BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, August 12, 2008

hari ini dalam sejarah....

hari ini dalam sejarah..seramai 40+- budak BATI telah disuruh berdiri di atas kerusi dan menyanyikan lagu negaraku kerana tidak menyiapkan tugasan yang diberikan oleh dr.Radiah..hehehe..ampun yek Dr.radiah hehehe...

teringat kenangan lama mase kat sekolah dulu aku kene berdiri pastu kene jawab sifir tak dpt jawab takleh balik..aku la org yg takleh balik tu..n ape lg dengan kuasa bulan aku menangis la...pastu cikgu aku cakap nape tak balik lagi???aku pon kate la cikgu tak bagi...pastu die kate kan sy dah kate btol cume awak jawab lambat..pastu aku pon kuar r kelas dengan muka sememeh dan diejek oleh rakan2..nasib baik bas ade lagi..klo tak aku balik la jalan kaki dan mungkin dibaham harimau sbb mase tu kecoh kat kampung aku tu ade harimau terlepas...


Tentang Atlit


tetiba ja wujud tajuk baru dalam blog aku..tp tak pe la...tak lame pon benda ni akan ada..mungkin hilang olimpik so tak de dahla..haha.. k la arini aku nak intoduce seorang bekas atlit sukan olimpik yang berjaya iaitu NADIA COMANECI..kat bwh ni ade gambar2 die and keterangan die yg aku kopipes sahaja dari web2 yg akan aku berikan jugak dibawah ini..mengikut tahap kerajinan aku..





























Nadia Elena Comaneci (lahir 12 November 1961; asalnya Comăneci) ialah ahli gimnastik Romania yang menang lima pingat Sukan Olimpik, dan yang pertama menerima markah sempurna sebanyak 10 markah dalam sukan gimnastik di Sukan Olimpik. Dia dianggap oleh sebahagian sebagai ahli sukan teragung bagi abad ke-20 dan salah seorang ahli gimnastik terbaik sepanjang masa.
Dilahirkan di Onesti, Romania, Comaneci merupakan anak Gheorghe dan Stefania-Alexandrina; dia dinamakan menurut "Nadya", kependekkan "Nadyezhda" ("Harapan"), wirawati dalam filem Rusia.

Comaneci pertama kali bertanding pada peringkat kebangsaan Romania pada tahun 1970, sebagai ahli pasukan bandar tempatannya. Dia kemudiannya dilatih oleh Bela Karolyi dan isterinya Marta, yang kemudian berpaling tadah ke Amerika Syarikat dan menjadi jurulatih kepada ramai ahli gimnastik Amerika Syarikat. Setelah menjadi seorang remaja yang berumur 13 tahun, kejayaan pertama Comaneci adalah pada tahun 1975 di Pertandingan Eropah (European Championships) di Skien, Norway, memenangi tiga pingat emas dan satu perak. Pada pertandingan Pra-Olimpik di Montréal pada tahun 1975, Nadia memenangi gelaran "Keseluruhan" (All-Around). Pada tahun yang sama Associated Press menamakannya sebagai "Atlet Tahun Ini - Athlete of the Year."

Pada usia 14, Comaneci menjadi bintang pada Sukan Olimpik 1976 di Montréal, Québec. Bukan sahaja dia menjadi ahli gimnastik pertama di Sukan Olimpik yang menerima markah penuh 10 markah (yang diulanginya sebanyak 6 kali), dia juga memenangi tiga pingat emas keseluruhan, individu, tiang imbangan (balance beam) dan bar tidak selari), pingat perak untuk (pasukan keseluruhan) dan pingat gangsa untuk senam lantai - floor exercise. Di negaranya, kejayaannya menjadikan dia dinamakan "Hero of Socialist Labor", orang Romania termuda menerima pengiktirafan tersebut. Nadia mendapat 19 markah penuh sebelum ke Montreal.

bacaan selanjutnya sila layari: http://ms.wikipedia.org/wiki/Nadia_Comaneci
http://www.nadiacomaneci.com/

0 PENDAPAT SEJAGAT: