti.

Aku tak marah. Tapi kecewa. “Kita hanya mampu merancang, hanya Allah yang tentukan.” Walaupun, aku hanya mampu melihat impian aku terkubur begitu sahaja, tapi aku akur. Akur dengan ketentuan-Nya dengan mengharap supaya langit aku yang sentiasa mendung akan cerah suatu hari nanti. Terpaksa aku akui ujian di pentas dunia lebih hebat dari dalam dewan peperiksaan. Dan aku harap ujian demi ujian yang telah aku lalui ini akan memberikan kepuasan yang lebih hebat dari menerima segulung ijazah. Aku akan terus tunggu, dan tunggu. Masa itu akan tiba. Pasti tiba. Aku percaya dan yakin bahawa Allah itu maha adil. ***


2. menghadiri bermacam-macam interview sama ada terbuka n tertutup..

3. tengok bapak kat sepital...

4. dapat contact lens free...

5. nampak pelakon dan kartunis imuda makan kat kedai mamak...

6. nampak ikin(mawi) secara live...

7. makan gula2 yang berharga rm4.90 satu...

8. p klcc dua kali dalam seminggu...

9. tgk transformer...

dan macam2 lagi la yang tak perlu dinyatakan di sini..

Saturday, June 20, 2009

buruk akibatnya..

semalam sibuk makan..makan..n makan..

arini sibuk ke toilet..toilet..n toilet..

aduh..sakit perut aku...

pasni puasa plak..

huhu..

ganti mana yg patut..hehehe...

baju raya dah siap..puasa tak abes ganti lagi..hehehe..

Friday, June 19, 2009

sopeng@shoping

Tadi kaaaannnn....

mak aku ajak aku p masjid jamek...

pastu mak aku blikan kain untuk buat baju kurung...

aku teruja...

bukannya apa, bukan mak aku tak penah bli...

penah..tp dah lama tak bli...

selama ni raye pon aku beli baju sendiri...

terujanya..

mesti malam ni aku termimpi2...

pastu kan..

aku p chow kit..setelah menyampah dengan mamat jual daging yg tak abes2 nak menyakitkan ati aku..aku ngn mak aku pon pulang dengan membawa....

-buah-buahan (epal ijau, epal merah, mangga, n nangka)
-sayur-sayuran (kailan, bendi, cili merah, daun sup n daun bawang)
-sekilo daging+tulang+ekor

pastu balik aku pon masak..ade beberapa menu..

-daging bakar.
-masak lemak cili api daging salai.
-sup tulang+ekor
-bendi rebus
-sambal mangga

pastu mak cik aku plak bagi lauk ayam masak lemak..huhu

sangat kaya dengan makanan..

pesal mak aku tetibe banyak duit..ngehehe...maaaamaaaaa~~~~

Thursday, June 18, 2009

lamanya..

rasanya agak lama sy tidak menaip sesuatu..

minggu ni walaupun belum habes banyak gak la perkara yang berlaku dalam hidup aku. Meh la aku ceritakan serba sedikit. Bukannya apa. Untuk peringatan aku gak. Nanti bila bosan bace balik blog sendiri teringat gak ape yang pernah berlaku dalam hidup.

Hari sabtu lepas aku p kenduri rumah pak cik aku kat Bangi. Kenduri aqiqah untuk anak dia yang ke-6. Malam sebelum tu aku ngan adik aku serta seorang sepupu aku yg sangat becok telah menyediakan pencuci mulut untuk dibawa ke sana. Perancangnya mak aku n mak cik aku. Tapi penggeraknya aku, adik aku n sepupu aku td. Aku dengar pak cik aku sembelih kambing sekor. pergh!!! aku pantang dengar n pantang tengok gak. Dan juga harus berpantang mencekik. Aku mula susah hati. Bodek mak aku ape yang patut. Mak aku kate "makan je pastu aku antau kau terus p sepital.."huhu.. Tapi tahap kedegilan n nafsu yg tidak boleh dibendung lagi. Aku sebat gak..hehehe.. Selesai je makan aku terus rasa panas telinga. Cam ada stim kuar. Aku risau sikit. Aku bagitau mak aku. Mak aku kata "kat belakang tu aku tgk ade sekawah lagi.." Aku tarik muka 14. Aku pun mula merengek kat mak aku ajak balik. Sampai rumah aku terus muntah2 n kepala aku rasa nak meletup. Tapi pastu aku makan lagi..hehe..(tak pernah serik)

Hari ahad dalam kelalokan mencekik kambing, pepagi lagi ayop soh aku mandi ajak p TimesSquare. Nak tgk wayang katenye. Aku pon mandi je la dah orang nak belanja. Dia nak tgk cite Terminator 4. Sampai kat sane dia trus p bli tiket Primier seat. Terkezot den. Dia p bli Popcorn n air n masuk la ke dalam panggung. Sejuk nak mampos. Aku rase baju aku tebal dah. Tapi sejuk tahap dok kat dalam peti sejuk. lagi sejam cerita nak abes aku dah tak bleh tahan. Pas ayop p toilet aku plak..huhu.. Ceritanya mmg best ditambah hero yg ensem. Tapi sangat banyak aksi yang buatkan aku terperanjat beberapa kali. Pastu p makan burger kat Wendy n balik dalam kelalokan lagi.

Hari isnin aku teman noin p interview kat shah alam sykt Kawasaki (jgn marah yek adam kami bukan kuar berfoya2). Best gak sbb noin blanja makan..hahaha..mesti korg jeles kan?kan?kan? Tapi yang penting baru aku tau mane letaknya Fajar Bakti. Mulanya kitorg cam nak p sane nak cuba naseb. Disebabkan cuaca yang panas n noin pon dah telepon teksi (aku terkejut noin tetiba sgt frenly ngn drebar tersebut..dah kenal lame ke??hehehe), kami batalkan sahaja niat tersebot. Tunggu teksi n trus p kat komuter batu 3. Dok bersila ats lantai sambil tunggu tren ala2 tggu bas kat Usm tanpa mempedulikan orang sekeliling. Sampai kat masjid jamek p makan nasi briyani yg agak best (sbb org blanja) jenjalan cuci mata sambil mengawal nafsu shoping, lepak sat kat stesen lRt n kami pon kembali la ke sarang masing2 setelah penat.

Selasa tidak ada apa2 menarik yg berlaku.

Rabu malam td kol bape ntah tetibe Kumat mati. Aku belek2 dah keras dah. Mula2 tu gigi dia tersangkut kat jaring. pastu mcm elok balik. Pastu aku biar je la. Bila aku nak kaco dia balik dah keras dah...tamat la riwayatnya..tinggal la sangkarnya sahaja..

Kamis (eh ari ni!!) tade wat pape selain eksesais tali perut, wat latihan mata (sape leh pejam mata lebey dr 10 jam???) hehe..ngn praktis cite indon melalui telebesen.

sekian saja karangan penulisan kretip saya. Kepada Junior bati sila praktikkan untuk subjek anda yek.

Thursday, June 11, 2009

tidak tahan sudah...

Berita tergempar...

Malam td dalam kol 1.30 a.m. aku tak tido lagi, mak n kakak aku lak baru sampai umah balik dr kerja. Lepas diorg masuk umah n kunci pintu semua tetiba ada suara orang laki bagi salam n ketuk pintu. Aku tak bukak pon pintu just jenguk dari tingkap je.

Aku: ye nak apa?
Mr.bo: err..saye nak tanye ni, tp jangan igt sy orang jahat ke ape...
Aku: pedia?
Mr.bo: err..saya tengok kat rumah ni ade kakak badan besar2 ade tak teringin nak kurus?
Aku: dah takde2 dah malam dah ni time kasih je la.
Mr.bo:(sambil tersengih tunjuk gigi rongak) ok2..hehe..

Mr.Bo= encik botak kerana dia botak

yang menjadi tanda tanya tu kalau betul la dia salesman, nape tgh2 mlm buta ketuk pintu umah org? Nasib bek aku yg bukak tingkap. Kalau kakak aku, mau satu flat bangun coz sah2 Mr.Bo tu kene maki tahap alpha angel punye.

lagi satu persoalan, ade ke org nak beli produk dia, sebabnya, yang meniaga tu pun badan mcm tong drum. Dah la pagar jarang, kepala botak (ha..kan aku dah kutuk secara zahir nih..geram nih!!). Ade hati nak ubah orang. Sedar la diri sikit. Kalau aku tepon polis td naye je kau jual produk kurus dalam jail.

N kalau ko ade niat tak baik kat family aku, aku harap ko mati lemas daalam lift flat yang tade letrik sokmo tuh.

suka ati la kalau kitorang nak gemuk pon. Setiap gram lemak dalam badan kami ni permulaannya dari duit tau??ingat senang ke nak bina??banyak dah berhabes nih.. Lagi pon tak pakai duit mak bapak lu pun!!! ha..kan aku dah marah neh.. Len kali kaco lagi kesejahteraan kami di malam hari.

Dan luahan hati untuk hari ini,

Siyes cakap, aku dah tak tahan dah jage budak kecik. Kesabaran ku hanya setakat ini sahaja. Nasib baik aku ade interview esok. N kalau tak dapat jugak keje tu, aku takkan dok saje2 dah kat umah. Aku nak jenjalan plak. Sebelum aku gila, sawan, dsb, baik aku undur diri.

Wednesday, June 10, 2009

kene marah

Seperti biasa pagi pukul 7.30pg aku dah terpacak kat umah m.cik aku. Tunggu dia p keje n mulakan aktiviti sebagai baby sitter (adam n tirah aku tau korg tgh sengih2 ketawakan aku).

Aku pun apa lagi, bagi sepupu aku tu mkn, eh sblm tu aku sarapan dulu. Buat nestum nak suap kat dia. Dia tak mau plak. Aku yg makan (sedap gak hehe..). Pastu suap donut cket. Pastu nak tdo kan dia xmau plak dia. Aku mula panas hati. Selamba je dia kuarkan kepala dia dr buaian. Dia main-main. Aku yang selsema ni dgn selamba nak hembus hidung yg tersumbat aku pun start la tarik nafas panjang2 n priiiiiiiiiitttttt. Terkejut beruk budak tu and pandang aku ngn muncung panjang sedepa n tangan dia terus macam nak pukul aku sambil berkata "taa!!"
Mesti dia nak kata "terkejut haku" or "tak sopan punye pompuan". Hehehe.. Pastu aku cuba nak tdokan dia lagi sekali. Tak nak jugak!!!!

Lantak ko lah. Pastu aku semakin tension dan suruh kakak dia yg tdokan. Kakak dia jerkah sikit pastu terus diam masuk buai n tdo (ooo..gitu caranya..tau la aku..*sambil tersengih*).

Sejam tido dia bangun dah. Lantak la aku soh adik aku je tgk, aku dah la sakit kepala. Selsema lagi. Kang berjangkit kat bdk tu kang sape yg dipersalahkan??? Aku jugak.

Yang paling bestnye time tdo petang (setelah beberapa kali cubaan menidurkan bdk tu tewas).

Tengah aku henjut buaian tu tetiba aku dgr dia tergelak. Aku cam pelik lak. Aku tgk je tetiba cam ade orag geletek dia menggeletek. Aku angkat bantal yg tutup muka dia. Baru dia macam tersedar. La... mengigau rupanya.. Tetiba terlintas di kepala hotak aku nih, bdk tak sampai setahun mcm tu mimpi ape ek??? Best pulak jadi bebudak kan...???

Tuesday, June 9, 2009

Agak2 dapat tak..?

Al-kisah aku pun p la interview td kat renaissance (xkompem btol ke tak ejaan ni). Dah la mcm kelam kabut gila. Nasib baik kakak aku ada skali tolong cover line sbb aku sgt2 la blur. Hidung dah la asyik gatal nak bersin je. Aku kalau bersin nnt kang kompem roboh bangunan hotel tu.

Dah isi borang and bagi salinan sijil sume n tggu lebih kurang 20mnt, aku p dipanggil interview. Dia dengar suara aku yg sengau. "you not felin well?" "yup" jawab aku tanpa segan silu. Dia tanya macam2 soklan gak la. 1 soklan yang aku cam nak terdiam tu dia tanya "who r you in the future?" aku macam soklan apakah??? aku pun jawab gak la. Pastu dia kate "I think i`m ok with u. But bcoz you r not felin wel today, You can come to this adres bla bal..jumpa bla bla on friday. ok?" aku pon ok je la. Lagipun mmg pale aku agak fenin2 lalat n tekak ala2 iklan strepsils.

And satu benda yang aku baru teringat mase interview td aku telan secara tidak profesional memegang sapu tangan dalam genggaman tanpa mengikut nasihat dr. Leelany..hehehe..

Jadi, jumaat nnt aku p lg 2nd interview. Harap2 dapat la..

Monday, June 8, 2009

nasib tak menyebelahi diri

Nape bile aku nak menhadapi hari penting dalam hidup aku mesti penyakit nak datang?


Aku nak p interview sok, mlm td start sakit tekak n sakit kepala.

La ni selsema plak. Badan semakin panas. Mata semakin pedih.

Aku tak tau la pe salah aku. Memang aku mengharap ada hikmah di sebalik semua yang berlaku.

Bukan senang nak terima hakikat. Tapi tu la hakikat. Jadi nak tak nak kena terima jugak. 

Yang aku tau aku akan cuba buat yang terbaik n then berserah pada yang maha kuasa.


Ada orang suruh aku cari bf. For what???

"la ni dah bleh start cari bakal suami, cukup masa kawin..."

"tak kawin pun leh hidup ape..."

"memang la, tapi kawin la senang sikit hidup.."

"senang apa yang banyak aku tgk menyusahkan ade le..."(dalam hati je tak nak kene cepuk)


Bukan aku takmau kawin. Belum sampai masa. Dah cukup apa yang aku nak nanti aku kawin la. Tu pun kalau ada orang nak pinang aku kan..

Aku muda lagi. Releks la.. Ade rezki ade la. kang aku kawin cepat kang kate plak tak de nak tolong mak bapak. 

So, dah sampai jodoh nnt aku kawin yek. Jangan risau2 pasai aku..

Saturday, June 6, 2009

Rumah baru

akhirnya kemas gak rumah nih..


seminggu gak la nak setel sume...penat siot, dah la kene jd baby sitter lagik..

blom lagi aku kemas org len sepahkan plak..haih..nasib la jd penganggur sape suruh.

soh blaja leklok main2 je keje. Bila orang tamau amik keje marah plak..kan~kan~kan~

minggu depan aku nak p cuba nasib lagi. harap2 kali ni berhasil. Aku harap sangat dapat keje nih.

Aku mmg dah lama berhajat nak keje ala2 gini..hehe.. Insyaallah..Doakan aku berjaya. Kalau tak, 

aku terpaksa teruskan kerjaya aku sebagai Baby sitter. Walaupun aku bukan lah seorang yang 

penyayang, tapi sape yg nak dera sepupu sendiri kan..layan je la..