BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, December 16, 2008

terima kasih daun keladi...

terima kasih daun keladi,
tahun depan wish lagi...hehe

thanks sape yg wish bufday aku...gune sms ataupun gne msg kat tempat2 lain...

yg sms sory tak dpt reply sebab aku takde credit..huhu..biase la cuti2 ni takde income..haha..nak pau mak haku kang tak pasal2 aku kene penampau..hehe..anyway thanks..

Friday, December 12, 2008

moody..

seminggu dari sekarang sem baru bermula...
cuti yang tak sampai sebulan ini membuatkan mood aku tak tentu hala...
ada kebenaran yang menyakitkan yang telah aku ketahui...
benar kata orang.."kebenaran itu menyakitkan"..

jadi klo ade kawan2 aku yang bace blog aku ni...aku nak mintak maaf kalau sepanjang sem depan mood aku tak berapa nak ok..sorry klo ter'moody' tiba2..sorry juga klo termasam muka tiba2..n yang paling teruk yg bakal berlaku..sorry klo terlepas cakap...
sorry seribu sorry kuucapkan...

kebenaran itu amat pahit dan menyakitkan...walaupun aku tidak tahu akan kesahihannya..

Saturday, December 6, 2008

khianat...

aku dah penat..aku dah letih..aku dah tak sanggup...

pasal ape????

pasal dikhianati....

oleh siape???

oleh orang yang mengaku kawan baik aku...

aku dah kene dua kali...n now utk kali yg ketiga...

apsal nasib aku malang sangat ha???

apsal??apsal??apsal???

knape aku harus kenal ngn makhluk ni sblom ni???

xpe2..aku ni pemaaf orgnye...

tp...

aku takkan pernah lupa..xkan pernah..never..

Friday, December 5, 2008

kebahagiaan...

kadang-kadang aku cari di mana kebahagiaanku..
adakah kebahagiaan itu wujud buatku?
bagaimana? di mana? daripada siapa? daripada apa? bila?
ya...bila? bila? dan bila?

selalu je aku ketawa, mesti sbb bahagiakan?
bukan...
aku ketawa bukan kerana bahagia
cuma buat penawar duka
cuba selindung hiba di dada
untuk sementara sahaja

mestilah ada bahagia untukku..
kata hati memujuk diri..
aku hanya perlu menunggu..
kurniaan bahagia dari Illahi..

Thursday, December 4, 2008

Adakah dia bukan milikku lagi?

Aku amat menghormatinya dan menyayanginya sepenuh hati, lebih dari aku sayangkan nyawaku sendiri. Apa yang aku lakukan dalam dunia ini selain untuk Allah aku juga lakukan untuknya. Aku sedang berusaha untuk memperbaiki kehidupannya yang dulu. Kehidupan yang sangat perit. Dihina, dicaci, dimaki dan dipersenda. Dulu, dialah segalanya, dialah sahabatku, dialah kekasihku. Tempat aku mengadu, tempat bermanja, dialah segala-galanya. Aku bersyukur kepada Allah kerana kurniakan dia untukku. Walaupun aku bukanlah kesayangannya. Aku tahu aku jahat. Apa yang disuruh kadang-kala aku buat endah tak endah. Kadang-kadang dia mengamuk. Mengamuk sakan. Apa yang aku lakukan? Pekakkan telinga. Kadang-kadang aku dengar sahaja, sebab kalau sekali tak dengar dia marah hidupku tak keruan. Pelikkan???

Tapi….

Sejak hari dia bertanyakan aku tentang perkataan 5 huruf itu, aku semakin menjauhinya. Aku rasakan hubungan kami semakin renggang. Dia bukan lagi seperti insan yang aku kenal. Dia orang lain. Puas aku berdoa supaya kembalikan dia yang asal. Tapi, semakin lama dia semakin rancak. Setelah apa yang dia inginkan selama ini, permintaannya dikabulkan. Aku semakin sedih kerana aku sudah tau tentang itu sebelum ini, tapi aku tidak pernah mahu berusaha untuk mengubah keadaan, kerana ini soal hati. Aku tidak boleh memaksa jika hati sudah benci. Aku tidak boleh mengubah kembali hati yang sudah berubah. Walaupun apa yang dia mahukan dia telah milikinya, dia masih tidak berpuas hati. Aku semakin bosan dengan sikapnya. Aku tidak tahu apa lagi yang dia inginkan. Aku memang betul-betul tidak mengenalinya. Dia kini orang asing bagiku. Memang aku beraksi seperti biasa dihadapannya. Tidak mahu menunjukkan kekesalanku terhadapnya.

Semakin lama kepercayaan ku terhadapnya berkurang. Dia semakin rancak memaki hamun orang yang juga aku sayang dan hormati. Aku semakin jauh hati. Kini, sayangku bertukar simpati. Aku tau semua salah aku. Aku tak mahu selamatkan keadaan. Bukannya apa, aku takut dikatakan biadap. Suka masuk campur dan tak menghormati keputusannya.

