BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, August 23, 2009

juadah berbuka

Ingat masa time sekolah dulu. Masa bulan puasa. Bila waktu cikgu tak masuk kelas, aku ngn geng2 aku akan berkumpul ramai2 pastu cerita pasal juadah berbuka... Pastu mula la cerita tentang perihal keluarga masing2 n makanan kegemaran masing2 waktu berbuka.


Oleh kerana aku tak ada orang nak bercerita ngan aku kat rumah ni, maka aku luahkan sahaja pada blog yg hensem ini.

Waktu berbuka semalam aku berbuka lauk ayam percik yang tak berapa menjadi, bukan "tak berapa" tapi memang tak jadi pon. Ni semua mak aku punya arahan la. Aku pun dok pulun la kat dapur sensorg merealisasikan impian mak aku yang dah tak larat nak bergerak akibat kerja shift malam. Pulun2 punya pulun, hasil nya telah menjadi seperti ayam bakar kuah lemak cili api. Hahahaha..lawak sungguh. Pastu air plak ayop mengidam soya cincau, pastu aku buat la gak air teh sabah... Pastu nasi plak aku wat nasi goreng je sbb nasi untuk sahur tu banyak lebih coz aku ngn ayop pepagi buta dah keluar p sahur roti canai telur.


Hari ni plak aku dah siap masak sume dah, coz rumah aku takde peti sejuk. Jadi, beli lauk kena masak siap2 la kalau tak, jadi pekasam la semua. Menu aku hari ni ada 3 je, cukup la kan...
Aku masak gulai lemak cili padi perut lembu dengan ikan cencaru sumbat. Sebab terpilihnya menu hari ini adalah kerana aku ngan ayop agak muak makan ayam percik yang tak menjadi semalam, jadi kami menghindari ayam. Kononnya nak bakar siakap, tapi ikan plak tak elok. Nka buat udang tumis petai plak udangnya mcm tak menyelerakan n kecik je. Patu untuk sayur sat lagi baru aku nak buat terung goreng sambal. Hmmm..agak kecewa la pergi pasaraya gergasi itu kerana lauk semua tak fresh dan tak banyak pilihan..Aku dah la teringin nak makan sup kaki ayam neh...

0 PENDAPAT SEJAGAT: