BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, December 2, 2009

Sesal

Luahan kepada seseorang yang dihormati dan disayangi...

M yang disayangi,

Terima kasih aku ucapkan atas segala-galanya.
Aku bersyukur menjadi milikmu walau hidup dalam kesederhanaan kerana engkaulah kekayaan ku,
Aku tidak dapat meluahkan kata-kata ini terus kepada mu kerana bimbang kau terluka.
Aku tahu engkau tidak akan membaca tetapi cukup sekadar kepuasan hati.

M cahaya ku,

Aku memohon ampun di atas perbuatan ku melukai hatimu selama ini,
Bukan aku tidak mahu menurut kehendakmu,
Tetapi aku punya kemahuan sendiri,
Setelah 23 tahun membesar bersamamu,
Aku tahu apa yang kau aturkan untukku hanyalah untuk kepentingan diri ku,

Kali ini,

Aku minta restu darimu,
Aku mahu benar-benar berdikari,
Aku mahu mencari haluan sendiri,
Mahu mencapai apa yang aku impikan selama ini.

Aku tahu niatmu suci,
Tapi aku juga tahu kemampuan diriku,
Aku tahu kelemahanku,
Aku tahu kekuatanku.

Maafkan aku kerana aku engkau menderita,
Aku berjanji hanya sedikit masa lagi,
Dan aku juga meminta,
Fahami aku...

0 PENDAPAT SEJAGAT: