BIARKAN JARI JEMARI ITU MENARI MENGIKUT RENTAK ATURAN FIKIRAN, BERSAMA PANDUAN MATA YANG TIDAK PERNAH MENIPU, MEMBERI RUANG KEPADA BIBIR UNTUK TIDAK BERBICARA. HANYA DARI HATI.
Thursday, December 31, 2009
Tahun Baru Lagi...2010
Dah aku juga akan memulakan hidup baru. Bunyi macam best je kan. Tapi aku berharap hidup ku selepas ini akan menjadi best.
Dear Friends,
Aku akan mula bekerja di KLIA mulai 6hb Januari 2010. Sebagai Customer Service Agent dengan Kuala Lumpur Airport Services (KL*AS). Aku memang suka kerja2 macam ni. Tak dibelenggu suasana office. Dan aku suka akan suasana KLI*A. Walaupun sejuk tahap eskimo cuma takde salji je. Mat saleh yg turun flight pon terkezut masuk klia. Sejut bangat kata mereka.
Jadi, sape yang rajin meh la melawat aku kat sane. Klo nak tiket flight free tu simpan saje la angan2 tu sampai aku kawen dgn owner syrkt tu kan...hahahaha..
Aku harap aku boleh bertahan kerja kat sane nnt. Doakan kesihatan aku.
Tuesday, December 22, 2009
Jantung Pecah

Friday, December 18, 2009
SALAM MAAL HIJRAH
Wednesday, December 16, 2009
Hari Tua..
Lahirlah seorang budak botak....ngehehe...

Happy birthday to me... dah tua dah cik 'me' neh..huhu... Semoga cik 'me' cepat mendapat kerja, dimurahkan rezeki dah sihat tubuh badan.. Wah!!gitu kan..wish kat diri sendiri muka tembok sungguh la..haha..
Nak wat ucapan sket neh..Syukur alhamdulillah, pada saat ini aku masih bernafas. Thanks utk mama n ayah kerana diorang aku wujud kat muka bumi ni. Walaupun aku ni banyak "hal" tapi aku tau, mama n ayah aku masih berbangga dapat seorang anak yang sangat cukup makan..ngehehe.. itulah kejayaan yang paling besar bagi ibubapa..(kalau mama n ayah aku bace..kompem muntah ijo..)
Thanks sape2 yang wish bday kat saya ek. Semoga anda semua juga dimurahkan rezeki.
Gambar tu kek tahun lepas surprise daripada kak nana dan kak nurul. Tahun ni mungkin takda kek. Wah!!mungkinkan..cam mengharap orang bagi je kan..dasar muka dinding..ahaks..
Tapi saya dapat hadiah birthday lain dari yang lain iaitu.........jeng jeng jeng....
Nasik goreng berperencah paprik Maggi khas dan paksa rela dari adik saya pada pukul 2 pagi...hehehe..korang penah dapat???(ceh riak r plak..)
Dan seperti biasa, setiap tahun bila birthday saya menjelang, mesti saya kena sesuatu. Demam panas sudah, kene sengat lebah pon sudah, iron naik atas kepala pon sudah, dan tahun neh saya kena pedih ulu ati yang menusuk kalbu..aduih..sebab tu aku request nasik goreng kat adik aku..huhu...
dan..
Seperti 4 tahun lepas...di tarikh yang sama, aku rindu padanya..
Walaupun tidak ada apa2 yang boleh dikenangkan padanya pada tarikh ini..
Aku masih rindu dia...
Bukan hari ini sahaja...
Kelmarin, semalam, esok, lusa mungkin selamanya..aku rindu dia...
Dia yang bukan milik aku, mungkin pernah..
tapi kini tidak lagi...
tapi yang pasti..
'TIDAK AKAN'!
Tuesday, December 15, 2009
Permulaan Perkenalan..
90% sebab aku malas nak memulakan perkenalan dalam internet ialah soalan2 Permulaan Perkenalannya.
Dan sebab inilah juga aku amat jarang join chat room Ym. Kalau aku join pon kesudahannya akan menimbulkan kemarahan orang sebab aku yang mula bosan akan cuba mencari keseronokan sendiri dengan menimbulkan kemarahan rakan chat. Kesian kat dia kan...
Bukan sahaja Ym atau MirC, semua la termasuk Myspace, friendster, Tagged, Hi5, Facebook dan macam2 lagi la. Sebab tu kebanyakan akaun aku, aku akan wat private. Tapi ada juga la yang aku layan atas sebab kebosanan itu lah, dan akhirnya hanya mendapat musuh dan seteru.
Soalan yang agak lazim time nak mulakan perkenalan ialah seperti berikut:
"awak asal mana?"
"Owh..puchong... Puchong kat kawasan mane?" (tanya plak.. Nak alamat penoh cakap r kan..)
"umo bape?"
"ade bf tak?"
"owh..nape takde?" (sukatik aku la nak ade bf ke tak kan..)
"Keje ke study?"
"Owh..keje/study kat mane?"
"owh..Mak ayah keje ape?" (pulak dah sampai ke situ)
"adik badik bape org, awk no. bape?"
"ade no.fon tak?" (nak no. fon cakap je la, tanye wat pe, kang kate takde kang tak caye plak)
"leh la bagi leh wat smbg ke..sms ke.."
bila kate tak leh..
"Eleh sombong la tu, jual mahal lak.." (ni memang dah start menimbulkan kemarahan aku kan..)
Ni la antara soklan2 yang aku dapat bila ade orang nak start berkenalan. Rimas btol la. Mungkin sebab itu jugak lah aku masih single sampai sekarang.
Yang aku tak leh blah tanya cam ni "awak dah mamam ke blom?"
Adoiyai..bajet manje la tuh..ish..ish..ish...terbelit usus aku dgr..klo blom mkn trus rase lapo nak kunyah laptop.
Sebenarnya bukan la baru aku dapat benda2 ni..dah lama dah aku wat kajian..tapi baru harini terkeluar kat blog nih..
sape nak buat kajian lebih lanjut..silakan..tak perlu mintak izin aku pon...
Friday, December 11, 2009
Meet my newest friends..
Sebenarnya aku tengah rajin nak update blog ni, tapi tak tau nak cerita pasai pa. Alang2 aku tak penah lagi masukkan cite ttg kawan yg berempat neh, jadi aku memutuskan untuk berbuat demikian.
Inilah kawan terbaru aku. Aku jumpa dorang ni masa aku join program Train n Place. Dorang neh memang best sangat2. First day dalam kelas lagi kitorang dah mengecohkan keadaan. Ingat lagi masa beramai2 menyerang ofis untuk mengetahui lebih lanjut ttg program tuh coz most of kitorg tak tahu pape pon pasal program tu. Sebenarnya ada la lagi lain2 rakan termasuk noin, tapi diorg ni la yg tinggal n yg paing rapat dengan aku.
Ini tirah, ye..nama dia seakan tyra beng yek. Tapi tak serupa. Dia neh ibarat kakak pada kitorang kerana dia tua sikit je dari kitorang. Status dia sekarang neh ialah teman tapi mesreee...harharhar..Kami panggil dia 'anyah'. Dia kenkadang garang. kenkadang same je perangai ngn kitorg...
Wednesday, December 9, 2009
tak tido
i am watching grey's anatomy season 4
i have interview this morning
i have to go out early
i have to be there early
but i can not sleep
am i nervous?
i don't think so
hope everything gonna be ok
i hope i can make it
i hope i can get this one
i really hope for this
i do
no jokes
Monday, December 7, 2009
dulu jerung..sekarang serigala..
Karakter yang berbeza antara dua filem iaitu jerung n serigala.

Sunday, December 6, 2009
jom heboh..
Teringin nak g tu memang ade, bila fikirkan aku akan bersesak2 dengan manusia yg ramai, pancaran matahari yang bersinar2 yg boleh menyebabkan aku migrain , dan juga terpaksa berperang ngan nafsu untuk merabakkan lagi dompet, maka aku batalkan sahaja niat.
Aku p jom heboh ni pon rasanya 2 kali je kot. Masa kat penang dulu, dua hari berturut2 gak aku p sebabnya mak aku keje ngn Solivite mase tu ade wat pameran kat sane. So, aku p sebab nak jumpa mak aku sambil membeli satu beg mister potato.
Kalau agaknya mak aku takde kat situ jangan harap la aku nak p. Tersekat dalam rimbunan manusia kat depan booth power root time ade Dutanya sampai dah buatkan aku serik.
Jadi ape yang aku buat sepanjang ujung minggu neh??? Tido, makan, tgk tv, soping ngn mak aku n menyakat mak aku sepanjang hari. Best tau..hehehehe.. ha, lagi satu mlm tadi aku blaja mende baru iaitu "kelim karipap".
Dah lamo dah eden torai, baru malam tadi menjadi. N mak aku dgn rakusnya meninggalkan aku menghabiskan kerja2 meng'karipap' dan berangkat ke jom heboh dengan adik aku. Ada ka patot..haish!!!
Thursday, December 3, 2009
Tipah tertipu ka? Tipah tipu dia?
Aku pon tanya la sape2 kot la ingat ada kenkawan yg dah tukar no.fon baru ke..ada orang nak panggil interbiu ke...kan. Pastu dia kata nak berkenalan. Bila aku tanya mana dapat no.fon, dia kata no.fon kwn lama dia. Setahu aku no.fon aku neh aku dah pakai since aku kat matriks lagi n aku beli baru punyer....
Pastu aku kata aku tak berminat nak berkenalan ngn dia, dia leh kata "bagus awak ek suka layan orang yang awak tak kenal." Kepala hangguk dia...kalo aku nak layan dah lama la aku tanya menanya segala macam kan. Aku pon tapaham manusia spesis ape ntah dia neh.
Pastu kelmarin dia sms lagi (aku mmg simpan no.fon dia utk kes2 cam ni la). Aku tanya dia sapa sebenarnya, dia kata nama dia sharul. Siapa sharul? sharul yuzi? Shahrukh khan? eh tak same lak..Aku tanya lagi, mane dia dapat no.fon aku, dia kata kwn dia nama rosdi ke rosli ntah bg kat dia sbb kwn dia dpt no.fon aku masa tersalah dial. Hurmmmm..moskel mak..pulak dah kan...
Owh..aku pon kate la kan..bukan aku tamau kawan ngn dia, tapi (memang tamau pon) aku susah nak caye kat manusia zaman sekarang neh. Jadi sebelum tipah tertipu sama dia, bek tipah tipu dia dulu..
Aku pon tanya umo dia, dia kata 22thun, asal mana ntah n keje kat penang. Pastu aku pon dengan gahnya membalas "awk nak ke kawan ngn org tua cam saya neh?" dia pon tanya umo aku bape? "umo sy thun depan dah 30thun, awk tak takot ke kalo tunang sy marah?" (sory la my future fiance who ever u are, krn menggunakan nama anda).
Ye, lakonan tipah pon berjaya, dia kata "oh dah tunang rupanya, sorry la kak ggu."
(lebih kurang gini la coz aku pon dah delete mesej dia tuh).
Haih..macam2 cara nak berkenalan zaman sekarang neh. Mintak maaf la kalo2 org yg berkenaan terbaca blog ni kan.. Bukan tak sudi, dan bukan nak menyombong. Tapi, saya rasa kalo awk jd saya pon susah awak nak percaya kat orang tu kan..hmm...
Anyway..dah lama tak dapat masak..hari ni aku masak banyak lauk...tapi dah tak lalu nak makan..hmm..mama makan lah yek..ngehehe (menunggu kepala diketuk dgn senduk sebentar lagi akibat membazir..)
Wednesday, December 2, 2009
Sesal
M yang disayangi,
Terima kasih aku ucapkan atas segala-galanya.
Aku bersyukur menjadi milikmu walau hidup dalam kesederhanaan kerana engkaulah kekayaan ku,
Aku tidak dapat meluahkan kata-kata ini terus kepada mu kerana bimbang kau terluka.
Aku tahu engkau tidak akan membaca tetapi cukup sekadar kepuasan hati.
M cahaya ku,
Aku memohon ampun di atas perbuatan ku melukai hatimu selama ini,
Bukan aku tidak mahu menurut kehendakmu,
Tetapi aku punya kemahuan sendiri,
Setelah 23 tahun membesar bersamamu,
Aku tahu apa yang kau aturkan untukku hanyalah untuk kepentingan diri ku,
Kali ini,
Aku minta restu darimu,
Aku mahu benar-benar berdikari,
Aku mahu mencari haluan sendiri,
Mahu mencapai apa yang aku impikan selama ini.
Aku tahu niatmu suci,
Tapi aku juga tahu kemampuan diriku,
Aku tahu kelemahanku,
Aku tahu kekuatanku.
Maafkan aku kerana aku engkau menderita,
Aku berjanji hanya sedikit masa lagi,
Dan aku juga meminta,
Fahami aku...
Sunday, November 29, 2009
AQUARIA
Tapi sayangnya aku hanya nampak ikan2 tersebut sedang berenang2 di dalam periuk2 yang ada kuah kari n masak lemak cili api..nyum2.. Ikan goreng pon ade juga..tak lupa masak sambal.
Moral of the story, jangan masuk aquaria time perot lapar kerana tiada penghayatan yang akan diberikan kepada kehidupan air tersebut.
Saturday, November 28, 2009
Selamat Tinggal KLIA
Keje aku lebih kepada koyak boarding pass, buat pengumuman berlepas(skali je pon dapat buat), assist penumpang, tunggu kapal sampai, tag bag yg oversized, bukak gate, ngorat crew eh silap..
Keseluruhannya bagi aku keje ni best r, tapi memandangkan aku tidak suka beberapa perkara yg buatkan aku rasa aku tak leh nak sambung keje kat sane. Klau perkara2 tersebut tak timbul mungkin aku masih di KLIA. Sejujurnya, keje macam ni lah yang aku suka. Tak banyak pressure. Selesai 1 tugas dah habis time tu je. Tak perlu nak pk2 banyak. Dok sana pon badan makin naik.
Tapi, perkara yang paling aku suka kat sana ialah...4 dara neh. Aku kenal diorang masa kat tempat training kat kerinchi tu lagi. Tapi yang menariknya, tak sampai sebulan pon kitorng kenal, kitorang dah boleh rapat. Dok sebilik ngn diorang makin buatkan aku kenal diorg dengan lebih dekat. Perangai diorg takde la plak yang menyakitkan hati. Dok ngn diorg ni boleh buatkan aku tergelak memanjang except time aku saki kepala la.
Benda yang paling peliknya kat sana, ada orang kata aku ni jenis pendiam n suka bersendiri. Apakah??? ok adan n ayaq aku tau hangpa tengah dok gelak dgn kenyataan tersebut. Sebenarnya aku menjauhkan diri coz kdg2 if aku rasa sumone tu agak annoying, aku ebih suka menjauhkan diri dari org itu krn lebih baik b4 timbulnya pertengkaran.
Thanks to senior aku yg mengajar aku selama 2 hari utk SNY(aku pon tak tau sny neh stand 4 what..) Ada 4 orang semuanya iaitu Azhani, Ezzatul, Fadhli n Abg Mufaizar or lebih dikenali dgn Roy.
Tak lupa juga kepada junior2, thanks 4 menceriakan 2 mnggu terakhir kami. Zaidi, Ashraf JHR, Ashraf PRK, Firdaus, Meo, Khairul, Anuar, Redha, n juga kepada nama yg tak disebutkan ini, selamat menghabeskan training dengan jayanya.
gambar akan diupload kemudian atas sebab2 internet yg cam *&^%#%^&*.
Tuesday, November 3, 2009
Lari
Berlari dalam kawasan elit di KLIA itu perkara biasa bagiku dan rakan yang lain. Orang nak pandang pelik?? Ada aku kisah? Yang penting tugas selesai.. Lagi pun ada orang kisah ke? Tak ada.. Jangan risau...
Cewah...skema gile ayat aku neh.. amboi..mesti korang kutuk aku kan???kate "amboi...dok kat klia makin skema plak c adah neh.."haha...
Penat sit keje..patut la mak aku tak bagi aku keje camtuh..
Baru tadi dia bgtau yang dia memang tak suka aku keje situ..walapun aku dah tau dia macam tak rela je aku nak p mase memula dulu.. Tadi dia luahkan dah. Rasa bersalah la plak.. Tapi tak pe..banyak pengalaman aku dapat. Bukan senang nak masuk n merayap kat sane kalau tak p travel. Ni la peluangnya kan. Nak tunggu p travel ntah bila la masanya.
Tapi yang wat hati panas ialah kedai2 duty free nye..bikin hati panas saje...tak gitu ayaq???hahaha.. Aku telah berjaya buat cik ayaq panas hati... Mintak maaf....
Dan tadi juga mak aku telah membuat cadangan yang aku rasakan paling tak bernas untuk masa depan aku iaitu.. Mak aku soh aku jadi cikgu!!!!!!!!!!!!!!!!! Sape pulak la yg meracuni pikiran mak aku yg inesen lagik comey ituh??? mau sahaja ku sula dia...guna payung!!!
k la..malas nak cita panjang.. Maklumla.. keje aku neh banyak PnC tak boleh cita sesuka ati..hehe.. nak p kopek ikan bilis..ngeh2..
tata.. c ya 20 ari yg akan datang..
Sunday, October 11, 2009
Away..
Friday, October 9, 2009
Maraton
Cerita dia cengginih..
Aku baru balik dr wangsamaju. Makan ngn nazirah kat tempat peberet kitorang. Makan celup-celup. Pas makan kenyang2, aku pon balik la umah.
Nak balik umah aku kene amik bas kat pasar seni, pastu tukar bas lak kat IOI mall utk balik umah aku. Jadi, aku dah bajet dah yg aku akan sampai dlm kol 9 jadi aku sempat la amik bas kol 9.20 camtu sbb bas nak balik umah aku neh sejam satu.
Nak dijadikan cita jalan plak jem macam haram. Kat brickfields tu dah macam ape je kete banyak. Tambah2 dah nak dekat raya neh.
Setelah melalui kesesakan lalu lintas, bas yg aku naik pon dah nak sampai kat destinasi cuma kene lepas lampu isyarat je. Tetiba aku nmpk bas yg aku akan nek kuar dr simpang dan menuju ke tmpt sepatutnya aku nek bas. Dalam hati aku, aku mmg tak sempat la nek bas tu, kene tunggu sejam lagi la jawabnya. Aku pun cam putus asa. Tiba je kat tmpt bas berhenti teitaba aku dapat satu kuasa. Dengan speck yg penuh kabus aircond, aku pun start angkat kain separas betis n start naik tangga. Dengan harapa aku dapat kejar bas tu n balik dengan selamat. Naik tangga terhoyong-hayang. Makin lama makin tinggi aku angkat kain. Naseb baik la kat atas jejantas tu tak ramai orang.
Turun plak jejantas, nasib tak jatuh tersembam, aku masih kontrol ayu, wpun kain dah sampai paras lutut. Aku jalan makin laju n sampai la ke seberang jalan. Fuh, elok je aku sampai, bas tu pun sampai. Fulamak.. tetiba aku bangga ngan diri senirik. Rupanya ada orang perasan aku dok wat maraton td. Aku nek bas je n tengok luar nampak ade org ramai2 cam pandang2 n gelak2. Lantak la, malam ni je pon korang nmpk aku. Janji aku sampai umah cepat.
Thursday, October 8, 2009
Kira
Kira hari untuk praktikal di kLia..
Kira duit berapa banyak nak pakai..
Kira hari gak bila alaun nak masuk...
Kira berapa lama duit alaun tu bertahan..
Kira berapa lama lagi nak makan alaun je n bukan gaji tetap..
Kira dosa..(asyik mengumpat je..igt abes usm abes dah la aktvt..huhu)
Kira...
Kira...
Kira...
Sunday, October 4, 2009
Penatnyer....
Jadi nak sangat lepak kan???ha..dari kol 12tgh ari sampai la kol 8.30 mlm.
Aktiviti yg kami lakukan??? tgk air pancut kat taman kLcc tuh, p makan A&W, tgk wayang, sambung tgk air pancut, jenjalan sekitar taman, gosip2 liar, umpat mengumpat, dan makan lagi dan kemudian bersurai..
Mcam dating la plak kan..jangan risau kepada sesiapa yg ada hati ngn adam tuh silakan ngorat dia...kami hanya kawan..hehehehe..
Badan penat, duit habes, tapi hati senang..ok la tu kan..janji aku tak nyembang ngn dinding hari ni..hehe..
Mari merehatkan diri untuk ke kelas esok pagi..huaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!malasnyer..
Saturday, September 26, 2009
Malas+lazy=penyegan
dah cuti lama neh..malas plak nak start training..
tapi bile dok umah lama kang sibuk je nak p training..
apakah??mengade-ngade je..
Bicara zahir dan batin
Aku ada tabiat yang sangat buruk... (baru sedar ker???)
Bila aku tension.. (hari2 pon ko tension)
Aku akan masak.. (tak tension pon ko masak gak..)
Lepas masak aku akan makan... (kalau bukan ko masak pon ko mkn banyak gak..)
Makan tanpa henti.. (tau xpe..)
Macam mana nak berhenti yek??? (dah tabiat satu nyawa...tak bleh berhenti punyer...)
Macam mana nak kurus ni??? (berangan je la...)
**lain di jari..lain di hati...
Friday, September 25, 2009
Arnab itu Rabbit
Adik aku cerita kat aku yang masa raya hari tu, warga kampung aku tu telah menyembelih dua ekor arnab untuk dibuat lauk. Aku punya reaksi... Haaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!!Apakah?????
Kejam sungguh mereka itu. Bagi aku, arnab itu sama seperti kucing atau hamster yang hanya layak dibuat haiwan peliharaan dan bukan untuk dimakan. Agaknya kalau kucing tu takda taring n makan sayur2an je mesti dah banyak ekor yang kene sembelih jadi lauk hari raya.
Kalau aku ada kat kampung mesti aku dah nanges dah dua hari dua malam mengenangkan kesudahan riwayat dua ekor arnab tersebut.
Tapi pada mereka yang memang gemar makan arnab janganla terasa hati atau sakit hati dengan aku. Aku menulis untuk mereka2 yang sama pendapat ngan aku je. Jangan tangkap aku n saman plak. Aku ni orang tak berwang.

Thursday, September 24, 2009
DIET
Wednesday, September 23, 2009
JAHAT SANGATKAH AKU?
Tuesday, September 22, 2009
Jejak kasih
Saturday, September 19, 2009
SELAMAT HARI RAYA
Thursday, September 17, 2009
Latih & Letak
Wednesday, September 16, 2009
Nak cerita panjang
Wednesday, September 9, 2009
hati panas lutut gigil
Aku memang hangat hati la dengan orang yang dok satu flat ngn aku neh..dasar jakun siam btol la (xtau la ade ke tak men bantai je..tgh marah neh)

Tuesday, September 8, 2009
Puding Roti bakar terbakar..
Monday, September 7, 2009
Usaha terbalas..
Sunday, September 6, 2009
tak logik
Saturday, September 5, 2009
iklan raya
aku cuma nak imbas kenangan dulu je..
sekarang ni dah mula ada iklan raya kat tv kan? Tapi macam tak berapa best la..iklan dulu2 best kan?kan?kan? sape setuju angkat kaki kiri setegak mungkin...
Tapi aku nak cerita pasal iklan merdeka..hahahaha..jauh tol beza ngn tajuk..
Masa aku form 4 dulu aku p ikot kakak aku n kawan dia jenjalan kat Melaka kat tempat2 bersejarah sane tu.. Tetiba ada la datang beberapa rang yang mintak tolong kakak aku join diorg nak buat iklan ala2 temu ramah tu.. Pastu kakak aku pun setuju la coz dapat rm20 mase tu. Dah kira lumayan la tu kan...hehe..
Pastu dia tanya la kakak aku soklan2 yang perlu. Aku tengok dari jauh je coz malas nak mencapap. Sebulan lepas tu mula la tayang iklan merdeka kat tv. Pastu ade la iklan pasal kibarkan jalur gemilang neh. Soklan dia aku tak ingat sangat lebih kurang macam ni la. "kenapa orang tak nak kibarkan jalur gemilang?" Tak pasti betul ke tidak tapi lebih kurang macam tu la. Pastu yang dalam iklan tu kakak aku telanh dengan bangganya menjawab "untuk orang tua2 je la" pastu kitorang pon ape lagi. Gelak gila2 la.. Pastu dia kata rasanya mase interview tu org tu tnya lai. Betul ke tidak aku pun tak tau la sebab aku tak dengar pon.
Pastu yang jadi kemuncak kakak aku begang gila mase kuar kat majalah ujang kot. Kartun tu guna ayat kakak aku untuk soklan pasal semayang terawikh kot. Mengamuk sakan la kakak aku neh..hahaha..
Bila time nak raye n merdeka je kitorng mesti ungkit balik iklan tuh..hahaha..kesian kat dia bengang jer..
Saturday, August 29, 2009
ilham...
Baiklah, berbalik kepada tajuk.... Harini aku dah dapat ilham apabila p interview. Ilham ini dipetik dari ntv7, tajuk citanya tadi aku tak ingat ape.
Kisahnya ala2 gini la, skrip pon tak la 100% same..
Ada sorang mamat ni p interview untuk jawatan customer service executive. Setelah menjawab soalan2 yang diberikan sampailah ke akhir sesi interview. Penemuduga pon kate la..."baiklah encik, kami akan menghubungi encik untuk keputusan interview ni." Lebih kurang macam ni la tak la same pon ayat dia.
calon: Macam ni la tuan, saya dah 6bulan cari keje kat kL ni, dan saya dah bosan dengan jawapan yang sama yang diberikan. Sekarang saya nak tau saya dapat ke tidak keje nih?
Penemuduga: Tak
Calon: (bangun sambil menolak kerusi ke tepi dan berjalan mundar-mandir sambil berkata) Orang macam ni lah yang tak mahu memberi peluang kepada penganggur dan graduan untuk menimba pengalaman. Sedarlah tuan.
Penemuduga: (tercengang)
Aku rasa, aku pun satu hari nanti bila sampai minyak kat hujung kepala mau gak situasi neh terjadi...huhu..dilema btolla skrg..
Mogok hari ini menjadi kerana dapat makan pizza semasa waktu berbuka tadi dan pelbagai jenis makanan yang lain..ngehehehe..leh wat selalu neh.
Friday, August 28, 2009
hari ini dan semalam
Wednesday, August 26, 2009
Dugaan hari ke-5 puasa
Setelah memastikan rumah dalam keadaan selamat dr pencuri tegar. Aku pun berlari menuju ke pintu lif dan menekan butang. "Keting" bunyi lif...tapi pintunya tak terbuka. "keting" bunyi lagi. Tapi pintu tak jugak terbuka. Aku tekan lagi butang "keting" "gedeng!!gedeng!!" ish makin kuat pulak bunyinye. Marah la tu.
Ok2 itu dah tentu2nya pintu lif rosak. Aku n adik aku pon dengan tak relanya trun la melalui tangga demi mendapatkan juadah berbuka. Siap beli lauk semua. Aku n adik pun berharap agak lif dan kembali pulih. Tekan punye tekan. Tak jugak bukak. Tanpa rela juga, kami menaiki tangga. Tingkat 1...ok lagi. Tingkat 2,3,dan 4 steady lagi. Masuk tingkat 6, lutut aku macam kekurangan pelincir. Tingkat 7, jantung dah tak boleh nak kawal emosi. Tingkat 8, semua lemak semakin mengeras dan menyukarkan pergerakan. Tingkat 9, asid2 perut semakin galak merembeskan gasnya. Sampai tingkat 10, aku rasa dah aku macam kat alam lain.
Bukak pintu n terus tumbang..."aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....!!!!" aku dah xmampu bergerak!!!
Kaki aku dah hilang upaya!!! Tidak!!!! aku bergelar OKU!!!
Tapi, mengenangkan perot yang lapo, aku gagahkan juga diri masak apa yang telah dibeli. Siap la jugak ikan tongkol masak taucu ngn kangkong goreng belacan. Aduhai..nampaknya aku kena selalu eksesais untuk mengelakkan aku menghidap strok apabila lif buat perangai lagi...
**bulan puasa kali ini aku sangat la gian dengan kuih pelita limas..n aku bercadang nak buat sendiri esok..hehe..**
Tuesday, August 25, 2009
Juadah berbuka 2
Sunday, August 23, 2009
juadah berbuka
Saturday, August 22, 2009
bulan ramadan
Friday, August 21, 2009
kering
Tuesday, August 18, 2009
gambo konvo




Monday, August 17, 2009
hari ini
Friday, August 7, 2009
3 rasa
mari kita mulakan dengan gembira...
Yeay!!!!!!!!!!!!! esok saya akan menjejakkan kaki lagi ke penang..
kenapa saya suka penang???
sebab kat sana ada ramai kawan yang comel2 lagi baik hati...
kenapa saya suka penang??
sebab kat sane ade biawak!!!erk???
kenapa saya suka penang??
sebab die best!!!
ye beralih pula dengan perasaan menyampah..
helloooo!!!! pasal ko tak suka penjaga ko bwk anak ko jenjalan ko amik anak ko pastu ko nak soh aku jage..bile aku menghilangkan diri ko buat muka lak ngan aku.. WTH!!!
pandai buat pandai la jage!!ha..kan aku dah ckp kasar dah neh..
perasaan seterusnya nebes...
Saya sgt nebes kali ini..sebelum2 ni tak pulak..
Adakah mungkin saya akan berjaya kali ini, atau saya bakal di hamun seperti tempoh hari?
papehal pon saya dah mula bersedia menghadapi apa jua kemungkinan. Saya sedang berusaha memperbaiki kelemahan saya sebelum saya melangkah ke sana. Saya harap usaha saya kali ini berhasil. Saya sudah lama menantikan keajaiban berlaku dalam hidup saya.
Walau bagaimanapun, segala keputusan atau ketentuan saya terima dengan hati yang terbuka dan redha kerana saya percaya bahawa, kita hanya mampu merancang dan berusaha, tetapi segalanya ditentukan oleh Nya.
Saya juga bersyukur dengan segala ujian yang telah saya terima dari Nya kerana semua itu telah menjadikan saya seorang hambaNya yang lebih tabah dan kuat.
sekian...
Wednesday, August 5, 2009
WTH!!!!!!!!!!!!!!!

memang aku sengaja!!! apsal??xpuas ati??
Tuesday, August 4, 2009
kameraman yg sgt Hot




Thursday, July 30, 2009
Orang kata...

Wednesday, July 29, 2009
wajah baru
Tuesday, July 28, 2009
takdirNya ku terima
Monday, July 27, 2009
sketsa yg menyiksa
pastu mak haku pon nampak la..
mak aku pon tanya la..."wat pe tu?"
"berkebun..tgk ha ni mcm2 kakda tanam.. ade karet, labu, terung mcm2 la.." jawabku teruja.
"hmmm..kalau tanam kat kebun betul2 takpe gak..dapat la hasil..." ujar mak ku selamba..
"sob..sob..." aku kesedihan. Terasa la plak...
**I'm addicted to coffee. Seyes..sehari tak minum bagai sebulan lamanya.. Mengapakah kopi sgt sedap. Baunye yg harum...rasanya yg sgt luar biasa..
p/s: bagi pesakit darah tinggi, sila jangan amalkan ini kerana anda akan terasa seperti berada dalam donia kedua...
***saya tidak tahu berapa tahap gula dan kolestrol dalam badan saya kerana saya telah menghabiskan dua tin susu pekat manis dalam masa seminggu. tu belom termasuk pengambilan gula tebu dalam setiap cawan air yg saye minum dan juga pengambilan nasi yang telah melebihi had yang disyorkan oleh pakar2 kesihatan sedonia.
ya! anda mungkin tdk mengenali saya bila memandang saya hanya sekali. silalah pandang untuk kali kedua jika anda rasa seseorang itu seperti saya. (walaupun ada 7 org yg rupanya sama dalam dunia ni)
Tuesday, July 21, 2009
awalnye..bermonolog sedirian..
Monday, July 20, 2009
hidup lagi

sekarang ni memang takde mood lansung nak update blog. dengan tekanan hidup yg aku hadapi. dengan perangai orang sekeliling lagi menjadikan aku rasa kepala otak aku dah jd macam semangkuk abc(gmbr amik kat tenet) yg penuh dengan kekacang yang dibiarkan sahaja dan menunggu masa untuk melimpah bila ais nye sume cair.
Saturday, July 11, 2009
rindu
Aku tak marah. Tapi kecewa. “Kita hanya mampu merancang, hanya Allah yang tentukan.” Walaupun, aku hanya mampu melihat impian aku terkubur begitu sahaja, tapi aku akur. Akur dengan ketentuan-Nya dengan mengharap supaya langit aku yang sentiasa mendung akan cerah suatu hari nanti. Terpaksa aku akui ujian di pentas dunia lebih hebat dari dalam dewan peperiksaan. Dan aku harap ujian demi ujian yang telah aku lalui ini akan memberikan kepuasan yang lebih hebat dari menerima segulung ijazah. Aku akan terus tunggu, dan tunggu. Masa itu akan tiba. Pasti tiba. Aku percaya dan yakin bahawa Allah itu maha adil. ***
Saturday, June 20, 2009
buruk akibatnya..
arini sibuk ke toilet..toilet..n toilet..
aduh..sakit perut aku...
pasni puasa plak..
huhu..
ganti mana yg patut..hehehe...
baju raya dah siap..puasa tak abes ganti lagi..hehehe..
Friday, June 19, 2009
sopeng@shoping
mak aku ajak aku p masjid jamek...
pastu mak aku blikan kain untuk buat baju kurung...
aku teruja...
bukannya apa, bukan mak aku tak penah bli...
penah..tp dah lama tak bli...
selama ni raye pon aku beli baju sendiri...
terujanya..
mesti malam ni aku termimpi2...
pastu kan..
aku p chow kit..setelah menyampah dengan mamat jual daging yg tak abes2 nak menyakitkan ati aku..aku ngn mak aku pon pulang dengan membawa....
-buah-buahan (epal ijau, epal merah, mangga, n nangka)
-sayur-sayuran (kailan, bendi, cili merah, daun sup n daun bawang)
-sekilo daging+tulang+ekor
pastu balik aku pon masak..ade beberapa menu..
-daging bakar.
-masak lemak cili api daging salai.
-sup tulang+ekor
-bendi rebus
-sambal mangga
pastu mak cik aku plak bagi lauk ayam masak lemak..huhu
sangat kaya dengan makanan..
pesal mak aku tetibe banyak duit..ngehehe...maaaamaaaaa~~~~
Thursday, June 18, 2009
lamanya..
minggu ni walaupun belum habes banyak gak la perkara yang berlaku dalam hidup aku. Meh la aku ceritakan serba sedikit. Bukannya apa. Untuk peringatan aku gak. Nanti bila bosan bace balik blog sendiri teringat gak ape yang pernah berlaku dalam hidup.
Hari sabtu lepas aku p kenduri rumah pak cik aku kat Bangi. Kenduri aqiqah untuk anak dia yang ke-6. Malam sebelum tu aku ngan adik aku serta seorang sepupu aku yg sangat becok telah menyediakan pencuci mulut untuk dibawa ke sana. Perancangnya mak aku n mak cik aku. Tapi penggeraknya aku, adik aku n sepupu aku td. Aku dengar pak cik aku sembelih kambing sekor. pergh!!! aku pantang dengar n pantang tengok gak. Dan juga harus berpantang mencekik. Aku mula susah hati. Bodek mak aku ape yang patut. Mak aku kate "makan je pastu aku antau kau terus p sepital.."huhu.. Tapi tahap kedegilan n nafsu yg tidak boleh dibendung lagi. Aku sebat gak..hehehe.. Selesai je makan aku terus rasa panas telinga. Cam ada stim kuar. Aku risau sikit. Aku bagitau mak aku. Mak aku kata "kat belakang tu aku tgk ade sekawah lagi.." Aku tarik muka 14. Aku pun mula merengek kat mak aku ajak balik. Sampai rumah aku terus muntah2 n kepala aku rasa nak meletup. Tapi pastu aku makan lagi..hehe..(tak pernah serik)
Hari ahad dalam kelalokan mencekik kambing, pepagi lagi ayop soh aku mandi ajak p TimesSquare. Nak tgk wayang katenye. Aku pon mandi je la dah orang nak belanja. Dia nak tgk cite Terminator 4. Sampai kat sane dia trus p bli tiket Primier seat. Terkezot den. Dia p bli Popcorn n air n masuk la ke dalam panggung. Sejuk nak mampos. Aku rase baju aku tebal dah. Tapi sejuk tahap dok kat dalam peti sejuk. lagi sejam cerita nak abes aku dah tak bleh tahan. Pas ayop p toilet aku plak..huhu.. Ceritanya mmg best ditambah hero yg ensem. Tapi sangat banyak aksi yang buatkan aku terperanjat beberapa kali. Pastu p makan burger kat Wendy n balik dalam kelalokan lagi.
Hari isnin aku teman noin p interview kat shah alam sykt Kawasaki (jgn marah yek adam kami bukan kuar berfoya2). Best gak sbb noin blanja makan..hahaha..mesti korg jeles kan?kan?kan? Tapi yang penting baru aku tau mane letaknya Fajar Bakti. Mulanya kitorg cam nak p sane nak cuba naseb. Disebabkan cuaca yang panas n noin pon dah telepon teksi (aku terkejut noin tetiba sgt frenly ngn drebar tersebut..dah kenal lame ke??hehehe), kami batalkan sahaja niat tersebot. Tunggu teksi n trus p kat komuter batu 3. Dok bersila ats lantai sambil tunggu tren ala2 tggu bas kat Usm tanpa mempedulikan orang sekeliling. Sampai kat masjid jamek p makan nasi briyani yg agak best (sbb org blanja) jenjalan cuci mata sambil mengawal nafsu shoping, lepak sat kat stesen lRt n kami pon kembali la ke sarang masing2 setelah penat.
Selasa tidak ada apa2 menarik yg berlaku.
Rabu malam td kol bape ntah tetibe Kumat mati. Aku belek2 dah keras dah. Mula2 tu gigi dia tersangkut kat jaring. pastu mcm elok balik. Pastu aku biar je la. Bila aku nak kaco dia balik dah keras dah...tamat la riwayatnya..tinggal la sangkarnya sahaja..
Kamis (eh ari ni!!) tade wat pape selain eksesais tali perut, wat latihan mata (sape leh pejam mata lebey dr 10 jam???) hehe..ngn praktis cite indon melalui telebesen.
sekian saja karangan penulisan kretip saya. Kepada Junior bati sila praktikkan untuk subjek anda yek.
Thursday, June 11, 2009
tidak tahan sudah...
Malam td dalam kol 1.30 a.m. aku tak tido lagi, mak n kakak aku lak baru sampai umah balik dr kerja. Lepas diorg masuk umah n kunci pintu semua tetiba ada suara orang laki bagi salam n ketuk pintu. Aku tak bukak pon pintu just jenguk dari tingkap je.
Aku: ye nak apa?
Mr.bo: err..saye nak tanye ni, tp jangan igt sy orang jahat ke ape...
Aku: pedia?
Mr.bo: err..saya tengok kat rumah ni ade kakak badan besar2 ade tak teringin nak kurus?
Aku: dah takde2 dah malam dah ni time kasih je la.
Mr.bo:(sambil tersengih tunjuk gigi rongak) ok2..hehe..
Mr.Bo= encik botak kerana dia botak
yang menjadi tanda tanya tu kalau betul la dia salesman, nape tgh2 mlm buta ketuk pintu umah org? Nasib bek aku yg bukak tingkap. Kalau kakak aku, mau satu flat bangun coz sah2 Mr.Bo tu kene maki tahap alpha angel punye.
lagi satu persoalan, ade ke org nak beli produk dia, sebabnya, yang meniaga tu pun badan mcm tong drum. Dah la pagar jarang, kepala botak (ha..kan aku dah kutuk secara zahir nih..geram nih!!). Ade hati nak ubah orang. Sedar la diri sikit. Kalau aku tepon polis td naye je kau jual produk kurus dalam jail.
N kalau ko ade niat tak baik kat family aku, aku harap ko mati lemas daalam lift flat yang tade letrik sokmo tuh.
suka ati la kalau kitorang nak gemuk pon. Setiap gram lemak dalam badan kami ni permulaannya dari duit tau??ingat senang ke nak bina??banyak dah berhabes nih.. Lagi pon tak pakai duit mak bapak lu pun!!! ha..kan aku dah marah neh.. Len kali kaco lagi kesejahteraan kami di malam hari.
Dan luahan hati untuk hari ini,
Siyes cakap, aku dah tak tahan dah jage budak kecik. Kesabaran ku hanya setakat ini sahaja. Nasib baik aku ade interview esok. N kalau tak dapat jugak keje tu, aku takkan dok saje2 dah kat umah. Aku nak jenjalan plak. Sebelum aku gila, sawan, dsb, baik aku undur diri.
Wednesday, June 10, 2009
kene marah
Aku pun apa lagi, bagi sepupu aku tu mkn, eh sblm tu aku sarapan dulu. Buat nestum nak suap kat dia. Dia tak mau plak. Aku yg makan (sedap gak hehe..). Pastu suap donut cket. Pastu nak tdo kan dia xmau plak dia. Aku mula panas hati. Selamba je dia kuarkan kepala dia dr buaian. Dia main-main. Aku yang selsema ni dgn selamba nak hembus hidung yg tersumbat aku pun start la tarik nafas panjang2 n priiiiiiiiiitttttt. Terkejut beruk budak tu and pandang aku ngn muncung panjang sedepa n tangan dia terus macam nak pukul aku sambil berkata "taa!!"
Mesti dia nak kata "terkejut haku" or "tak sopan punye pompuan". Hehehe.. Pastu aku cuba nak tdokan dia lagi sekali. Tak nak jugak!!!!
Lantak ko lah. Pastu aku semakin tension dan suruh kakak dia yg tdokan. Kakak dia jerkah sikit pastu terus diam masuk buai n tdo (ooo..gitu caranya..tau la aku..*sambil tersengih*).
Sejam tido dia bangun dah. Lantak la aku soh adik aku je tgk, aku dah la sakit kepala. Selsema lagi. Kang berjangkit kat bdk tu kang sape yg dipersalahkan??? Aku jugak.
Yang paling bestnye time tdo petang (setelah beberapa kali cubaan menidurkan bdk tu tewas).
Tengah aku henjut buaian tu tetiba aku dgr dia tergelak. Aku cam pelik lak. Aku tgk je tetiba cam ade orag geletek dia menggeletek. Aku angkat bantal yg tutup muka dia. Baru dia macam tersedar. La... mengigau rupanya.. Tetiba terlintas di kepala hotak aku nih, bdk tak sampai setahun mcm tu mimpi ape ek??? Best pulak jadi bebudak kan...???
Tuesday, June 9, 2009
Agak2 dapat tak..?
Dah isi borang and bagi salinan sijil sume n tggu lebih kurang 20mnt, aku p dipanggil interview. Dia dengar suara aku yg sengau. "you not felin well?" "yup" jawab aku tanpa segan silu. Dia tanya macam2 soklan gak la. 1 soklan yang aku cam nak terdiam tu dia tanya "who r you in the future?" aku macam soklan apakah??? aku pun jawab gak la. Pastu dia kate "I think i`m ok with u. But bcoz you r not felin wel today, You can come to this adres bla bal..jumpa bla bla on friday. ok?" aku pon ok je la. Lagipun mmg pale aku agak fenin2 lalat n tekak ala2 iklan strepsils.
And satu benda yang aku baru teringat mase interview td aku telan secara tidak profesional memegang sapu tangan dalam genggaman tanpa mengikut nasihat dr. Leelany..hehehe..
Jadi, jumaat nnt aku p lg 2nd interview. Harap2 dapat la..