Hari ini dia ungkit lagi. Semakin berani membongkarkan segala rahsia yang tidak ingin diketahui oleh semua insan dalam dunia ini. Aku sedih…sedih…sedih… Air mata yang kubendung tidak mampu bertahan lagi. Kadang-kadang aku terasa seperti aku ingin membidas semuanya. Tapi, aku tak berdaya. Aku hanyalah aku. Budak yang sering dibuli oleh saudara sendiri semasa kecil. Aku budak yang sering mengikut perintah. Aku hanya menurut tak berani mmembantah. Aku budak yang suka simpan dalam hati tentang segala-galanya. Dan aku masih aku. Aku memang sudah penat menangis… aku memang sensitif. Aku cepat menangis. Dikhianati kawan? Aku menangis… dimarahi guru? Aku menangis? Ditengking?diherdik?dipukul? sakit hati? Aku hanya akan luahkan rasa dengan menangis. Dan kini, aku masih lagi akan menangis. Aku tidak tahu bila aku akan berhenti menangis. Biarlah… Biarkah aku terus menangis kerana selepas itu aku pulih semula, walaupun aku takkan pernah lupa. Tidak sekali-kali aku akan lupa. Mungkin sampai MATI.

Aku harap dia berubah.
insyaallah...

Tuesday, December 2, 2008

gulai lemak pisang bersama ikan masin...

hari ini bermulalah kehidupan aku sebagai chef dirumah ini..kerana kemalasan mak aku jelas terserlah...jadi, menu hari ini ialah gulai lemak pisang muda bersama ikan masin...
oleh kerana aku yg buat sendiri tanpa pertolongn sesiapa jadi aku ingin berkongsi dengan korang2 sume..hehehe...


bahan2 yang diperlukan ialah:-

1) sesikat pisang emas atau pisang minyak muda..aku pon tak pasti mak aku bli ni pisang ape..tp jgn sesekali guna pisang abu, pisang tanduk dsbgainya..



2) sebiji kelapa sila ambil santannya sahaja. Kulit, tempurung serta hampasnya sila gunakan untuk lain2 kegunaan yang bersesuaian.



3) 2 ekor ikan masin, klo boleh ikan duri atau ikan belukang..yg aku gune ni ikan duri kot..nak gune ikan masin lain pon boleh gak..tp klo tak sedap jgn salahkan haku..


4) cili merah sebiji untuk hiasan je sbnrnye..klo nak kunyah pon bleh..tade masalah...



5)serbuk kunyit secukup warna..jgn letak banyak ye puan2..buruk padahnya..

6) garam dan serbuk perasa yg dibenarkan mengikut selera anda..



pertama sekali, bersihkan potong dan bersihkan ikan masin..kemudian rendam seketika untuk mengelakkannya terlalu masin..(boleh kene darah tinggi nnt..)



kedua, siang pisang muda sila ambil kulitnye sekali, sebab sedap dimakan jika digulai ye puan2..


tapi ambik le kulit yg agak2 cantik je yek..mase potong tu rendam dalam air sebab takot lebam pisang2 tu jika proses dilakukan terlalu lama...



ketiga, rebus ikan masin di dalam periuk..letak air sikit je yek..sbb nnt nak masukkan santan, sebab sy rebus dulu ikan masin kerana sy menggunakan santan pekat yg dibeli terus dari kedai..malas mau perah2an..hehehe...



kemudian masukkan pisang yg telah dibasuh bersih dan kacau sebati..agak2 pisang dah nak lembut...



terus masukkan santan pekat tersebut..perlahankan api supaya santan tidak pecah lemak...sentiasa kacau masakan anda..jgn biarkan mendidih terlalu kuat kerana jika pecah lemak santan sia2 je masak...


kemudian masukkan serbuk kunyit dan cili merah sebagai hiasan..





biarkan sehingga kulit pisang layu dan....

dah siap bolehlah dihidangkan..sila rasa sebelum hidang..jika tak berapa masin sila tambah sedikit garam..dan serbuk perasa jika anda suke..

sekian saje persembahan saya..kite jumpe di lain mase...





Monday, December 1, 2008

mihun sup...

menu mlm td ialah mihun sup...
chefnye ialah kakak haku...
klo nak mkn pe yg die masak perlukan kesabaran..kenapa???
kerana..selagi haku tak bising die takkan gerak nak masak..ish...lapo doh tau tak??
tp klo die sukerela menyatakan bahawa die nak masak..mesti sume org tak cye..hahaha..kesian kat die..

aku pon tak tlg die msak mlm td coz tertidur..pastu aku terjaga sebab dgr adik aku bising2 kate ayam yg kakak aku goreng tu mentah kat dalam..aku pon hape lg..dgn kepala berdenyut2 membuat amukan yg dahsyat soh die goreng balik..ckp byk plak..tension aku..

pastu ade sesi nasihat-menasihati adik aku yg tak serupe bdk umo 15tahun tu..tp rasenye masuk kanan kuar kiri la kot..sbbnye die buat dek je...haih..nak buat camne ngan die ntah...