BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, April 18, 2009

KEMALANGAN

Hari ini banyak sangat kemalangan yang aku lihat...tak la banyak tp lebih dari satu banyak la tu kan...

Kemalangan pertama melibatkan Kumat...
Bagaimana kemalangan berlaku?
aku nampak dia tidur sambil tergantung..aku ingat style baru dia tido..
rupa-rupanya....
tangan/kaki depan dia tersepit kat jaring rumah dia tu..tak tau la macam mana gayanya..sampai dia tertido kepenatan/kesakitan..
credit to kema yang perasan tangan/kaki depan si Kumat tu tersepit klo tak mesti dah mati dah coz aku igt Kumat wat akrobatik...


Kemalangan kedua. Kawasan sekolah memandu melibatkan kereta n motosikal..
Sebuah kereta yang dipandu oleh seorang 'amoi' melanggar seorang 'Aunty' yang menunggang motosikal. Amoi tu dari bukit dan terus meluncur laju ke bawah. Malangnya seorang Aunty menaiki motosikal lalu dihadapanya dan "kecepek" berlanggar dengan motokar tersebut...
Kecederaan: Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan Aunty tersebut yang dalam keadaan terkejut dibawa masuk ke bilik khas untuk berehat...

Kemalangan ketiga. Kawasan sekolah memandu juga melibatkan sebuah motosikal yang ditunggang oleh seorang amoi.
Motosikal yang ditunggang oleh amoi tersebut sedang menjalani latihan menaiki titi tiba-tiba hilang kawalan. Akibatnya jatuh dan muka amoi tersebut tersembam ke atas pembahagi jalan. Mukanya mengalami pendarahan. Seorang saksi trauma kerana melihat darah yang mengalir keluar dari mulutnya amat banyak (aku le tu). Amoi tersebut juga dibawa ke bilik khas untuk berehat.

Nasib tak kemalangan. Lokasi: simpang KFC sg.2.
Kereta yang dipandu oleh aku nyaris tak langgar kereta di simpang kerana tetiba aku hilang tumpuan setelah kereta aku mati enjin sebanyak 3 kali pada latihan hari ini. Aku yang dalam keadaan tertekan, panas dan sakit kepala dengan rakusnya menukar gear tanpa lihat hadapan. Akibatnya aku dimarahi uncle dan uncle juga mengalami kejutan kerana melihat muka aku yang seakan-akan nak telan seekor gajah, Uncle tidak jadi meninggikan suara tetapi tetiba bertukar kepada suara yang agak lembut dan bercakap dengan nada yang baik...Maafkan aku uncle.

Kesimpulan...
Jangan gopoh ketika memandu dan kawal emosi anda..

p/s: gambar tidak ada kerana nset aku yg rosak masih belum dihantar ke ICU ataupun digati dengan yang baru.

4 PENDAPAT SEJAGAT:

Anonymous said...

aku sempat menyaksikan salah satu kejadian tersebut..huhuhu!!!

amat sedih aku melihat amoi tersebut..jangan dia serik nak belajar lagi dah!!!

Ayaq said...

uu sungguh ngeri kejadian2 yang berlaku!! pasal mati enjin tu, hang tekan minyak lebih sikit la sambil angkat clutch pelan2, baru tak mati...

poison ivy said...

nakal-kan..kesian kat die..darah die mengalir seperti air paip..ngeriii~~~

ayaq-aku dah wat dah mcm tu...tp mati gak..bak kate kema "bukan nasib hang ari ni.."

Ayaq said...

kalau macam tu akan seselo mungkin clutch. huhuh. doa je la ko dapat keta yg perangai baik esok...